Selamat pagi diucapkan buat diri sendiri. Baru lepas layan cakap dengan mak. Tanya pasal ayah. Kesihatan dia tidak beberapa baik kebelakangan ini. Samalah dengan aku. Ni pun still rasa macam nak melayang-layang dek penangan ubat. Sakit lama berulang kembali. Uuuiii dugaan tuhan tu buat aku. Semalam collapse aku dibuatnya. Mujur adik aku ada. Dia yang tolong amik anak-anak dari sekolah dan rumah pengasuh.
My laling takde di rumah. Dia terpaksa menghadirkan diri ke Butterworth untuk kursus. Punyalah berat hati mahu tinggalkan aku yang kesakitan ni. Jangan risau Bie masih boleh bertahan lagi ni. Kalau tidak boleh tahan, udah lama Bie tercacak kat wad kecemasan. Tu pun kejap-kejap hantar pesanan tanya keadaan aku. Pas tu telefon banyak kali. Terima kasih my laling. Rasa kurang sikit sakit dengan sikap perihatin dan kasih sayang awak tu. Siap telefon dan sms pagi ini. Bie akan kuatkan semangat lawan sakit ni.
No comments:
Post a Comment