Saat bersama adalah yang paling TERINDAH....

Saat paling bahagia adalah ketika kita melihat orang yang kita sayangi itu tersenyum dan lebih membahagiakan apabila kita
adalah insan di sebalik senyumannya.

*****Saling menyintailah Hanya kerana Allah
*****Saling menyayangilah Hanya kerana Allah
*****Saling membahagiakanlah Hanya kerana Allah

*******KERANA Hanya Allah-lah yang dapat menumbuhkan
rasa cinta, kasih sayang dan kebahagiaan tersebut.

Monday, October 27, 2014

Mia dengan kawan2 Brainy Bunch...

Ni sebahagian sahaja. Ada ramai lagi. Ini yang mana Umi cam je.

Family tree of 9634

Perintis adalah DR 9634 ( pak mertua punya. sekarang diwarisi oleh my laling. Jadi pengangkutan ke tempat keje......diikuti second - DAS 9634 ( Vios hitam. Pic kenangan xder. Sudah dijual ke used car untuk trade in amik alphard). 
Third - DAW 9634 ( Pak mertua punya )

Fourth - DBC 9634 ( dlm kenangan...huhuhuhu dah kena rembat dek orang )
Fitfh - DAS 9634 ( juga dalam kenangan. Dirembat bersama DBC 9634. Xder rezeki )
Ke6 - WUV 9634.....dipakai sehingga sekarang
Ke7 - WWD 9634.....Mizu punya...

Wednesday, October 1, 2014

My New Princess.......NUR AMALIN ELSA





Nama puteri yang dipilih oleh my laling...Nur Amalin Elsa. Seperti dikehendaki my laling, aku selamat melahirkan di Kelantan....Nak anak kelate lagi katanya. 

Jangkaan bersalin aku kalau ikut doktor adalah 14.7.2014. Cantik betul tarikh tu. Suka aku dengan tarikh tu. Apply cuti 2 minggu sebelum bersalin, Nak balik awal ke Kelantan. Takder la kelam kabut nanti. Rasa sakit je terus ke hospital. No more hospital kerajaan yer...My laling nak doktor perempuan yang sambut anak kami nanti. Say no to doktor lelaki.

Tanggal 27.6.2014 ( Jumaat ), malamnya kami naik bas semua anak beranak. Hahaha seronok juga. Sekali sekala tukar angin. Bukan apa my laling tak larat nak bawa kereta bila nak balik ke Manjung semula. Kan ke puasa hari Ahad nanti. Dia nak balik hari Isnin. Naik bas Perdana Ekpress 2 tingkat. Hahaha macam jakun sket. Duduk tingkat atas. Maklumlah dah lama tak naik bas. Zaman solo je dulu yg kerap naik bas. Anak-anak gembira sehingga tak terkata.



Anak-anak punya gembira. Aku senyum sumbing. Udah tak larat. Maklumlah dah sarat rasanya.

Muka-muka gembira naik bas. Pengalaman pertama buat Si Cilik Damia.

Sampai Tanah Merah dalam jam 4 lebih. Muka mamai masing-masing. Tengah tunggu Tok Ayah datang amik. 


Pagi Sabtu 28.6.2014, selesai bersarapan saja terus bersiap nak ke Kota Bharu. Ada appoinment dengan Dr Lily di KBMC. Lagipun nak konpem booking bilik untuk bersalin nanti. Anak-anak tinggal dengan mak mertua je. Kami bertiga ( aku, my laling dan pak mertua ) sahaja yang pergi. Lepas register dan amik no giliran, lepak sakan tunggu dipanggil. My laling masuk sekali jumpa doktor bila nama aku dah dipanggil. Hehehe rasa debor le plak. Sembang-sembang sikit dengan doktor. Aku luahkan rasa tentang ketidakselesaan ketika dalam bas semalam. Rasa lenguh-lenguh kaki. Kontraksi memang takda rasa langsung. 

Dr. Lily suruh baring atas katil. Segera dia check bukaan jalan. Uui dah 7 cm ni. Terkejut aku dengarnya. Mak oi mujur tak bersalin atas bas semalam. Hahaha...dulu si Damia baru buka 5cm bila sampai hospital. Yang ni lagi advance terus 7cm. Apalagi terus doktor bagi arahan kat jururawat suruh ready labour room. Tak sangka pula nak beranak hari ni. Due lambat lagi wei....Tak sabar sungguh baby nak keluar jenguk dunia. Nurse bawa naik tingkat 2 ke Labour Room. My laling inform dengan ayah mertua yang aku kena bersalin hari ni. Kuang..kuang..datang nak booking bilik terus terbersalin hari ni juga. Mudah sungguh percaturan Allah buat kami.



Terkebil-kebil biji mata meliar tengok keliling dalam bilik. Naik boring berbaring start dari 12 lebih. Perut tak juga sakit-sakit. Dah berapa kali aku ulang baca bacaan doa kat dinding tu. Moga dipermudahkan urusan aku untuk melahirkan satu nyawa ke dunia ini. Dalam 2 lebih baru le Doktor Lily datang masukkan ubat dalam drip. Hahaha tadi tak sakitkan. Tak lama lepas doktor masukkan ubat dalam drip baru rasa kontraksi. Uuiii sakit nyer....tu ler tadi relaks lagi, skang macam tak cukup nafas. Dok tahan kontraksi. My laling datang tanya my condition. Siap duduk sebelah. Dia tak sanggup dengar bising mulut meneran kat bilik sebelah yang babynya dah nak keluar. My laling ni jenis penakut nak tengok. Tambah tak sampai hati nak tengok aku tanggung sakit nak keluarkan anak dia. Pasai tu tak pernah teman aku dalam  bilik bersalin. Aku pegang tangan dia kuat-kuat bila terasa kontraksi datang. Punyalah kuat pegang. Mujur tak patah. Hahahaha...Bila tak tahan sangat dan terasa macam baby nak keluar saja, aku terus suruh dia panggil doktor. Memang tak boleh lari dah dia kali ni. Nak taknak kena tengok juga aku bersalin hari ni secara live lagi. Anda tak boleh lari lagi Mr. Laling. Hahahaha...Biar hari ini menjadi Hari Dalam Sejarah

Terus dorang standby apa yang patut. Kaki aku dibuka. Kedudukan aku dalam kondisi duduk tapi belakang bersandar pada katil yang dinaikkan. Ditolak rapat betis aku hingga berlaga dengan paha. Ai cara baru ni. Dulu baring jer...Bila dah rasa nak teran tu doktor suruh teran. Sekali teran jer terus ler keluar si cilik. Bedebush atas katil dengan air ketuban yang banyak. Habis basah baju nurse yang tolong Doktor Lily. Udah le baru masuk shift. Maaf yer...Bogel je si kecik tu terterap atas katil. Doktor Lily cepung amik dan buat apa yang patut. Siap tunjuk kat aku yg keluar tu boboy ke gegurl. It's a gegurl.....Kena cuba lagi ler nak dapatkan boboy idaman laling. Syukur walaupun gegurl tapi alhamdullilah sihat.

Urusan baby dah settle. Now urusan aku plak. Di cuci bersih-bersih rahim. Punyalah banyak darah campur air yang keluar. Time jahit seriau juga aku. Maklumlah dulu bila lahirkan Damia punyalah seksa aku tahan sakit nak kena jahit. Memang bagus Doktor Lily jahit. Maybe sebab koyak tak banyak. Dia jahit luar sahaja. Time Mia dulu luar dalam. Udah macam cuci kereta nak luar dalam.

Yea...Lahirnya seorang puteri di bumi Kelantan. Lahir pada jam 3.28 petang dengan berat badan 2.8 kg. Ahli yang paling ringan. Kakak2 dan abangnya dalam 3++ kg.

Tu dia sebulan aku tak posa. Jenuh la nak menganti. Pantang seminggu je di Kelantan. Lepas tu my laling bawa balik Manjung. Mujur dia cuti sebulan nak jaga aku. Sayang awak my laling.

Wajah si cilik yang baru menjengah dunia




Ni waktu kuning. UUii dah le kuning lama. Sebulan lebih baru baik kuningnya.



Sunday, September 28, 2014

Syifaa'......Rombongan sekolah ke Cameron Highlands.





Arghhhhh...Kena koje !!!

29.9.2014, Isnin....First day kerja. Cuti start dr 28.6.2014. Ni ler masalah kalau lama dah bercuti...ala bukan lama mana pun, Baru 3 bulan. Macam mana agaknya lagak aku kalau amik unpaid leave bertahun-tahun. Mesti lagi susah nak kerja kan. Sekarang aku kat opis dah. Menempek kat kerusi, tengok sana tengok sini. Hahaha macam orang baru masuk kerja. Haji Azizi mai tegur. Terang serba sedikit kerja yang aku involve dlm penyediaan dokumen tapi tak sempat nak jaga. Thanks bos. 

Dok termenung balik. Last aku pikir, baik ler aku update blog yang bersawang banyak ni. Konon dalam pantang nak update. Hahaha macam sempat tapi x sempat. Baru hari ni nak update. Itupun dah jenuh my laling dok pot pet pot pet suh update blog. Ni baru ler nak apdet.

Macam mana le reaksi Amalin dengan Mak Jah. Hari ni pun first day bagi dia juga. Jap lagi kena tepon tanya ler...Takut plak dia buat konsert tak berbayar kat rumah Mak Jah. Semua umi dah siapkan. Barang keperluan dia. Harap cukup ler susu yang umi tinggal tu. 

Semangat cik jenab oi....Kerja...Kerja...


Sunday, June 8, 2014

Jom kita membaca....

Sambil bawa anak-anak berjalan Di Aeon Manjung. Jom kita melepak kat library. Bukan selalu pun buat camni. Apa kata kita jadikan trend plak. Hehehehehe.....Sambil-sambil umi dan Abi nak bersantai, anak-anak boleh timba ilmu.

Menonong Si kecik molek berjalan ke almari buku. Siap pilih buku sendiri. Pastu mulut tak berhenti-henti bertanya. Uuuiii soalan macam torpedo.




Bersungguh benar Mia membaca....Yang pasti tengok gambar dan tanya itu ini dengan Abi dan Umi. Bagus anak umi. Belum cukup 4 tahun pun dah tunjuk minat membaca.

Along dengan buku pilihannya. Abis satu buku amik  buku yang lain.

Semangat my hero dengan bukunya. Go..go....Nu'man....

Ni yang paling tak tahan...jap-jap tukar buku. Tak kena di mata terus jek ke rak amik buku yang lain.


Emmm.....Lamanyer tak update blog.....

Assalamuailaikum, lamanyer tak jejak kaki kat blog ni. Huhuhuhu.....nampak sangat ese ni pemalas....wo..wo..wo..bukan pemalas noo....ese tak larat jer..maklumlah dah masuk trimester terakhir ni, macam-macam pulak timbul. Ni pun baru nak baik dari sakit. Mujur ler ada my laling n anak-anak jaga time sakit. Ada tukang jelum...ada tukang urut belakang...ada tukang usap perut....time umi sakit memang mereka yang setia menjaga.

Si baby dalam perut ni pun aktif memanjang. Jenuh menendang menumbuk. Itu yang umi tak berapa selesa sangat. Aktif yer......Camner le dah kuar nanti. Tengah menaip ni pun sempat lagi dia bagi kickboxing. Fuyooooo.....cool down my baby. Barang semua dah siap. Alhamdullilah syukur ke hadrat Ilahi. Tunggu nak g spital keluarkan baby jer lagi. Dok diam-diam sayang, umi nak menaip ni. Nanti pantang, entah sempat ke tak sempat nak update blog.

Ikutkan hati rasa tak larat je nak datang kerja. Tapi paksa diri. Kerja dulu...dekat2 nanti kita cuti yer. Sarapan dengan my laling pagi tadi. Sudah semua kedai yang dituju semuanya tutup. Last choice ke kedai makan di Klinik Kesihatan Sitiawan. Aci layan jer. Perut dah lapar sangat. Lagipun kena makan ubat. Tak putus doa moga penyakit umi dikurangkan. Kesian kat my laling. Dia yang kena take care our family.


Sunday, February 9, 2014

My Laling fly to KK.....Panjat Gunung Kinabalu

Uui bestnyer.....Seronok my laling beraktiviti di KK. Memang cantik view kat atas gunung tu. Naik jeles aku tengok viewnya.....Pagi 22.8.2013, aku hantar laling naik bas shuttle star kat Sitiawan. Terus ke LCCT le tu. Huhuhuhu aku kena tinggal dengan anak-anak. Tapi takper aku kan cool mom. Hehe Kalau aku pi... tetiba saja satu pertanyaan menerpa masuk. Adakah aku larat nak panjat puncak tu......Uui kena ada stamina. Ini naik tangga kat rumah pun udah mengah. Baru 2 tingkat aje. Lain tahun ler fikir nak takluk puncak Gunung Kinabalu. Kena training dulu.

Jaga diri yer masing-masing sebab bini xder di sisi nak jaga. Pepandai ler jaga diri yer. Jatuh nanti bila mendaki bangun sendiri yer. Sampai di KK, mereka menginap di Promenade Apartment. Melepaskan penat sebelum mendaki.

Tempat my laling dan kengkawan report diri pada 23.8.2013. Nama tempat ni Kinabalu Park di Timpohon. Segala beg baju tinggal di sini. Lepas tu mereka bertolak ke Mesilau Nature Resort. Dorang check in di Mesilau Nature Resort. Bawa pakaian yang perlu sahaja untuk mendaki. Sekadar bawa beg galas belakang untuk persalinan mendaki esoknya.

24.8.2013 Mesilau Nature Resort - Tempat pendakian bermula. 0830 hrs lepas sarapan dan briefing, barulah perdakian bermula. 

Muka-muka bersemangat nak mendaki. Chaiyok...chaiyok......

Alam flora yang sedap mata memandang. Best siot.....








Tiba di Laban Rata pada jam 1600 hrs. Sejuk gedi.....




25.08.2013   0300 hrs - Pendakian bermula untuk menawan puncak Gunung Kinabalu. 0830 hrs pendakian turun ke TIMPOHON GATE
1430 hrs - Tiba di TIMPOHON GATE dan laporkan diri di Kinabalu Park.
Semua berkumpul dan bertolak ke Kota Kinabalu. Tiba pada jam 1900 hrs.






Jalan-jalan cuci mata di sini. Dan ronda pekan cari barang nak bawa balik.



27.8.2013 - Penerbangan balik pada jam 1405 hrs.
Satu hari nanti sampai juga Umi and the geng ke sana. Ditunjukkan arah Abi Mr. Laling. Yahoooo....jom menabung. Hehehe......

Sunday, February 2, 2014

My Little Princess, Mia. First day of school. Cayang dia !!!

Dari semalam tak sabar-sabar umi paksa si kecik tu tidur awal. Takmo ader drama airmata dipagi hari. Bukan senang nak bangunkan si kecik tu dari tidur. Maklumlah sleeping princess alaf baru. hihihihi...Pagi ni bila kejutkan dia beralih ke kanan ke kiri. Lepas tu bila umi keluar suara opera pepagi hari marah si abang yang buat drama airmata, baru mata tu terkebil-kebil memandang wajah umi dia ni. Tersengih-sengih tengok muka umi ni. Siap serah diri buka pakaian tidur. Tanpa banyak karenah terus masuk bilik air.

Sengih lebar lepas pakai pakaian seragam sekolah. Seronok le tu. Vroom cari sarapan along, abang dan Mia. Barulah senang hati nak hantar along dan abang ke sekolah.
Along yang tersenyum ceria. Padahal hati keciwa tak dapat nak makan nasi berlauk. Makan nasi lemak ajer la hari ini yer.

Si abang yang buat drama airmata pepagi hari. Habis ibu jari lebam. Entah apa yang disepaknya semalam. Anak bujang memang macam-macam.

Lepas selamat hantar along dan abang ke sekolah, terus macam bullet umi vroom kereta ke pejabat untuk punch kad. Usik-usik si kecik tu pasal tengok mata dah layu. Mengantuk le tu. Selalu bangun tidur lewat. Mulai hari ini dia kena bangun awal nak ke sekolah. Lepas punch kad barulah lemah gemalai ke sekolah my little princess. Minggu lepas dah register masuk Brainy Bunch School. http://www.brainybunch.com/ (boleh rujuk kat sini kalau nak maklumat terperinci.)

Senyum seindah suria di pagi hari.....Ala tomei-tomei...!!!!



Mia di hadapan pagar sekolah. Saja Umi suruh posing kejap. Umi gatal tangan nak update blog pasal my princess g sekolah ni....hehehe baru nak masuk 4 tahun, umi n abi dah hantar ke sekolah. Sebagai percubaan.

Sanitizer dulu sebelum masuk dalam sekolah.

Jom solat dhuha ramai-ramai....







Dalam sembahyang sempat lagi mengerling umi yer....





Belum mula kelas lagi dah excited nak belek buku.