Saat bersama adalah yang paling TERINDAH....

Saat paling bahagia adalah ketika kita melihat orang yang kita sayangi itu tersenyum dan lebih membahagiakan apabila kita
adalah insan di sebalik senyumannya.

*****Saling menyintailah Hanya kerana Allah
*****Saling menyayangilah Hanya kerana Allah
*****Saling membahagiakanlah Hanya kerana Allah

*******KERANA Hanya Allah-lah yang dapat menumbuhkan
rasa cinta, kasih sayang dan kebahagiaan tersebut.

Wednesday, June 13, 2018

Abang di tempat baru....Maahad Tebuk Yan, Segari.

Tanggal 26.12.2017 Abang Nu'man mengorak langkah dengan semangat baru. Ini hari pertama abang menjejakkan kaki untuk memulakan pengajian di sini. Masa nak tinggal merambu juga airmatanya. Maklumlah dah lama duduk rumah, Umi takde la nak tangkap sayu sebab tempat abang taklah jauh sangat. Umi boleh drive sorang nak melawat abang. Kena pantang juga. Tak boleh jenguk dalam masa 40 hari. Tu yang dia makin sayu.

Abih je tempoh pantang, 4.2.2018 berkobar-kobar umi dan abi nak tengok abang. Aku siap masakkan makanan kegemaran dia. Pasta. Nampak ceria dia datang pada kami. Kegembiraan terserlah jelas di wajahnya. Alhamdullilah syukur ke hadrat Ilahi. Nampak lain benar dengan keadaan dia di Penang dulu. Mungkin ada hikmah atas semua yang berlaku.






No comments:

Post a Comment