Saat bersama adalah yang paling TERINDAH....

Saat paling bahagia adalah ketika kita melihat orang yang kita sayangi itu tersenyum dan lebih membahagiakan apabila kita
adalah insan di sebalik senyumannya.

*****Saling menyintailah Hanya kerana Allah
*****Saling menyayangilah Hanya kerana Allah
*****Saling membahagiakanlah Hanya kerana Allah

*******KERANA Hanya Allah-lah yang dapat menumbuhkan
rasa cinta, kasih sayang dan kebahagiaan tersebut.

Wednesday, October 1, 2014

My New Princess.......NUR AMALIN ELSA





Nama puteri yang dipilih oleh my laling...Nur Amalin Elsa. Seperti dikehendaki my laling, aku selamat melahirkan di Kelantan....Nak anak kelate lagi katanya. 

Jangkaan bersalin aku kalau ikut doktor adalah 14.7.2014. Cantik betul tarikh tu. Suka aku dengan tarikh tu. Apply cuti 2 minggu sebelum bersalin, Nak balik awal ke Kelantan. Takder la kelam kabut nanti. Rasa sakit je terus ke hospital. No more hospital kerajaan yer...My laling nak doktor perempuan yang sambut anak kami nanti. Say no to doktor lelaki.

Tanggal 27.6.2014 ( Jumaat ), malamnya kami naik bas semua anak beranak. Hahaha seronok juga. Sekali sekala tukar angin. Bukan apa my laling tak larat nak bawa kereta bila nak balik ke Manjung semula. Kan ke puasa hari Ahad nanti. Dia nak balik hari Isnin. Naik bas Perdana Ekpress 2 tingkat. Hahaha macam jakun sket. Duduk tingkat atas. Maklumlah dah lama tak naik bas. Zaman solo je dulu yg kerap naik bas. Anak-anak gembira sehingga tak terkata.



Anak-anak punya gembira. Aku senyum sumbing. Udah tak larat. Maklumlah dah sarat rasanya.

Muka-muka gembira naik bas. Pengalaman pertama buat Si Cilik Damia.

Sampai Tanah Merah dalam jam 4 lebih. Muka mamai masing-masing. Tengah tunggu Tok Ayah datang amik. 


Pagi Sabtu 28.6.2014, selesai bersarapan saja terus bersiap nak ke Kota Bharu. Ada appoinment dengan Dr Lily di KBMC. Lagipun nak konpem booking bilik untuk bersalin nanti. Anak-anak tinggal dengan mak mertua je. Kami bertiga ( aku, my laling dan pak mertua ) sahaja yang pergi. Lepas register dan amik no giliran, lepak sakan tunggu dipanggil. My laling masuk sekali jumpa doktor bila nama aku dah dipanggil. Hehehe rasa debor le plak. Sembang-sembang sikit dengan doktor. Aku luahkan rasa tentang ketidakselesaan ketika dalam bas semalam. Rasa lenguh-lenguh kaki. Kontraksi memang takda rasa langsung. 

Dr. Lily suruh baring atas katil. Segera dia check bukaan jalan. Uui dah 7 cm ni. Terkejut aku dengarnya. Mak oi mujur tak bersalin atas bas semalam. Hahaha...dulu si Damia baru buka 5cm bila sampai hospital. Yang ni lagi advance terus 7cm. Apalagi terus doktor bagi arahan kat jururawat suruh ready labour room. Tak sangka pula nak beranak hari ni. Due lambat lagi wei....Tak sabar sungguh baby nak keluar jenguk dunia. Nurse bawa naik tingkat 2 ke Labour Room. My laling inform dengan ayah mertua yang aku kena bersalin hari ni. Kuang..kuang..datang nak booking bilik terus terbersalin hari ni juga. Mudah sungguh percaturan Allah buat kami.



Terkebil-kebil biji mata meliar tengok keliling dalam bilik. Naik boring berbaring start dari 12 lebih. Perut tak juga sakit-sakit. Dah berapa kali aku ulang baca bacaan doa kat dinding tu. Moga dipermudahkan urusan aku untuk melahirkan satu nyawa ke dunia ini. Dalam 2 lebih baru le Doktor Lily datang masukkan ubat dalam drip. Hahaha tadi tak sakitkan. Tak lama lepas doktor masukkan ubat dalam drip baru rasa kontraksi. Uuiii sakit nyer....tu ler tadi relaks lagi, skang macam tak cukup nafas. Dok tahan kontraksi. My laling datang tanya my condition. Siap duduk sebelah. Dia tak sanggup dengar bising mulut meneran kat bilik sebelah yang babynya dah nak keluar. My laling ni jenis penakut nak tengok. Tambah tak sampai hati nak tengok aku tanggung sakit nak keluarkan anak dia. Pasai tu tak pernah teman aku dalam  bilik bersalin. Aku pegang tangan dia kuat-kuat bila terasa kontraksi datang. Punyalah kuat pegang. Mujur tak patah. Hahahaha...Bila tak tahan sangat dan terasa macam baby nak keluar saja, aku terus suruh dia panggil doktor. Memang tak boleh lari dah dia kali ni. Nak taknak kena tengok juga aku bersalin hari ni secara live lagi. Anda tak boleh lari lagi Mr. Laling. Hahahaha...Biar hari ini menjadi Hari Dalam Sejarah

Terus dorang standby apa yang patut. Kaki aku dibuka. Kedudukan aku dalam kondisi duduk tapi belakang bersandar pada katil yang dinaikkan. Ditolak rapat betis aku hingga berlaga dengan paha. Ai cara baru ni. Dulu baring jer...Bila dah rasa nak teran tu doktor suruh teran. Sekali teran jer terus ler keluar si cilik. Bedebush atas katil dengan air ketuban yang banyak. Habis basah baju nurse yang tolong Doktor Lily. Udah le baru masuk shift. Maaf yer...Bogel je si kecik tu terterap atas katil. Doktor Lily cepung amik dan buat apa yang patut. Siap tunjuk kat aku yg keluar tu boboy ke gegurl. It's a gegurl.....Kena cuba lagi ler nak dapatkan boboy idaman laling. Syukur walaupun gegurl tapi alhamdullilah sihat.

Urusan baby dah settle. Now urusan aku plak. Di cuci bersih-bersih rahim. Punyalah banyak darah campur air yang keluar. Time jahit seriau juga aku. Maklumlah dulu bila lahirkan Damia punyalah seksa aku tahan sakit nak kena jahit. Memang bagus Doktor Lily jahit. Maybe sebab koyak tak banyak. Dia jahit luar sahaja. Time Mia dulu luar dalam. Udah macam cuci kereta nak luar dalam.

Yea...Lahirnya seorang puteri di bumi Kelantan. Lahir pada jam 3.28 petang dengan berat badan 2.8 kg. Ahli yang paling ringan. Kakak2 dan abangnya dalam 3++ kg.

Tu dia sebulan aku tak posa. Jenuh la nak menganti. Pantang seminggu je di Kelantan. Lepas tu my laling bawa balik Manjung. Mujur dia cuti sebulan nak jaga aku. Sayang awak my laling.

Wajah si cilik yang baru menjengah dunia




Ni waktu kuning. UUii dah le kuning lama. Sebulan lebih baru baik kuningnya.



No comments:

Post a Comment