Saat bersama adalah yang paling TERINDAH....

Saat paling bahagia adalah ketika kita melihat orang yang kita sayangi itu tersenyum dan lebih membahagiakan apabila kita
adalah insan di sebalik senyumannya.

*****Saling menyintailah Hanya kerana Allah
*****Saling menyayangilah Hanya kerana Allah
*****Saling membahagiakanlah Hanya kerana Allah

*******KERANA Hanya Allah-lah yang dapat menumbuhkan
rasa cinta, kasih sayang dan kebahagiaan tersebut.

Monday, February 16, 2015

12 anniversary- sambungan kisah

Meh nak sambung citer balik. Apa yang suprise tu ?. Hahahaha sure tertanya-tanyakan. Jangan risau. Ini yang aku nak citer pun.

Balik je rumah tengahari terus buat nasi goreng. Menu simple aje. Lepas sembahyang aku dengan tugas rutin setiap hari...hahaha apalagi...memerah susu untuk bekalan si comey Amalin. Menapak aku ke almari baju nak amik kain batik. Aik kotak per tu..Nampak pelik tetiba ada kotak di dalam almari. Siap balut dengan kertas cantik lagi....Terpampang nama aku...Ini mesti kerja my laling le ni.


Berdesup tangan mengambil kotak berbalut cantik tu. Alahai sweet sangat. Jiwa dah rasa bunga-bunga cinta bertaburan jatuh. Hahaha ayat sastera jiwang tu. Retina mata menangkap kad comel yang berisi kata-kata sakti dari my laling. Fuyoooooo....cayang awak ketat-ketat.


Terima kasih my laling dengan pemberian yang berharga tu. Tahu sangat bie perlukan jam. Wakakak jam aku dah lama gelong rosak. Yahuuu pasni aku ada jam balik. Segan rasa. Iyalah dia bagi hadiah tapi aku ni bagi apa pula. Hadiah xder so aku bagi kasih sayang yang tak berbelah bagi untuk kesayanganku ini. My lalinglah de only one yang ada special place in my heart. Awak tahu apa yang terbaek untuk saya.




12 tahun dah kita layari bahtera rumahtangga, Macam-macam onak duri sudah kita tempuhi. Sesetengahnya semakin menjadikan kita matang dalam menangani masalah kehidupan serta ujian yang menjengah. Macam tak percaya yer yang kita dah bersama selama 12 tahun. Kejap aje masa berlalu. Anak sulung kita pun dah darjah enam. Dan kita pun dah ada 4 orang cahayamata. Bersyukur aku ke hadrat Ilahi kerana dikurniakan keluarga ini. 

No comments:

Post a Comment