Apa yang malas sangat aku hari ni. Takkan pasal main badminton sambil gelak tak henti2 tu buat aku letih satu hari. Itulah. Bila main tak henggat dunia. Kah..kah...kah...gelakkan diri aku sendiri. Memang padan muka ler aku hari ni. Ada hati nak ganti Lee Chong Wai kaa ?. Hahahaha hantaran bola pun cukup makan. Entah bila ler nak terlebih handal passing bola tangkis.
Tak sempat jam terpaku kat jam 10 mlm, aku dah terkulai lentok. Rasa mata ni kalau letak kayu pun sure kayu tu akan patah seribu...hahaha pinjam tajuk lagu Sheila Hamzah...Mau kena laser aku kalau awek tu tau..Ni pun rasa nak tersengguk-sengguk mengadap pc ni. Mau kang bukan jari yang menaip tapi hidung aku yang take over kerja menaip. Semua geng kat opis ni dah selamat beransur pulang ke rumah. Inikan hari Jumaat. Aku jer yang masih setia menanti kat meja ni. Entah apa yang aku tunggu. Nak kata tunggu pos laju, tak juga pasal bungkusan pos laju tu dah dok sebelah aku ni. Apalagi aku nak tunggu. Malas toi nak angkat punggung yang macam dah melekat kat kerusi ni.
Ish banyak songeh betul aku hari ni. Karang aku tarik tinga kang...Hahaha apalagi Jenab. Tarik tinga sendiri. Memang nak buat pun....Adoooiiii sakit ler....Ok ler sakit mata aku sendiri baca entry ni. Memang banyak betul vitamin M dalam diri aku pada hari ini...Ok nak kuar ni. Nak pi cari virus R dan nak buat taik mata ( nak titun kejap tengahari ni..Itu kalau dapat ler. Ingatkan Along dan Abang kat rumah. Sahih berperang dengan depa kat umah nanti )
Selamat tinggal !!!
No comments:
Post a Comment