Saat bersama adalah yang paling TERINDAH....

Saat paling bahagia adalah ketika kita melihat orang yang kita sayangi itu tersenyum dan lebih membahagiakan apabila kita
adalah insan di sebalik senyumannya.

*****Saling menyintailah Hanya kerana Allah
*****Saling menyayangilah Hanya kerana Allah
*****Saling membahagiakanlah Hanya kerana Allah

*******KERANA Hanya Allah-lah yang dapat menumbuhkan
rasa cinta, kasih sayang dan kebahagiaan tersebut.

Thursday, November 22, 2012

Hai la Jenab

Apa yang malas sangat aku hari ni. Takkan pasal main badminton sambil gelak tak henti2 tu buat aku letih satu hari. Itulah. Bila main tak henggat dunia. Kah..kah...kah...gelakkan diri aku sendiri. Memang padan muka ler aku hari ni. Ada hati nak ganti Lee Chong Wai kaa ?. Hahahaha hantaran bola pun cukup makan. Entah bila ler nak terlebih handal passing bola tangkis.
       Tak sempat jam terpaku kat jam 10 mlm, aku dah terkulai lentok. Rasa mata ni kalau letak kayu pun sure kayu tu akan patah seribu...hahaha pinjam tajuk lagu Sheila Hamzah...Mau kena laser aku kalau awek tu tau..Ni pun rasa nak tersengguk-sengguk mengadap pc ni. Mau kang bukan jari yang menaip tapi hidung aku yang take over kerja menaip. Semua geng kat opis ni dah selamat beransur pulang ke rumah. Inikan hari Jumaat. Aku jer yang masih setia menanti kat meja ni. Entah apa yang aku tunggu. Nak kata tunggu pos laju, tak juga pasal bungkusan pos laju tu dah dok sebelah aku ni. Apalagi aku nak tunggu. Malas toi nak angkat punggung yang macam dah melekat kat kerusi ni.
        Ish banyak songeh betul aku hari ni. Karang aku tarik tinga kang...Hahaha apalagi Jenab. Tarik tinga sendiri. Memang nak buat pun....Adoooiiii sakit ler....Ok ler sakit mata aku sendiri baca entry ni. Memang banyak betul vitamin M dalam diri aku pada hari ini...Ok nak kuar ni. Nak pi cari virus R dan nak buat taik mata ( nak titun kejap tengahari ni..Itu kalau dapat ler. Ingatkan Along dan Abang kat rumah. Sahih berperang dengan depa kat umah nanti )
        Selamat tinggal !!!

Sunday, November 18, 2012

The Andaman Resort, Langkawi


28.09.2012, Malakoff anjurkan staff outing ke Andaman Resort, Langkawi. Ada choice tempat lain, korea atau China tapi kami pilih pergi Langkawi saja. Dekat dan hanya perlu tambah ongkos sikit jek. Tempat lain tu kena tambah ribu-riban. Takper len kali boleh pergi bila ada rezeki. Tidur semalam di Kuala Perlis. Tak mahu kelam kabut rushing dari Manjung.

Ni pose baru sampai kat lobi hotel. Penat sangat dah ni. Perut pun dah mula melagukan lagu keroncong minta diisi.
 
Pagi bangun awal...semangat nak kejar feri...hahaha...breakfast main tapau saja. Makan dalam feri saja nanti. Yang penting nak jejak kaki ke Langkawi sebelum pukul 10 pagi. Masing-masing kecoh bersembang dalam feri. Sebelum jam 10 pagi dah terpacak kami kat jeti Kuah. Semangat membara ni. Ni kali ke 4 dah aku jejak kaki ke Langkawi. Syifaa kali ke 2 dan pertama kali buat Nu'man dan Damia. Bukan senang nak jalan-jalan makan angin orang bawa cam ni. Siap pakai bas lagi.



Muka-muka semangat waja. Senyuman di bibir di bawa bercuti. Bukan selalu kan....So apalagi kita enjoy dulu.....

Cukup saja korum dalam bas, terus kitorang di bawa ke Cable Car...Hahaha ikutkan jadual patutnya hari terakhir di sini baru ke sana. Pelan sudah tukar laa...Ayoh kita ke Cable Car...Tak sabar rasanya....

Penat berjalan ke hulu ke hilir di Langkawi Cable Car, rombongan terus dibawa menikmati makan tengahari di kedai makan entah aku tak ingat nama pula..hehehe....After lunch baru kami bertolak ke hotel untuk check in. Hahaha tak sabar nak baring atas tilam ni..Lenguh dah badan mendukung si kecik aku tu, Si Damia yang pot pet pot pet tu. Budak periang yang suka sangat berjalan. Banyak yang dia explore hari ini. Abang Nu'man pun buat drama sebabak. Boleh pulak dia salah nak naik bas. Dah sudah menanggis tak berlagu. Bikin jantung Umi dengan Abi berdenyut cepat. Mujur Umi dengan Abi tak pitam.






Sampai hotel saja, yang terlintas dalam minda adalah tilamnya. Siap tourist guard bgtau tadi harga tilam sahaja dah 30k...fuyooo....teringin nak rasa keenakkan kelembutannya. Tunggu Si Laling register masuk. Pihak hotel menyediakan teh lemon grass...Dapatlah hilangkan dahaga. Anak2 langsung tak mau sentuh. Cakap tak sedap !..Hahaha.....
 Dapat kunci tak tunggu lama terus heret beg ke bilik. Yeehaaaa.....nak bertenggek atas katil. Pinggang habis longgar-longgar ni. Mau rest...nanti malam mau keluar lagi. Dinner kat Pekan Kuah. Bukan kat hotel ni yer....Jumpa lagi esok saja...Tata titi tutu.......





























Tuesday, September 11, 2012

Nu'man 6 yrs

 Prepare this cake special my son. Muhammad Nu'man Asfa lahir pada 26 Ogos 2006. Genap sudah 6 tahun umur pahlawan aku ni. Buat sendiri ni tau. Design kasi hantam saja.
 Muka Nu'man yang excited makan kek. Sibuk sekali kat dapur menolong aku siapkan kek dia.
 Along yang tidak sabar-sabar menunggu kedatangan harijadinya. Lambat lagi la along. Bulan 12 lambat lagi. Nanti Umi akan buat kek istimewa untuk Along.
Mia yang suka makan bebola fondant. Abis dikutipnya satu-persatu masuk dalam mulut. 
 Ingatkan nak b uat tema citer CARS last2 terpaksa guna backup deco. CARS tak jadi. Melt bila aku wap lama sangat.
 Tak sangka yer dah besar dah anak aku ni. Sekejap je rasa. Patut ler aku pun rasa makin tua. Wakakakak...
 hEHEHE....hasil tangan Umi yang tak seberapa ni...hahaha menjadi gak wei....
Tengok cantik jer kek tu aku bakar....Kalau ada sapa-sapa berkenan, anytime just call me....Aku akan buat dengan harga yang berpatutan. Hahahaha...

Monday, September 10, 2012

Raya Di Padang Rengas

Padang Rengas, here we come. Raya rumah family ayah. Oh my opah gigi emas...Jangan mare yer...hehehe...Punyalah riuh bergebang dengan Azwan anak mak ngah yang berperasan Justin Berbibir tu..Hahaha asyik mengutuk jer aku..Takper ngutuk depan-depan. Jangan mare Wan, kang aku jual kasut hang yang lawa-lawa tu. 2 singgit...2 singgit......Semua adik-beradik ayah ada kecuali Mak Cu Milah. Pasai apa? Dia balik beraya Bakar Arang ( rumah pakcu ).


Tengok si justin berbibior pelesu dok tunding2 jari. Senyum cam perli ajer...Hahaha aku tak kira.

Si Wan, ni adik bongsu aku ler. Punyalah malu-malu kambeng mengalahkan malu-malu kucing. hehehe aku snap juga pic. Talak takut maa..

Very de gembira ye Mama....:P

Amboi posing sakan nooo. Awat tangan tu cam nak tembak orang ajer ?

Watak tambahan yang interframe...Hahahaha so funny laaa..

Ni muka ibu mentali dengan si comel Mia...

Lagi-lagi ada muka yg suka interframe...hahaha aku suka..aku suka....

Ni suasana tegang ker pasal aku snap angle salah..Hahaha memacam andaian. Yang betulnya aku main tangkap curi je ni.

Si comel yg very de comel....amboi pandangan mata tu....

Hehehe lebaqnya senyum aku...Hahahaha.....Kak Ngah maintain senyum cun...

Ni ar 3 beradik yang macam-macam ada. Yang paling hampeh yang dok kat tengah tu. kihkih..over acting tu.

Ni puteri sulung aku. Tahu ajer aku nak snap gambar.

Taraaa...opah gigi emasku...Hahaha..jangan mare opah. Bukan selalu nak gurau2 cam ni.

Si Azwan yang snap gambar ni. Ish..ish...awat tudung tak sama kaler  lak....

Kenari yang very kedebaboooo.....

Buat pose macam dalam buku elken...Hahaha

Turut sama menjoin idea gila-gila...

Minah ni pun nak juga...hah amik..amik.....

Syawal Yg Indah

Sedih kerana ramadhan telah beredar pergi. Moga dipanjangkan usia agar dapat bersua lagi di tahun depan. Syawal yang datang disambut meriah. Tahun ni terpaksa beraya tanpa hubby di sisi. Dia terpaksa kerja sehingga raya ke 5. Beraya di Sg. Petani. Rupa2 adik aku pun sama nasib dengan aku. Suaminya pulang beraya ke Sabah. Takpe janji dapat raya dengan mak ayah.
Pagi beraya sesudah mempersiapkan anak-anak dan diri, sesi bermaafan dijalankan. Kat dapur pun jadilah. Tengah ayah dan mak sibuk kat dapur,aku terus terpa sua tangan minta maaf. Minta maaf mak ayah kalau akak ada terkasar bahasa dan buat benda yang menyentuh hati mak. Akak harap diampunkan...uhuk..uhuk....
Tengah sedap bersantap di pagi raya, mak buat pengumuman....ehem..ehem....Kita balik beraya di kampung. Opah dah banyak kali tepon mak. Sayu hati mak ni. Berkemas cepat !. Tu dia arahan. Apalagi terus packing barang..Pagi raya di jalan raya...hahaha
Atuk Hamdan bersama dengan cucu-cucunya....yg tiada dalam gambar Si Tak Heran dan Aniq

Apekehal Syamil tutup mata tu ?

 Family picture pagi raya

Atuk Medan dengan Opah Siah bergambar bersama cucu2nya

Hehehehe lagi-lagi bergambar


Yang ni ada Kak Ngah..tadi Kak Ngah takde....

Versi duduk atas kerusi lak.


Lawa pula gambar ni. Aku main snap ajer....Pantang jumpa kamera, nak gedegik ajer.

My Family...Abi saja yang tiada. Terpaksa bekerja di hari raya sebab cover kawan-kawannya nak balik raya. Tema purple tahun ni. Last minute baru decide after beli baju abang dan Mia di Gene Martino. Ambik sedondon.

Couple of the year !!!
My sister, Roslina bersama anak2nya. En Rosaimi ( husband ) tiada kerana beraya bersama keluarganya di Sabah.


Sunday, July 15, 2012

hmmmmm

Tengok tajuk pun dah tau kan. Nak kata boring...tak boring....rasa cam ada kekosongan. Apa yg kosong...Hah itu yang aku tak tahu....dan tu yang aku nak tahu......so apa cara nak selidik rasa kosong tu. Sosak den duduk dalam blues lagu ni. Tarik nafas hembus nafas....tarik hembus...........tak lari gak blues tu. Xper jap sat lagi aku layan zikir. Tenang dan tenteram...senyum pun automatik terukir. Love u Allah...

Sunday, June 24, 2012

Amboi Lasaknya.......

Berkesempatan balik bercuti ke Kedah. Lepas rindu pada mak ayah. Bawa mereka jalan-jalan jamu mata. Bukan jauh pun. Kat Tesco SP jek...Hahaha tu pun lajak dari kenduri rumah kawan ayah. Bila lagi nak merendek dengan mak ayah. Jumaat 8.6.2012 kena turun Penang dah. My Ayang dah tunggu kat hotel nun..Vistana hotel dan apartment. Tangkap gelagat Mia yang aktif dan tidak betah duduk diam. Memang memacam perangainyer.

Tengok tu kalau bab memanjat memang handal sangat. Tak takut langsung.

Petang Jumaat turun Penang. Angkut semua sekali. hehehe teringat adegan tarik tali antara mak dan ayah. Nak ikut ke taknak. Last Ayah setuju. Yahoooooooo.....Petang sampai berehat saja kat apartment. Dapat dok tingkat 8. Bilik no. 852. View mengadap kawasan berbukit dan nampak kolam renang. Apalagi bersemangatlah Along, Abang dan Pak Su Wan nak mandi kolam.

Ayahanda tercinta yang asyik menonton TV.

 
Masing-masing meninjau ke balkoni. Seronok tengok pemandangan bukit di hadapan hotel dan pemandangan kolam renang di bawah.

Ini yang buat along tidak berhenti-henti minta kebenaran nak mandi kolam.

View kat depan bilik. Sedap mata memandang. Hijau kan penyejuk pandangan.

Nun di sinun. Bandar Penang.



Mia with Opah.

Saja tangkap gambar katil sebelum dikeroyok oleh askar-askarku.

Aku tangkap dari level kolam renang ( level 2 ). Tu hah gambar mak tengah melepak kat balkoni level 8.

Hehehe memang ler aku ni gatal tangan. Asyik gedegik ajer.




Dapat juga Along dan Abang main kolam. Tu pun risau tok sekuriti datang. Banyak songeh punya sekuriti. X boleh pakai bajulah utk lelaki. Tak tau ke ada yg malu nak tanggal baju. Orang bukan dari Malaysia memanglah tak malu tayang body. Apara tengok orang malaysia ni sengkek sangat ke sampai tak boleh nak duduk hotel. Lebihkan pelancong ajer. Nyampah aku.

Senyum tak habis-habis lagi Along dan Abang.

Dok panggil Mia. Apalagi tak senang duduk Mia. Buka pampers mandi dengan seluar jer dia. Punyalah seronok.

Bab posing cukup handal.

My mom...Ibu kesayanganku.

Me with my mom.

Bergaya di balconi.

Merenung jauh seolah mencari sesuatu.

My sister and my mom.

View bandar bila malam. Bergermelipan cahaya lampu.

Amboi posing cantek tu....

Saja mencelah...hehehehe

Adik yang paling kecik...Pak Su Wan


Serius jer ayah...Hahaha lapar tu., Kejap lagi kita pergi makan yer.

Sampai tertidur tunggu nak keluar makan.

Dah berlayar ke mana puteri ku ini.




Dinner kat luar dengan famili. After dinner ni lepas hantar Abi, Syifaa' dan Nu'man, kami pun bertolak balik ke Sungai Petani. Esoknya Pak Su Wan sekolah.

Muka kelaparan. Semangkuk kerang dah licin dikerjakan mereka. Stay dengan Abi malam ni. Esok baru Umi dan Mama amik kat apartment Abi.