Saat bersama adalah yang paling TERINDAH....

Saat paling bahagia adalah ketika kita melihat orang yang kita sayangi itu tersenyum dan lebih membahagiakan apabila kita
adalah insan di sebalik senyumannya.

*****Saling menyintailah Hanya kerana Allah
*****Saling menyayangilah Hanya kerana Allah
*****Saling membahagiakanlah Hanya kerana Allah

*******KERANA Hanya Allah-lah yang dapat menumbuhkan
rasa cinta, kasih sayang dan kebahagiaan tersebut.

Sunday, June 24, 2012

Amboi Lasaknya.......

Berkesempatan balik bercuti ke Kedah. Lepas rindu pada mak ayah. Bawa mereka jalan-jalan jamu mata. Bukan jauh pun. Kat Tesco SP jek...Hahaha tu pun lajak dari kenduri rumah kawan ayah. Bila lagi nak merendek dengan mak ayah. Jumaat 8.6.2012 kena turun Penang dah. My Ayang dah tunggu kat hotel nun..Vistana hotel dan apartment. Tangkap gelagat Mia yang aktif dan tidak betah duduk diam. Memang memacam perangainyer.

Tengok tu kalau bab memanjat memang handal sangat. Tak takut langsung.

Petang Jumaat turun Penang. Angkut semua sekali. hehehe teringat adegan tarik tali antara mak dan ayah. Nak ikut ke taknak. Last Ayah setuju. Yahoooooooo.....Petang sampai berehat saja kat apartment. Dapat dok tingkat 8. Bilik no. 852. View mengadap kawasan berbukit dan nampak kolam renang. Apalagi bersemangatlah Along, Abang dan Pak Su Wan nak mandi kolam.

Ayahanda tercinta yang asyik menonton TV.

 
Masing-masing meninjau ke balkoni. Seronok tengok pemandangan bukit di hadapan hotel dan pemandangan kolam renang di bawah.

Ini yang buat along tidak berhenti-henti minta kebenaran nak mandi kolam.

View kat depan bilik. Sedap mata memandang. Hijau kan penyejuk pandangan.

Nun di sinun. Bandar Penang.



Mia with Opah.

Saja tangkap gambar katil sebelum dikeroyok oleh askar-askarku.

Aku tangkap dari level kolam renang ( level 2 ). Tu hah gambar mak tengah melepak kat balkoni level 8.

Hehehe memang ler aku ni gatal tangan. Asyik gedegik ajer.




Dapat juga Along dan Abang main kolam. Tu pun risau tok sekuriti datang. Banyak songeh punya sekuriti. X boleh pakai bajulah utk lelaki. Tak tau ke ada yg malu nak tanggal baju. Orang bukan dari Malaysia memanglah tak malu tayang body. Apara tengok orang malaysia ni sengkek sangat ke sampai tak boleh nak duduk hotel. Lebihkan pelancong ajer. Nyampah aku.

Senyum tak habis-habis lagi Along dan Abang.

Dok panggil Mia. Apalagi tak senang duduk Mia. Buka pampers mandi dengan seluar jer dia. Punyalah seronok.

Bab posing cukup handal.

My mom...Ibu kesayanganku.

Me with my mom.

Bergaya di balconi.

Merenung jauh seolah mencari sesuatu.

My sister and my mom.

View bandar bila malam. Bergermelipan cahaya lampu.

Amboi posing cantek tu....

Saja mencelah...hehehehe

Adik yang paling kecik...Pak Su Wan


Serius jer ayah...Hahaha lapar tu., Kejap lagi kita pergi makan yer.

Sampai tertidur tunggu nak keluar makan.

Dah berlayar ke mana puteri ku ini.




Dinner kat luar dengan famili. After dinner ni lepas hantar Abi, Syifaa' dan Nu'man, kami pun bertolak balik ke Sungai Petani. Esoknya Pak Su Wan sekolah.

Muka kelaparan. Semangkuk kerang dah licin dikerjakan mereka. Stay dengan Abi malam ni. Esok baru Umi dan Mama amik kat apartment Abi.

No comments:

Post a Comment