Saat bersama adalah yang paling TERINDAH....

Saat paling bahagia adalah ketika kita melihat orang yang kita sayangi itu tersenyum dan lebih membahagiakan apabila kita
adalah insan di sebalik senyumannya.

*****Saling menyintailah Hanya kerana Allah
*****Saling menyayangilah Hanya kerana Allah
*****Saling membahagiakanlah Hanya kerana Allah

*******KERANA Hanya Allah-lah yang dapat menumbuhkan
rasa cinta, kasih sayang dan kebahagiaan tersebut.

Sunday, February 9, 2014

My Laling fly to KK.....Panjat Gunung Kinabalu

Uui bestnyer.....Seronok my laling beraktiviti di KK. Memang cantik view kat atas gunung tu. Naik jeles aku tengok viewnya.....Pagi 22.8.2013, aku hantar laling naik bas shuttle star kat Sitiawan. Terus ke LCCT le tu. Huhuhuhu aku kena tinggal dengan anak-anak. Tapi takper aku kan cool mom. Hehe Kalau aku pi... tetiba saja satu pertanyaan menerpa masuk. Adakah aku larat nak panjat puncak tu......Uui kena ada stamina. Ini naik tangga kat rumah pun udah mengah. Baru 2 tingkat aje. Lain tahun ler fikir nak takluk puncak Gunung Kinabalu. Kena training dulu.

Jaga diri yer masing-masing sebab bini xder di sisi nak jaga. Pepandai ler jaga diri yer. Jatuh nanti bila mendaki bangun sendiri yer. Sampai di KK, mereka menginap di Promenade Apartment. Melepaskan penat sebelum mendaki.

Tempat my laling dan kengkawan report diri pada 23.8.2013. Nama tempat ni Kinabalu Park di Timpohon. Segala beg baju tinggal di sini. Lepas tu mereka bertolak ke Mesilau Nature Resort. Dorang check in di Mesilau Nature Resort. Bawa pakaian yang perlu sahaja untuk mendaki. Sekadar bawa beg galas belakang untuk persalinan mendaki esoknya.

24.8.2013 Mesilau Nature Resort - Tempat pendakian bermula. 0830 hrs lepas sarapan dan briefing, barulah perdakian bermula. 

Muka-muka bersemangat nak mendaki. Chaiyok...chaiyok......

Alam flora yang sedap mata memandang. Best siot.....








Tiba di Laban Rata pada jam 1600 hrs. Sejuk gedi.....




25.08.2013   0300 hrs - Pendakian bermula untuk menawan puncak Gunung Kinabalu. 0830 hrs pendakian turun ke TIMPOHON GATE
1430 hrs - Tiba di TIMPOHON GATE dan laporkan diri di Kinabalu Park.
Semua berkumpul dan bertolak ke Kota Kinabalu. Tiba pada jam 1900 hrs.






Jalan-jalan cuci mata di sini. Dan ronda pekan cari barang nak bawa balik.



27.8.2013 - Penerbangan balik pada jam 1405 hrs.
Satu hari nanti sampai juga Umi and the geng ke sana. Ditunjukkan arah Abi Mr. Laling. Yahoooo....jom menabung. Hehehe......

No comments:

Post a Comment