Bahan-bahan
( Untuk 3 - 4 orang )
* 7-8 ketul ayam ( dibersihkan )
* 5 ulas bawang putih ( ditumbuk kasar )
* 1 inci halia ( ditumbuk kasar )
* 3 batang serai ( ditumbuk kasar )
* 1 sudu besar ketumbar ( disangai dan ditumbuk kasar )
* 1 sudu teh jintan manis ( disangai dan ditumbuk kasar )
* 1 sudu besar serbuk kari ayam ( suka hati nak guna brand apa pun. Saya guna cap Babas )
* 1 biji telur
* 2 sudu besar tepung jagung
* 1 tangkai daun kari ( hehehe saya buh banyak coz pokok kari berdaun lebat depan rumah ni )
* garam secukupnya
Cara penyediaannya :
1. Perapkan ayam dengan bahan di atas selama 1 jam atau selama mana yang boleh. Lagi lama lagi sedap.
2. Gorengkan dengan minyak yang banyak sehingga garing. Gunakan api yang perlahan sahaja.
3. Hidangkan panas-panas. Gerenti anda akan puas hati.
Selamat mencuba.....Kegemaran my laling ni..
No comments:
Post a Comment