Saat bersama adalah yang paling TERINDAH....

Saat paling bahagia adalah ketika kita melihat orang yang kita sayangi itu tersenyum dan lebih membahagiakan apabila kita
adalah insan di sebalik senyumannya.

*****Saling menyintailah Hanya kerana Allah
*****Saling menyayangilah Hanya kerana Allah
*****Saling membahagiakanlah Hanya kerana Allah

*******KERANA Hanya Allah-lah yang dapat menumbuhkan
rasa cinta, kasih sayang dan kebahagiaan tersebut.

Saturday, June 18, 2011

JJCM Tanjung Jara Resorts, Dungun Terengganu

Cuti sekolah yang lepas, pada tarikh 9.6.2011...Sampai ler kaki aku menjejak tanah Dungun..Percutian yang disponsor selama 3 hari 2 malam....Sebelum tu sempat bermalam di Pantai Batu Buruk. Sewa bilik. Siap shopping di pekan. Beli kain batik dan yang mana berkenan di mata aku ni. Lawa siot kain sutera Terengganu tapi hehehe mahal yer.....Tak sesuai dengan aku yang malas nak seterika baju. So baik takyah beli. Kang membazir pula.



Tak sangka yer, teman udah sampai Terengganu. Hehehehe.....Senyum lebar ni......
Dulu tengok dalam Jalan Jalan Cari Makan TV3. Time tu pengacaranya Si Farouk yg orang penang tu. Seronok tengok dia order punya besar gelas tu. Gelas cam anak aku order ni tapi yang besar punya. Yang ni pun kami tak terhabis nak minum. Penuh perut dengan air. Memang kaw giler......



 

Semangat hati aku melihat panorama di jalan masuk ke resort itu...Fuh, beauty nature gitu..memang santai habis.
 Sesaja nak melakar nama anak2 di pantai..Ini kerja my hubby laa....Upload gambar budak2 tu punya semangat mengutip kulit siput...


Sesampai saja, kami di sambut oleh pekerja serta paluan gong. Dijamu dengan air sejuk dan tuala sejuk. Segar badan yang terasa melekit. Along yang terlebih rajin menyapu muka Tok Ayah.



View bilik. Berkenan teman.......


Aksi anak-anak bila jumpa katil.

Gatal tangan gedegit gambar harta resort...kui...kui........
Snap view...agak lawa kat mata, terus jer tekan butang snap......

Ini sebelum memulakan rawatan spa....Nak manjakan badan. Bukan selalu pun. Seronok juga membelai badan kan. Gambar ni dan minuman tu adalah sebelum rawatan dimulakan. Depa kasi relaks dulu.

Adoyai lepas rawatan minum teh herba panas. Fuh rasa mencurah peluh lepas treatment. Thanks Laling bagi treatment pada Bie....Hahahaha.....Lain kali Laling sponsor le lagi.....



Aksi Abang......Seronok jadi badak berendam....Hisy...hisy....pantang jumpa kolam mesti nak terjun juga.

Tercapai hajat Along nak berendam. Selagi tak bawa tak henti-henti mulut tu dok tanya.." Umi, bila nak mandi kolam ?"

Mia yang panjang akal.....Baru nak membuas...

Santai di petang hari. Along dan Abang beria memungut kulit siput. Yang dewasa amik angin laut saja menenangkan fikiran.

Tok Ayah bergambar dengan chef...Macam kawan jer. Aksi anak-anak main kolam ikan.



Bergambar dengan pekerja paling lama berkhidmat dengan Tanjung Jara Resort..Lepas ni nak balik dah. Ada rezeki pasti aku akan berkunjung ke sini lagi...Hehehe tapi kali ni dengan laling saja ok....Tunggu anak2 dah besar. Nak lepak dan berkepit dengan laling jer....Boleh tak laling ?

























No comments:

Post a Comment