Saat bersama adalah yang paling TERINDAH....

Saat paling bahagia adalah ketika kita melihat orang yang kita sayangi itu tersenyum dan lebih membahagiakan apabila kita
adalah insan di sebalik senyumannya.

*****Saling menyintailah Hanya kerana Allah
*****Saling menyayangilah Hanya kerana Allah
*****Saling membahagiakanlah Hanya kerana Allah

*******KERANA Hanya Allah-lah yang dapat menumbuhkan
rasa cinta, kasih sayang dan kebahagiaan tersebut.

Wednesday, October 16, 2013

Apam Gebus


Ni permintaan terhangat dipasaran dari Si Along n Si kecik, nak apam polkadot. Umi buat terus jadi apam alphabet. Pandai-pandai jer umi ni yer. Yang pasti jadi dan sedap. Mabeles.....

Mulai dgn bahan2 nya :
2 biji telur
1 cawan gula
1 sudu kecil ovalette
2 sudu esen vanila
1 cawan susu segar
2 cawan Self Raising Flour ( Ayak terlebih dahulu )
Jem strawberry @ blueberry @ jem kesukaan anda.


Cara nak buat.....
1. Panaskan pengukus
2. Pukul telur + gula + esen vanila + ovalette - hingga kembang dan berwarna putih. Around 10 minutes.
3. Masukkan susu segar. Gaul sebati.
4. Masukkan tepung. Sebatikan.
5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Warnakan ikut warna kesukaan anda sendiri.
6. Letakkan mangkuk kertas dalam acuan ( guna acuan lompang atau tat ).
7. Masukkan adunan separuh ke dalam bekas. Letakkan jem di bahagian tengah. Masukkan adunan seterusnya sehingga penuh.
8. Hiaskan dot-dot atas adunan dengan kreativiti anda. Saya main buat abjad. Nak kenalkan si kecik dengan abjab. Belajar sambil makan.
9. Kukus selama 10-15 minit dengan api yang sederhana ( Balut tutup Kukusan ).

Dah ready.........Boleh makan...........


Tuesday, October 15, 2013

NASI BERIYANI KARI KAMBING

Jom kita memasak nasi beriyani pula. Permintaan mengejut my laling after sarapan. Uui mana den nak dapek resepinya. Nak tanya pakcik google, den malas nak on mobile network. Tak larat den nak bayar bil. Udah ler nak pergi beli terus barang untuk prepare nasi ni. My laling bagi Iphone dia. Apalagi terus ler aku tanya pakcik google. Ok boleh tahan cara dia. Ala-ala macam nak buat nasi arab. Balik dari sarapan roti canai kat Damar Laut, kami terus singgah AEON Manjung. Search barang yang diperlukan.

Dengan bantuan si kakak tu, cepat sikit aku memasak. Dah boleh harap menolong. Tu kalau time rajin. Kalau time malas, hmmm...jenuh bersuruh baru nak buat.



Bahan-bahan ( Hidangan untuk 6-7 orang )

1   kg Beras Basmathi ( aku guna PUSAGOLD 1121 Keluaran JASMINE. Memang sebijik macam nasi kat kedai mamak ) Basuh dan sejat.
1   tin minyak sapi ( GHEE )
1   tin susu sejat @ cair
3   biji bawang besar  -    dihiris halus
5   ulas bawang merah        ****
5   ulas bawang putih          ****
2   inci halia                        ****                              ****   dikisar halus
1   btg kayu manis
1   kuntum bunga lawang
5   kuntum bunga cengkih
4   biji buah pelaga
2-3 helai daun pandan, siat dan simpulkan
Segenggam daun ketumbar
Segenggam bawang goreng
1/2 cawan gajus
1/2 cawan kismis
Secubit koma-koma ( atau nama lain safron. Rendam sedikit dgn air panas. Kat Aeon ada jual ni. Kuantiti sikit tapi harga uuii mahal. Jangan terkejut pula kalau jumpa )
1 kiub ayam maggi
Garam secukup rasa
Air ikut sukatan beras ( Air selalu guna sukatan 3 cawan beras sama dengan 3 1/2 cawan air. Boleh dilebihkan 1/2 tin susu cair jika perlu )

Cara-cara :

1. Panaskan minyak sapi. Masukkan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga. Diikuti daun pandan dan bahan2 kisar. Tumis sehingga wangi. Masukkan gajus dan masak sehingga gajus perang.
2. Masukkan kismis. Kacau rata. Tuang air dan susu cair. Masukkan kiub ayam dan garam ( secukup rasa ). Biarkan mendidih.
3. Tuangkan ke dalam rice cooker dan masukkan beras yang telah disejat, tekan butang cook. masak sehingga nasi kering. Guna sudu @ chopstick, buat beberapa lubang pada nasi. Tuang air koma-koma. masukkan daun ketumbar dan bawang goreng. Tutup tudung periuk dan biarkan nasi betul2 masak.
4. Bila nasi sudah betul2 masak, gaul nasi perlahan-lahan untuk ratakan bahan tabur dan air koma-koma tadi.
5. Hidang bersama lauk-lauk sampingan seperti kari daging, dalca, ayam masak merah dan dll.

Selamat mencuba.......









Persidangan Di Hotel Heritage , Cameron Highland,

PERSIDANGAN PEGAWAI TEKNIKAL SOKONGAN 1  JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI PERAK TAHUN 2013 DI HOTEL HERITAGE, CAMERON HIGHLAND PADA 24-26.9.2013.


Tu dia kali ni kita bersidang di Tanah Tinggi Cameron yer....Walaweh best nyer......Sejuk.....Kat Manjung ni cuaca selalu panas. So bila nk ke tempat sejuk, seronok rasanya bukan main. Hahaha...But..uhuk..uhuk....nak kena tinggal anak pula. Si kakak n si abang ada peperiksaan. Terpaksa minta tolong MIL datang jaga.

Tergerak hati pula nak bertanya cikgu hari Isnin. Iyelah kalau periksa kenapalah jadual periksa tak dapat-dapat lagi. Masa tu baru tahu yang periksa takde minggu tu. Hampas kelapa betul. Apalagi roger my laling ler....tukar sudah plan. Aku pergi dulu. Hari rabu lepas habis sekolah baru my laling n family bertolak ke Cameron. Saja bawa jalan keluarga dan ambil aku hari khamis nanti. 2 reason for 1 condition. Ponteng sekolah seharilah jawabnya budak-budak tu.

Jam 12 lebih Drebar Abang John mai amik kat rumah. Ambil Dila, pastu Wirda n lastly rumah Aini. Jumpa Si Mie n Anuar kat sana. Wirda join bebudak berdua tu. Aku, Dila n Aini satu pajero.









Thursday, October 10, 2013

Taiping With Love - Destinasi Ke 2

Ni ler tempat kami melelapkan mata. Saja tidur hotel bagi bebudak ni diam pasal lama tak menginap di hotel. Memang selesa . Lagipun berdepan dengan Taman Tasik Taiping ajer.

Me with children.

Kalau dah duduk hotel tentu sahaja anak-anak nak berendam dalam kolam. Sampai sejuk gedi mandi. Tambahan angin sejuk coz Taiping hujan renyai pagi tu.

Agenda pertama bawa anak-anak ke zoo. Excited mereka tengok haiwan.


Ke Kuala Gula pula. Ada makna ke situ. He..he...he......

Naa...inilah yang dicari. Ketam lembut goreng tepung. Perghhhh....tangkap leleh. Memang sedap saja jamu selera dengan pemandangan sekeliling. Tambahan lagi kedai makan tu ala-ala restoran terapung. Cayalah........

Siap tapau bawa balik lagi. Bukan senang nak dapat ni.


Tuesday, October 1, 2013

Aiskrim Oreo Homemade.......made by umi n Syifaa'




Boleh tahan juga anak-anak aku bila membebel. Tak henti-henti desak umi dia buat aiskrim. Wokay..wokay...kita buat yer... Jom Abi...Umi nak cari bahan-bahan yang perlu digunakan.

Bahan-bahan :

* 1 tin susu cair
* 3-4 sudu besar susu pekat
* 1 cup susu kotak ( full cream )
2 sudu besar milo ( Kalau nak buat perasa milo )
* 1 sudu besar esen vanila ( Kalau nak buat yang biasa )
* 2 sudu besar ovalette
Coklat Rice ( Kalau nak tabur la )
Biskut Oreo yang dihancurkan ( Kalau nak buat sebijik macam saya buat tu )


Cara-cara :

1. Blender semua bahan yang bertanda * hingga gebu
2. Tuangkan dalam bekas
3. Masukkan ke dalam peti sejuk beku. Selepas sejam keluarkan dan boleh letakkan aksesori yang anda suka )
4. Biarkan beku seharian

Yay....udah siap.....!!