Saat bersama adalah yang paling TERINDAH....

Saat paling bahagia adalah ketika kita melihat orang yang kita sayangi itu tersenyum dan lebih membahagiakan apabila kita
adalah insan di sebalik senyumannya.

*****Saling menyintailah Hanya kerana Allah
*****Saling menyayangilah Hanya kerana Allah
*****Saling membahagiakanlah Hanya kerana Allah

*******KERANA Hanya Allah-lah yang dapat menumbuhkan
rasa cinta, kasih sayang dan kebahagiaan tersebut.

Thursday, September 29, 2011

Semoga cepat sembuh

Wajah ayah yang kelihatan gembira dengan kunjungan anak-anaknya. Langsung tidak ditunjukkan kesakitan yang dialami. Tu mesti tidak mahu anak-anak kebimbangan..Sayang ayah...semoga ayah cepat sembuh..Kami sayang ayah.....

Senyuman yang terlahir menyejukkan sanubari dan kerisauan kami

Sempat lagi bergurau senda...Ayah oo ayah.....

Gelagat ayah melayan cucu-cucunya yang beraneka ragam

Wajah yang telah mula diserang batuk...Nampak lain sangat dari mula-mula jumpa tadi. Ya Allah kau lindungilah keluargaku dan kau berikan rahmat kebahagiaan dan kesihatan kepada hamba-Mu ini...

Wajah mak yang keletihan dan tidak sehat..Kesian mak menjaga ayah seorang diri..Maafkan kami mak kerana tidak dapat menolong meringankan beban mak. Maklumlah kami tinggal dan mencari rezeki jauh dari pangkuan mak dan ayah. Harap mak kuat dan tabah.

Santai

Fuh bersemangat membara nak menganyam ketupat. Daun kelapa takder so reben pun jadilah....Bravo...bravo kawan-kawan ku....Hehehe aku cuma join tengok ajer pasal keras tangan ni nak menganyam.

Tengok tu cara nak mulakan....tengok ajer laaa.....

Dila mendengar penerangan from sifu Sya cara-cara nak menganyam....Amboi khusyuk betul...

Wakil lelaki opis yang menunjukkan keterrer'an menganyam...Cayalah sama lu, Abg Ji.

Cepat-cepat.....siapa siap cepat boleh buat lagi....

Ada gaya nak jadi dah ni....

Walaweh bila nak siap nie...aku pula yang tak tahan sabar...

Hasil-hasil kraftangan dari kengkawan di opis..

Wednesday, September 21, 2011

Ya tuhan.....

Engkaulah Yang Maha Besar, Yang Maha Berkuasa dan Yang Maha Penyayang...

Aku bermohon kepada-Mu, kau limpahilah rahmatmu ke atas kesihatan ibubapaku. Aku sedar diri ini insan yang kerdil dan hanya layak bergantung harap pada Mu ya Allah.

Sunday, September 18, 2011

Open House 2011

Tarikh :  16.09.2011 Jumaat Jam 8.00malam.....
Ni rasanya first time buat open house besar-besaran. Selalu yang lepas-lepas hanya pengasuh dan 2-3 orang kawan yang datang rumah. Uui bersemangat rasanya. Pagi jumaat tu ke Pekan Tuak memborong barang nak masak. Jenguk punya jenguk ikan tongkol dengan ikan kembung langsung tak nampak. Aik selalu tu banyak jek terpampang depan mata. Ini bila aku nak guna langsung terus tak wujud depan mata. Beli bahan-bahan lain yang ada kat pasar tu mengikut menu yang telah dipersetujui....Menunya :- Laksa Mee, Mee Goreng Mamak (Chef Zaza) dan Nasi Dagang ( Import from Wau Bulan) Kuah aku buat sendiri. Destinasi seterusnya adalah Econsave. Bahan utama untuk menu ak dapat lagi. Alhamdullilah dengan izin Allah berjaya kami mendapatkan stok ikan-ikan yang diperlukan. Bertungkus-lumus ler aku dengan Zaza my sister memasak di dapur.
Jam 3.00 ptg aku n laling ke open house kawan dia, Zahrin. Tinggalkah adik aku membereskan apa yang tak beres lagi. Balik tu singgah Wau Bulan amik nasi dagang. Boleh tahan banyak tu. Kenalah dengan harganya RM 26. Siap bereskan ruang tamu and meja hidangan, terus aku angkat menu hidangkan kat meja. Siap susun-susun apa yang patut dan tambah kuih raya apa yang perlu ditambah. Laling risau takut orang tak ramai datang. Takut menu tu banyak yang tak habis. Aku relax jek...Kita tengok dulu. Semua dah siap so aku kena siapkan diri pulak. Udahlah bau badan dah serupa bau gulai ikan...hahahaha......
Jam 8.00 malam, yaa pengunjung pertama dah datang. Kemudian datang lagi dan lagi. Ramai nyer...By the way, ramai-ramai buat aku rasa seronok. Rasa hilang letih. Adik aku yang paling sibuk di dapur. Punya seronok dia tengok org makan makanan yang kami masak. Thank a lot my sister....sebab banyak tolong akak for today. Riuh ler rumah kami malam tu. Siap bersusun-susun berderet kereta-kereta diparking depan rumah. Kepada yang datang diucapkan terima kasih banyak-banyak kerana sudi hadir ke teratak kami. Memang rasa puas walaupun badan rasa penat. Oklah nak ucapkan ribuan terima kasih tak terhingga kepada my laling yang juga ringan tulang menolong mengemas rumah dan apa yang patut. To my sister, terima kasih atas bantuan dan panduan. Susah oo nak minta chef ni bagi guard line. Lastlay aku nak jerit YAHOOOOOOOOOO........Itu tandanya suka sangat..heehehe

Wednesday, September 14, 2011

Ragam

Assalamuailaikum.......waalaikummussalam.......
After pick up Along kat sekolah semalam, hantar dia pegi rumah opah..Sampai jer kat sana Abang sambut dengan airmata. Aku ingatkan sakit gatal badan dia tu jadi balik..Tanya punya tanya beserta dengan penerangan dari opahnya, baru ler aku tarik nafas lega. Rupa-rupanya spoiler kereta mainannya  patah. Bukan orang lain yang buat, dia buat sendiri. Berlagu-lagulah sendu dia. Apalagi fasal nak bagi dia diam n cool, sebagai omak aku jaji ler akan beli ganti...Ish...peminat fanatik betul anak-anak aku dengan kereta ni. Waktu mengandungkan dia dulu takder la aku ni suka sangat tengok kereta....konpius...konpius.....
Before pergi site, aku singgah kedai mainan cari ganti..nak warna biru. mujur ada warna biru. kang kalau beli warna lain mengamuk pulak kat rumah nanti. Senyum lebar dia pegang kereta masa aku serah kereta tu time aku ambil mereka dari rumah Opah....uuii macam-macam ragam my children.

Bantai aje laa

Hm...jam nak dekat 4.25pm...Rasa blur pula petang ni. Sahih pasal kena hujan lebat masa ambil abang tadi. Agak-agak aku emosional kut tengok citer Qabil Khusri Qabil Igam tadi....Uhuk..uhuk...betapa rapatnya kasih sayang abang dan adik. Waduh...waduh....gawat betul ni..Bila ler feel feeling ni nak reda. Mulalah ler teringat kat famili baik yang di kelantan atau yang dok kat kedah tu. Aerial yang tak betul ni menyebabkan jari-jemari aku ni gatal nak menaip konon-kononnya luahkan apa yang dok berperang dalam minda ni..Macam ler boleh nak dihuraikan. Apa-apa pun aku akan sentiasa mengangkat tangan bermohon pada Allah agar memberkati dan merahmati keluarga-keluarga ku dengan rahmat-Nya.
Dear my laling, ambo akan cuba membetulkan skru keromantikan dalam kotak perasaan ni. Tapi itu pasti akan makan masa. Macam mana nak melentur buluh yang  dah tua kan. Kalau buluh muda senang ler. Minta laling bersabar sajalah dengan ambo ni. Bukan ambo ni tak sayang laling. Ambo sayang sesangat pasal laling ler my everything, cuma ambo ni tak reti nak menjurus kepada perlakuan meromantikkan diri ambo ni. (kecek perak plak ler ). Teman ni nak romantik tapi teman idak tahu nak buat lagu mana. Rasa macam plastik ler plak kalu teman buat main-main. Hahaaha masalah betul jiwa teman nie..Apataknya teman membesar dalam suasana keluarga yang banyak menjadikan jiwa teman ni macam laki. Keras macam batu. Pasal tu ler dulu laling selalu kata teman ni macam tunggul kayu takder perasaan. Nak berubah mmg kena makan masa yer..Hope laling mengerti dan laling tolong ler ajar teman ni bagaimana nak beromantik-romantik ni. Betul ni teman bukan main-main....LOVE YOU LALING.

Thursday, September 8, 2011

HARI KEHANCURAN




Gambaran Hari Qiamat

Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

- Pemimpin yang adil.

- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.


Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.