Saat bersama adalah yang paling TERINDAH....

Saat paling bahagia adalah ketika kita melihat orang yang kita sayangi itu tersenyum dan lebih membahagiakan apabila kita
adalah insan di sebalik senyumannya.

*****Saling menyintailah Hanya kerana Allah
*****Saling menyayangilah Hanya kerana Allah
*****Saling membahagiakanlah Hanya kerana Allah

*******KERANA Hanya Allah-lah yang dapat menumbuhkan
rasa cinta, kasih sayang dan kebahagiaan tersebut.

Monday, October 3, 2011

This morning

Pagi ini cuaca redup. Hujan pun mulai berjujuran turun. Mak ai liat rasanya nak pergi kerja. Dapat sambung tidur pun sodap ni dengan cuaca sejuk-sejuk ni. Lepas hantar Along dan Abang ke sekolah, aku melepak pula kat rumah Kak Azam sambil layan Mia yang banyak perangai kerana tidak sehat ( selesema dan batuk ). Merengek minta dibelai. Abi datang hantar bubur pasal aku dah sms tadi minta pertolongan dia belikan. Menanggis Mia bila aku angkat punggung nak keluar. Hehehe dah besar banyak akal dia. Tahu saja aku nak pergi kerja dan tinggalkan dia di rumah pengasuh. Petang nanti Umi datang ambil Mia yer..Umi sayangkan semua anak-anak umi.
Breakfast dengan Abi. Pergh kenyang makan nasi...Kena pula udara sejuk ni karang sahih aku mesti tangkap lentok punya. Right now I'm in office. Tengah menaip apa punya karangan pendek ni sengaja untuk bacaan sendiri. Hahahaha...Petang karang nak keluar ke site. Ada keje yang bersambungan dengan keje semalam. Aduan menceroboh tanah rezab di kampung Tersusun Batu 7. Sudah diberi belas ihsan tapi nampaknya jabatan kena balik musibahnya. Tak tahulah mentaliti penduduk bumi sekarang ni. Tengoklah saja Israel yahudi tu yang bermaharajalela menindas saudara kita di palestin. Memang teruk dan kejam sungguh tindakan mereka. Semakin berkuasa Israel dengan sokongan daripada US dan negara-negara yang bersekongkol dengannya. Geram sungguh melihat gambar dan penderitaan penduduk palestin. Tambah membangkitkan rasa marah bila melihat wajah kanak-kanak yang tidak berdosa yang menjadi mangsa kekejaman pihak laknat itu. Benci..benci...Sayu melihat wajah-wajah kanak-kanak yang terkorban dalam tiap kali serangan hampeh laknat tu kononnya membedil persembunyian pejuang. Bodoh piang ke apa. Wajah mereka polos seperti lena tidur yang terindah. Itulah wajah mati syahid. 
Naik panas hati juga dengan senario yang hangat melanda negara kita ini, Malaysia. Kes pembuangan bayi semakin menaik peratusannya. Agak-agaknya semakin menipis keimanan kita. Apataknya selalu benar mengakui kesedapan duniawi tanpa menebalkan jiwa menyintai keabadian Syurgawi. Bayi yang tidak berdosa dibuang sesuka hati ibarat seumpama membuang sampah merata-rata. Mereka juga punya hak untuk hidup didunia ini. Bukan salah mereka lahir ke bumi ini tetapi kesalahan ibubapanya yang tidak bertanggungjawab memelihara kehormatan dan kesucian agama Islam yang telah nyata mengharamkan perbuatan yang mungkar. Cuba kalau bayi yang dibuang itu boleh berkata-kata pasti mereka mempersoalkan mengapa mereka dilayan sebegitu rupa. Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya aku insan yang kerdil ini bermohon agar kau berikanlah hidayah pada mereka dan pada yang akan mencuba agar berfikir dan kembali ke jalan Mu yang sememangnya indah untuk disusuri....Amin Amin Ya Rabbi Al Amin


No comments:

Post a Comment