Sunday, May 26, 2013

Ayam Goreng Berempah

Bahan-bahan
( Untuk 3 - 4 orang )

*          7-8 ketul ayam ( dibersihkan )
*          5 ulas bawang putih ( ditumbuk kasar )
*          1 inci halia ( ditumbuk kasar )
*          3 batang serai ( ditumbuk kasar )
*          1 sudu besar ketumbar ( disangai dan ditumbuk kasar )            
*          1 sudu teh jintan manis ( disangai dan ditumbuk kasar )
*          1 sudu besar serbuk kari ayam ( suka hati nak guna brand apa pun. Saya guna cap Babas )
*          1 biji telur
*          2 sudu besar tepung jagung
*          1 tangkai daun kari ( hehehe saya buh banyak coz pokok kari berdaun lebat depan rumah ni )
*          garam secukupnya


Cara penyediaannya :

1.         Perapkan ayam dengan bahan di atas selama 1 jam atau selama mana yang boleh. Lagi lama lagi sedap.

2.          Gorengkan dengan minyak yang banyak sehingga garing. Gunakan api yang perlahan sahaja.

3.          Hidangkan panas-panas. Gerenti anda akan puas hati.

Selamat mencuba.....Kegemaran my laling ni..

No comments:

Post a Comment