Saat bersama adalah yang paling TERINDAH....

Saat paling bahagia adalah ketika kita melihat orang yang kita sayangi itu tersenyum dan lebih membahagiakan apabila kita
adalah insan di sebalik senyumannya.

*****Saling menyintailah Hanya kerana Allah
*****Saling menyayangilah Hanya kerana Allah
*****Saling membahagiakanlah Hanya kerana Allah

*******KERANA Hanya Allah-lah yang dapat menumbuhkan
rasa cinta, kasih sayang dan kebahagiaan tersebut.

Wednesday, January 29, 2014

Miniature Cactus...Hasil tangan Umi.

Idea untuk opis sempena pertandingan Goes Green. Terbuka dalam internet. Berkenan pula tengok. Apalagi zoom terus ke nurseri n beli barang-barang yang berkenaan. Projek membuat miniature cactus ini dijayakan dengan kerjasama dari anak-anak aku yang baik hati tu..Hehehehe.....Cantik tak ? Macam cantik jer...Macam Comel jer.....









Resepi my mum yang jadi kegilaanku...



Nyummy...nyummy...nak buat entry ni pun aku dah kecur liur....uuii kalau buat ni mahu aku ratah 3 ekor sorang-sorang...Hehehe...aku memang suka ikan sumbat cara ni...Resepi mak yg tercayang. Bagi sesiapa yang nak mencuba, boleh ler try....Kalau jadi, kongsi-kongsi ler komen dgn teman. Boleh teman tingkatkan mutu keunggulan dalam bidang masakan. Ahakzzz....

Bahan-bahan yang diperlukan......Time to go market....

1. Ikan cencaru :  6 ekor cencaru saiz sederhana yg telah siap dibelah belakang. Suruh jer penjual ikan tu belah siap-siap.
2. Serai             : Dalam 3-4 batang ( Tumbuk )
3. Halia             : Dalam 1/2 inci ( Tumbuk )
4. Lengkuas      : Dalam 1/2 inci  ( Tumbuk )
5. Cili api          : Dalam 8 biji. Nak pedas sila tambah bilangan cili ( Tumbuk )
6. Bawang Merah  : Teman guna 2 biji bawang besar ( Tumbuk )
7. Daun kunyit   : 2 helai ( Dihiris sehalus mungkin )
8. Kunyit hidup : 1 inci  (Nak guna kunyit serbuk pun boleh) ( Tumbuk )
9. Kelapa mesin : RM 1.00
10. Limau nipis : 2 Biji

Cara-cara :

1. Mana-mana bahan yang ditanda tumbuk tu, semuanya ditumbuk sekali...
2. Tumbuk kelapa mesin dengan bahan tumbuk. Gaul sebati. Masukkan garam dan perahan limau nipis. Rasa sambal kelapa tu. Mana yang kurang, sila top up sehingga rasanya meletops...:)
3. Gaul sambal dengan hirisan daun kunyit.
4. Ikan dilumur dengan garam luar dan dalam.
5. Sumbatkan sambal kelapa ke dalam ikan. Suka hati nak sumbat banyak mana.
6. Panaskan minyak dan tiba masa utk menggoreng.
7. Hidangkan panas-panas dengan nasi yang panas...Sedap tu........


Resepi Umi ElsaAsfa.........SeLaMat MenCuBa !!!!

Tuesday, January 28, 2014

Steamboat Time.....

Akhirnya....yes...yes....dapat juga apa yang aku nak makan....lama dok termimpi-mimpi....alhamdullilah rezeki kurniaan Allah yang maha besar...Memang berbaloi. Makan sampai kenyang...Steamboat secara buffet.....Amik jer apa yang berkenan di hati. Ulang ler seberapa kali nak. Nyummy...nyummy.......









Langkawi....Kami datang lagi.....7 Nov 2013 - 10 Nov 2013

Ish..ish....jejak lagi langkah ni ke Langkawi...Menghabiskan masa bercuti bersama anak-anak. Ni ler program Family Day Malakoff yang tak jadi yang terpaksa diteruskan pasal dah tempah tiket kapal terbang. Uui mujur along tak tertinggal kat Penang Airport. Wakakakak lupa bawa surat beranak dia. Kalau along ada mykid takper la..Ini along lahir tahun sebelum mykid diperkenalkan. Mujur kad Medic boleh diterima. Peringatan : Kalau nak bawa anak2 ke Sabah atau Sarawak, Jangan lupa bawa Surat Beranak atau Mykid. Kang ada yg nangis tak berlagu kena tinggai....

Percutian selama 4 hari 3 malam....Diingatkan pada diri ini...Jangan nak shopping lebey-lebey. Window shopping xper....Takut rambang mata ni...