Saat bersama adalah yang paling TERINDAH....
Saat paling bahagia adalah ketika kita melihat orang yang kita sayangi itu tersenyum dan lebih membahagiakan apabila kita
adalah insan di sebalik senyumannya.
*****Saling menyintailah Hanya kerana Allah
*****Saling menyayangilah Hanya kerana Allah
*****Saling membahagiakanlah Hanya kerana Allah
*******KERANA Hanya Allah-lah yang dapat menumbuhkan
rasa cinta, kasih sayang dan kebahagiaan tersebut.
Sunday, November 8, 2015
Birthday 1st years Amalin
Sudah 1 tahun anak umi. Rasa macam baru jer bersalinkan dia. Ops..hehehe lupa. Bila tengok diri dah makin sihat ni baru sedar. Hahahaha..Kan ke kebiasaan aku ni bila anak dah 5 bln ke atas, aku pun akan ikut membesar seperti anak-anak. Tu yang tak dapat dihalang. Kali ni umi beli je kek. X sempat nak buat. Itu pun buat keputusan mengejut nak celebrate. Kalau diikutkan abi tak mau celebrate pasai kecik lagi. Tapi umi dan krew-krew yang lain nak sangat sambut. So express le jadinya.
Birthday Nu'man ke 9
Tu dia....cepat betul masa berlalu. Anak aku dah 9 tahun. Macam tak percaya je. Dok usung ke hulu ke hilir kecik-kecik skang dah besar. Kali ni aku buat kek sendiri. Si hero ni nak kek coklat so aku pun buat ler kek coklat kukus. Siap buat coklat ganache. Hahahaha ni korek resepi dari adik aku. Sorry chef zaza.
Santai Di Marina Wing
Bertukar angin pula. bawa anak-anak melepak ke Marina Wing petang-petang minggu ni. Seronok sangat le budak-budak. Si abang dan kakak seronok nak main roller blade. Si adik pula mesti terkinja-kinja nak main giant bubble. Apa pun umi dan abi layankan ajer. Seronok tengok gelagat anak-anak.
Hehehe...jangan le suruh umi main roller blade. Mau gempa bumi bila umi jatuh. Wakakakak..tak sanggup teman nak tutup muka ni malu kalau jatuh. Uishhh...
Jelajah Masjid - Masjid Batu Gajah
Berkesempatan bersembahyang di Masjid Batu Gajah. Fuyoo....memang kedababom masjidnya. Luar biasa-biasa je tapi dalam memang canteq hiasannya. Siap ada escalator lagi. Memang selesa sangat. |
Gedegit-gedegit gambar dalam ni. Dok melayan karenah anak-anak. |
Lepak santai di kedai buku
Assalamuailaikum semua...yuhuuuu aku kembali lagi. Hahahaha....Ligat tangan mengoyak sawang-sawang yang menghiasi blog ini. Lama betul aku tak menjengah blog ni...Atee...kekangan tugas mengehadkan masa aku untuk menulis. Nak detail tu nak detail ni. Kena hantar tu, kena hantar laporan ni..dan bermacam-macam kena lagi...Uuiittt terberleter pulak pepetang yang mendung ini. Sekarang dah start musim hujan. Apalagi aku kena standby le takut kawasan yang aku jaga banjir. Buat masa ni keadaan masih boleh dikawal. Semua tok sidang2 kawasan di arah berjaga-jaga dan terus lapor kat aku kalau keadaan tak terkawal. Amboi mereport tugas pula...Saja nak bagitau. Kalau nak baca boleh skip...Eceh macam le boleh skip.
Bila ada masa lapang waktu cuti, my laling suka sangat ajak aku n anak2 berjalan-jalan dekat-dekat sini je. Tempat paling digemari adalah Aeon. Takde tempat lain yang nak lepak. Mesti nak lepak dalam kedai buku. Dari yang besar hingga yang kecik suka melayan buku. Alhamdullilah, satu aktiviti yang berfaedah. Bagus..bagus...yang x bagusnya mesti le rabak duit aku bila mata dan hati tak boleh dikontrol bila dapat pegang dan belek buku. Maunya tak rembat 2 ke 3 buku..Huhuhuhu...
Subscribe to:
Posts (Atom)