Saat bersama adalah yang paling TERINDAH....

Saat paling bahagia adalah ketika kita melihat orang yang kita sayangi itu tersenyum dan lebih membahagiakan apabila kita
adalah insan di sebalik senyumannya.

*****Saling menyintailah Hanya kerana Allah
*****Saling menyayangilah Hanya kerana Allah
*****Saling membahagiakanlah Hanya kerana Allah

*******KERANA Hanya Allah-lah yang dapat menumbuhkan
rasa cinta, kasih sayang dan kebahagiaan tersebut.

Monday, February 1, 2016

My Elsa mengejar cita-cita Al-Hafizah

Terluah ucapan alhamdullilah dari bibir. Betapa gembira hati puteri sulung berjaya melanjutkan pelajaran ke Maahad Tahfiz Darul Furqan. Bersyukur dengan rezeki yang Allah kurniakan ini. Along daftar diri pada 6.12.2015 . Kebetulan hari yang sama ulangtahun kelahirannya yang ke 12. Moga Allah limpahkan kurnia buat sang puteri.
Tahfiz Darul Furqan
Lot 172, Mukim 3, Sungai Rusa
11010 Balik Pulau,
Pulau Pinang.

Ni alamat Maahad tu. Hehehe..jenuh juga mencari guna GARMIN.  Last-last guna cara klasik. Bertanya arah dengan orang kampung.
Tanggal 16.01.2016 ( Sabtu ) Kami bertolak dari Lumut ke Penang. Tak sabar-sabar nak berjumpa dengan along. Rindu betul dengan anak umi. Iyelah along dah lepas tempoh 40 hari. Tu yang membuak-buak perasaan rindu tu. Udah le awal-awal hari tu, umi terjadi ratu air mata kejap. Pantang sebut nama mesti hujan mencurah-curah. Buruk betul umi waktu tu. Hahahaha...Takper Abi jadi tukang pujuk.
Tak tertahan nak gelak, bila Damia ajak Abang Nu'man pergi amik along. Punya kesian tengok umi asyik merambu air mata. Pandai betul anak-anak umi ya.
Sampai jer kat sana, terus masuk asrama perempuan cari Along. Berseri-seri dia datang. Sejuk tengok muka dia.

Along dengan si comel Amalin yang tak reti duduk diam.

Suka sangat dengan pic ni.