Saat bersama adalah yang paling TERINDAH....

Saat paling bahagia adalah ketika kita melihat orang yang kita sayangi itu tersenyum dan lebih membahagiakan apabila kita
adalah insan di sebalik senyumannya.

*****Saling menyintailah Hanya kerana Allah
*****Saling menyayangilah Hanya kerana Allah
*****Saling membahagiakanlah Hanya kerana Allah

*******KERANA Hanya Allah-lah yang dapat menumbuhkan
rasa cinta, kasih sayang dan kebahagiaan tersebut.

Monday, August 15, 2016

Jimba-jimba dengan Famili - Kenduri Anak Ateh Kahwin Part 1

Seronok...seronok....uui x tau nak habaq lagu mana. Semua nak mai berkampung kat umah aku. O yeeeee....wakakak. Seronok terlebey ni. Sedara mara nak mai. Nak lepak umah pasal nanti nak g kenduri rumah pak sedara aku nama Zakaria. Anak dia aka sepupu aku nak kahwin. Maaf nama den dah lupa, Hahahaha nampak sangat tak rapat. 

Mak dengan ija bertolak dari SP. Aku akan pick up Makcu kat stesen bas. Dia mai 3 beranak je. Acu x boleh mai pasal kena keje. After hantar Abang dan Mia ke kelas Muzik terus zoom ke bus stesen. Tunggu ketibaan dorang. Setel amik terus ke Sitiawan balik nak amik anak-anak umi yang dah habis kelas.

Balik je rumah tengok2 mak dah sampai. Apalagi udah macam buat kenduri. Hahahaha ramai. Bukan senang nak melepak ramai-ramai macam ni,  Abang sampai lambat. Rasa macam zombie jalan je masa buka pintu untuk dia. Ngantuk weii.... 

Gedegit-gedegit amik gambar masa kenduri. Jom kita layan gambar ok. Abaikan muka umi yang interframe. Wakakakak....










Present for lovely auntie

Sempena majlis perpisahan auntie yang paling Damia sukai....Auntie Salha...Auntie yang paling comel dan baik. Senyuman manis sentiasa di pinggir bibir. Umi pun suka dengan Auntie Salha. Bila balik dari sekolah mesti ada je cerita pasai auntie dia suka ni. Sibuk mulut suruh beli hadiah untuk auntie dia. Hah bukan setakat hadiah siap umi buatkan lagi cookie famous amos. Gerenti sedap ( ekekek masuk bakul angkat sendiri :P )




Wednesday, April 6, 2016

My Atuk-Atuk

Hari ni nak citer sket je pasai my aruah atok. Saja je. Tetiba je teringat kat dorang. Yang sorang memang x sempat nak ader memori dengan dia pasai meninggal masa aku kecik-kecik. Yang lagi sorang memang selalu bergaduh bila balik kampung. Huhuhuhu...rindunya....


Ni atuk belah ayah. Nama Mohd Nordin. Dia meninggal masa aku kecik. Kenai ikut pic ni jer la.


Yang ni pula nama Ahmad. Memang kaki gaduh. Hahahaha...hidung dan rupa udah macam pie penang nun. Kalau balik kampung memang tak sah kalau tak kena calit dengan sireh pinang. Huhuhuhu. Memang garang tapi cucunya udah alah bisa tegal biasa. Sempat le tunaikan hajat nak buat kenduri aku kat umah felda. Cucu paling havoc..Wakakakak..cucu yang paling banyak gaduh dengan dia. Huhuhu atok...rindu sama atok.

Monday, February 1, 2016

My Elsa mengejar cita-cita Al-Hafizah

Terluah ucapan alhamdullilah dari bibir. Betapa gembira hati puteri sulung berjaya melanjutkan pelajaran ke Maahad Tahfiz Darul Furqan. Bersyukur dengan rezeki yang Allah kurniakan ini. Along daftar diri pada 6.12.2015 . Kebetulan hari yang sama ulangtahun kelahirannya yang ke 12. Moga Allah limpahkan kurnia buat sang puteri.
Tahfiz Darul Furqan
Lot 172, Mukim 3, Sungai Rusa
11010 Balik Pulau,
Pulau Pinang.

Ni alamat Maahad tu. Hehehe..jenuh juga mencari guna GARMIN.  Last-last guna cara klasik. Bertanya arah dengan orang kampung.
Tanggal 16.01.2016 ( Sabtu ) Kami bertolak dari Lumut ke Penang. Tak sabar-sabar nak berjumpa dengan along. Rindu betul dengan anak umi. Iyelah along dah lepas tempoh 40 hari. Tu yang membuak-buak perasaan rindu tu. Udah le awal-awal hari tu, umi terjadi ratu air mata kejap. Pantang sebut nama mesti hujan mencurah-curah. Buruk betul umi waktu tu. Hahahaha...Takper Abi jadi tukang pujuk.
Tak tertahan nak gelak, bila Damia ajak Abang Nu'man pergi amik along. Punya kesian tengok umi asyik merambu air mata. Pandai betul anak-anak umi ya.
Sampai jer kat sana, terus masuk asrama perempuan cari Along. Berseri-seri dia datang. Sejuk tengok muka dia.

Along dengan si comel Amalin yang tak reti duduk diam.

Suka sangat dengan pic ni.