Memang diri kita ni berharga. Siapa yang tahu ? Diri kita sendiri yang tidak tahu betapa berharganya kita. Tanyalah orang dipersekitaran. Hanya mereka yang boleh memberikan jawapan betapa berharganya kita ini. Tegur-menegur sesama insan adalah yang terbaik. Kita bukanlah sempurna. Dengan teguran yang diterima dapatlah kita memperbetulkan apa yang masih kurang dalam diri. Tapi itulah masalahnya, ada sebahagian langsung tidak mahu menerima teguran. Salah menegur karang, sampai ke anak cucu diharamkan menegur kita balik. Kekadang naik pening juga kalau terjumpa hamba Allah yang sedemikian rupa.
Ada pula yang menganggap diri mereka di jalan yang betul padahal kita semua nampak jalan atau perbuatan yang dia buat memang dah menyimpang dari landasan yang betul. Ada pula tu bila kita tegur cara baik boleh plak dia buat macam tak dengar. Uuuii banyak betul dugaan sekarang ni. Aku ni kekadang jenuh perah otak mencari ayat yang marveolous baik punya untuk menegur cara diplomasi. Tak tegur kang rasa macam bersekongkol plak dengan depa. Padahal realiti ni langsung teman tak syior nak ngikut...