Sudah masuk tahun baru....Buka buku baru la kita. Buku yg lama tu jadikan perbandingan kita untuk ke arah yang lebih baik.
Besok, 7.11.2013.....kami akan bercuti ke Langkawi. Hehehe Langkawi lagi. Tahun lepas pun ke sana juga. Nak buat macam mana dah rezeki nak ke sana. Ini gara-gara program Malakoff yang tak jadi tu ler. HQ dah tarik balik program utk warga Malakoff. Bukan sini ajer, semua tempat pun sama. Nak cut cost kononnya. Punyalah excited masa tu pasai planning nak bawa anak-anak naik kapal terbang ke sana. Siap booking tiket kapal terbang. Bila my laling bagi tahu syarikat tak jadi buat event tu, jadi down kejap. Sedih ler tak tercapai nak bawa anak-anak berjalan. Tapi kata-kata my laling lepas tu ceriakan hati aku. Walaupun event syarikat tak jadi tapi my laling nak teruskan program tu juga. Yahooo.....tercapai hasrat nak bawa anak-anak bercuti naik kapal terbang.
Beg sebiji dah kemas. Malam ni kemas lagi sebiji. Jangan tak tahu besar gedabak beg kami bawa. Nanti balik nak sumbat barang dalam beg yang satu lagi. Hahaha siap planning tu. Ok nanti teman citer ler program teman kat sana. Rasanya tak meronda merata pasal tahun lepas nak pergi ke tempat yang glamer. Kali ni nak pergi tempat biasa-biasa saja. Nanti kita sambung balik yer......Babai........
No comments:
Post a Comment