Saat bersama adalah yang paling TERINDAH....

Saat paling bahagia adalah ketika kita melihat orang yang kita sayangi itu tersenyum dan lebih membahagiakan apabila kita
adalah insan di sebalik senyumannya.

*****Saling menyintailah Hanya kerana Allah
*****Saling menyayangilah Hanya kerana Allah
*****Saling membahagiakanlah Hanya kerana Allah

*******KERANA Hanya Allah-lah yang dapat menumbuhkan
rasa cinta, kasih sayang dan kebahagiaan tersebut.

Tuesday, December 4, 2018

Serikandi Harapan

Assalamuailaikum......

Lama betul umi tak apdet blog. Nampak macam busy sesangat. Hahaha...Maaf ye...masa tidak mengizinkan umi menjengah blog. Ada aje hal yang timbul. Iniku gagah juga. Kesian blog habis bersawang.

Apa ye kita nak gebang hari ini. Hah...hari ini kita cerita pasal Mia. Seronok sangat dia dapat masuk kelas memanah. Punyalah beria-ria. Salah satu sebab abi masukkan Mia ke kelas memanah adalah untuk latih dia fokus pada sesuatu. Bukankah kelas memanah ni bagus. Boleh membentuk emosi yang positif, boleh bina konsentrasi, mengajar sifat sabar dan melatih disiplin. Selain itu dapat juga mengatasi sebarang rasa ketakutan dan mewujudkan keyakinan diri. Ewah ayat umi. Hahahah...ciplak ayat dari pakcik google. Apa-apa pun tahniah anak umi. Moga Mia terus berjaya dalam apa saja yang Mia ceburi.
Target betul-betul. Memang ada gaya serikandi. Cayalah !!!


Amboi siap mengajar orang. Bagus-bagus !!!




No comments:

Post a Comment