Saat bersama adalah yang paling TERINDAH....

Saat paling bahagia adalah ketika kita melihat orang yang kita sayangi itu tersenyum dan lebih membahagiakan apabila kita
adalah insan di sebalik senyumannya.

*****Saling menyintailah Hanya kerana Allah
*****Saling menyayangilah Hanya kerana Allah
*****Saling membahagiakanlah Hanya kerana Allah

*******KERANA Hanya Allah-lah yang dapat menumbuhkan
rasa cinta, kasih sayang dan kebahagiaan tersebut.

Tuesday, October 15, 2013

NASI BERIYANI KARI KAMBING

Jom kita memasak nasi beriyani pula. Permintaan mengejut my laling after sarapan. Uui mana den nak dapek resepinya. Nak tanya pakcik google, den malas nak on mobile network. Tak larat den nak bayar bil. Udah ler nak pergi beli terus barang untuk prepare nasi ni. My laling bagi Iphone dia. Apalagi terus ler aku tanya pakcik google. Ok boleh tahan cara dia. Ala-ala macam nak buat nasi arab. Balik dari sarapan roti canai kat Damar Laut, kami terus singgah AEON Manjung. Search barang yang diperlukan.

Dengan bantuan si kakak tu, cepat sikit aku memasak. Dah boleh harap menolong. Tu kalau time rajin. Kalau time malas, hmmm...jenuh bersuruh baru nak buat.



Bahan-bahan ( Hidangan untuk 6-7 orang )

1   kg Beras Basmathi ( aku guna PUSAGOLD 1121 Keluaran JASMINE. Memang sebijik macam nasi kat kedai mamak ) Basuh dan sejat.
1   tin minyak sapi ( GHEE )
1   tin susu sejat @ cair
3   biji bawang besar  -    dihiris halus
5   ulas bawang merah        ****
5   ulas bawang putih          ****
2   inci halia                        ****                              ****   dikisar halus
1   btg kayu manis
1   kuntum bunga lawang
5   kuntum bunga cengkih
4   biji buah pelaga
2-3 helai daun pandan, siat dan simpulkan
Segenggam daun ketumbar
Segenggam bawang goreng
1/2 cawan gajus
1/2 cawan kismis
Secubit koma-koma ( atau nama lain safron. Rendam sedikit dgn air panas. Kat Aeon ada jual ni. Kuantiti sikit tapi harga uuii mahal. Jangan terkejut pula kalau jumpa )
1 kiub ayam maggi
Garam secukup rasa
Air ikut sukatan beras ( Air selalu guna sukatan 3 cawan beras sama dengan 3 1/2 cawan air. Boleh dilebihkan 1/2 tin susu cair jika perlu )

Cara-cara :

1. Panaskan minyak sapi. Masukkan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga. Diikuti daun pandan dan bahan2 kisar. Tumis sehingga wangi. Masukkan gajus dan masak sehingga gajus perang.
2. Masukkan kismis. Kacau rata. Tuang air dan susu cair. Masukkan kiub ayam dan garam ( secukup rasa ). Biarkan mendidih.
3. Tuangkan ke dalam rice cooker dan masukkan beras yang telah disejat, tekan butang cook. masak sehingga nasi kering. Guna sudu @ chopstick, buat beberapa lubang pada nasi. Tuang air koma-koma. masukkan daun ketumbar dan bawang goreng. Tutup tudung periuk dan biarkan nasi betul2 masak.
4. Bila nasi sudah betul2 masak, gaul nasi perlahan-lahan untuk ratakan bahan tabur dan air koma-koma tadi.
5. Hidang bersama lauk-lauk sampingan seperti kari daging, dalca, ayam masak merah dan dll.

Selamat mencuba.......









No comments:

Post a Comment