Saat bersama adalah yang paling TERINDAH....

Saat paling bahagia adalah ketika kita melihat orang yang kita sayangi itu tersenyum dan lebih membahagiakan apabila kita
adalah insan di sebalik senyumannya.

*****Saling menyintailah Hanya kerana Allah
*****Saling menyayangilah Hanya kerana Allah
*****Saling membahagiakanlah Hanya kerana Allah

*******KERANA Hanya Allah-lah yang dapat menumbuhkan
rasa cinta, kasih sayang dan kebahagiaan tersebut.

Sunday, February 19, 2012

Selamat Ulangtahun Perkahwinan

Diam tak diam, bising dah puas...hahaha sudah 9 tahun rupa-rupanya aku melayari bahtera perkahwinan dengan insan tersayang, Enche Hamizam. Tak sangka wooo....Cam tak percaya pun ada. Cepat benar masa beredar yer..
Apa-apa pun hari ini 16.02.2012 adalah hari teristimewa buat aku dan Enche Hamizam. Hari di mana 9 tahun yang lepas kami disatukan dalam ikatan perkahwinan. Hari di mana aku telah membuat  lawak antarabangsa yang takkan dibuat langsung oleh pengantin yang lain. Hahaha nak tergelak aku bila mengingatkan eksiden itu. Maaf tak boleh coretkan di sini. Nanti Enche Hamizam akan marah. Terbayang muka tak puas hati Enche Hamizam masa tu. Kah...kah...kah.....maaf tak boleh nak cover.  Tu sahih nak tahu apa cerita eksiden tu...Hahaha tak payah nak buat muka kesian. Biarlah rahsia..Hanya aku dan Enche Hamizam sahaja yang akan kenang cerita itu selama-lamanya.
Sepanjang 9 tahun pelbagai rencah kehidupan dilalui bersama. Berbagai rintangan yang datang sama-sama harungi. Kehadiran cahayamata melengkapkan hidup kami. Kehadiran NUR SYIFAA' ELSA, MUHAMMAD NU'MAN ASFA dan NUR DAMIA ELSA mewarnakan kehidupan kami. Kehadiran mereka menyemarakkan lagi kasih sayang kami. 
Buka bab lama sekejap nak mengimbas balik peristimewa lalu.......Perkenalan di PUO, hehehe nak kata berkenalan idak ler pula. Tak pernah pun Enche Hamizam tu datang cakap " Hai boleh berkenalan " Oh memang takder pun....Perkenalan yang hanya ada adegan usik mengusik usya-mengusya jer. Jangan terkejut kalau yang buat adegan mengusik tu tak lain tak bukan adalah aku. Ish..ish...tak sangka kan. Sahih lah mangsa senario ni adalah Enche Hamizam. Sian dia kena ambush dengan aku tiap kali jumpa. Sahih terdetik dalam hati dia time tu...Apalah dosa aku dengan minah ni ?....Takper nanti aku akan dapatkan jawapan dari Enche Hamizam sendiri yang ketika ini sedang bekerja dan telah aku ganggu-gugat ketekunan bekerjanya dengan pesanan ringkas merapu-meraban pagi ini. Saja nak mengimbau kenangan lalu. Nakal juga aku yer dulu. Gatal mengacau anak teruna orang..(Ceh mengutuk diri sendiri ).
Siap buat kek untuk Enche Hamizam tersayang, kek kesukaan dia Cheese Cake. Harap dia gembira menerimanya. Hehehe siap warning pada adik jangan nak memandai-mandai campurtangan time nak decorate. Aku nak decorate sendiri. Nak hias dengan penuh kasih sayang dan biarkan rasa cinta menjadi isi kek tu. Hahahaha biar sampai Enche Hamizam angau dengan aku balik. Ye tak my laling.

Inilah rupanya Cheese Cake yang istimewa buat my hubby.....Love U !






Eh..jap-jap...Hah ada lagi satu kek yang aku buat untuk santapan kami semua. Kek kegemaran anak-anak...termasuk juga mak budak ni...hehehe...terajin buat kek aiskrim sebab anak-anak memang suka. Makan ramai-ramai lagi aku suka. Haha korang boleh tengok tapi aku dan keluarga boleh rasa...Burghhh sedap !!

Tadaaaa....Kek Aiskrim love 4ver...Ekekekek tu dia nama. Sampai sengkek ler Enche Hamizam @ Ayang makan kek. Sampai tertidur kekenyangan. Bukan dia ajer, dengan aku-aku sekali terlentok kat sofa. Perut kenyang apalagi berat mata ler.....hehehe landing dalam bilik bawah dengan si kecik. Tengok-tengok ada pengikut yang join sama. Siapa lagi kalu bukan along dengan abang. Masing-masing terbongkang kekenyangan. Syukur alhamdullilah murah rezeki.









3 comments:

  1. kak zai enibesary 16.hb ekk sama ngan besday wa..heee eppy anibesary..kih..kih.kih..mmg nakal anak dara nie...abg mijei kan malu2 gitu so kena ada la yg g ambush..lawak gila ambuh 2..mmg ganas...bg ler resepi cheese cake tue..ngan ceke eskrim tue...

    ReplyDelete
  2. nanti teman bagi yer...udah lamer teman tak jengok laman bamboo teman nie....

    ReplyDelete
  3. ops...sian dia tunggu lama....cake eskrim tu senang ajer...beli eskrim pas tu cairkan sikit dengan suhu luar. Then transfer masuk bekas kek. sejukkan sehingga keras. biar ler dalam 24 jam dalam fridge. Keluarkan dan deco ikut suka sesedap rasa yer.
    Cheese cake tu next time kak zai bg...tak henggat ler plak..kena rujuk kitab masakan dulu...

    ReplyDelete