Disember 2011, suka aku bulan ni kerana bulan ni aku berpeluang berjumpa dengan kawan-kawan yang rapat dengan aku masa time sekolah dulu. Maknanya my bestfriends. Punyalah lama tak berjumpa. Start habis SPM ari tu ( Aku SPM tahun 1996 ) dalam bulan 7 1997, telah terjadi perpisahan dengan geng aku yang nakal tapi baik. Hahahaha ye la sangat tu.
Disamping berjalan cuti-cuti Malaysia ke Penang awal bulan hari tu, sempat berjumpa dengan my prenz...Puan Siti Nur Akhmal Fassya Binti Ahmad. Amboi siap aku taip nama penuh dia. Ini ler geng jahat bebenor dulu. Skang dah kurang sikit jahatnya pasai dah jadi mak orang. Perjumpaan yang singkat memandangkan dah lewat. Temujanji depan kedai makan mamak depan hotel. Akhmal baru balik dari kerja. Terima kasih kawan kerana sanggup datang jumpa aku. Nak lepaskan rindu katanya. Maklumlah dah lama tak bersua. Pukul 12 maknya tepon tanya pasal apa lewat sangat. Anak kecik dia dah meragam. Kesian kat dia. So terpaksa lafazkan ucapan perpisahan kembali kerana esok aku dah nak balik ke Manjung dah. Cuti dah habis. InsyaAllah ada rezeki kita akan jumpa lagi.
Tengah kerja tiba-tiba dapat panggilan telefon dari Norini. Bagitau dia ada kat Lumut ni. Apalagi nak jumpalah wei. Bukannya senang nak bersua muka ni. Maklumlah dia nun dok kat Pendang. Aku ni mana pernah lagi jejak kaki ke sana. Tak sempat lagi nak berjalan ke sana. Sibuk hal anak-anak tambah pula jadual kerja yang takkan sama. Biasalah aku ni kerja gomen, yang my hubby pula kerja swasta. So payah ler nak sama cuti. Tambah lagi hubby aku tu keje shif. Tu belum lagi nak kira cuti yang perlu diperuntukan untuk menjenguk keluarga di Kedah dan di Kelantan. Yang 2 ni memang wajib dibuat. Cuti sekolah pun kena juga prepare spent cuti untukbawa anak-anak berjalan. Nak spent masa dengan mereka. Maklumlah kami dua bekerja so malam saja dapat anak-anak merasa kasih sayang. Berbalik cerita Norini tadi, buat janji jumpa di Giant Manjung. Aku bawa Syifaa' dan Nu'man pasal Hubby pesan suruh bawa balik lepas mengaji rumah pengasuh ( anak-anak aku panggil nenek dengan opah ). Bersembang lebih kurang. Agak-agak kekok sikit pasal lama sangat tak jumpa. Eceh kalu ader lagu Sheila Amin masa ni, memang kena ler keadaannya. Melayan anak-anak lagi. Tunjukkan rumah pada Ani. Mana tahu kalau datang lagi sekali boleh cari rumah aku. Anyway suka sangat. Tercapai impian nak jumpa geng-geng lama. Cuma ada lagi yang belum dapat jumpa. Emelia, Jihan dan geng-geng SMTP dulu. Bilalah nak buat reunion. Siapa ler yang nak conduct.? Hehehe banyak songeh plak aku ni yaa.....
Tak lepas peluang posing berdua. Bukan nak senang jumpa macam ni. Maklumlah seorang Penang, sorang lagi Manjung, Perak nun. |
Taraa....ni jiran depan rumah merangkap kawan rapat. Ni kira macam rancangan Jejak Kasih lah pula. |
Semoga kita akan berjumpa lagi. InsyaAllah. |
No comments:
Post a Comment