Tengok betapa rajinnya aku...tahun 2019 baru nak apdet kisah jalan-jalan makan angin dari 18 Dis 2017 hingga 22 Dis 2017. Hahaha...Nak kata busy, bolehlah juga. Lagipun macam-macam benda teman kena hadap. Dengan Ammar yang macam-macam cerita. Memang hari aku penuh dengan bermacam cerita.
Tahun 2017.....tadaaa percutian yang ditunggu-tunggu. Percutian sebelum Abang Nu'man melangkah masuk ke maahad baru. Bawa dia berjalan-jalan. Dah sambung pengajian nanti tentu susah nak cuti.
Bila cerita pada anak-anak, meloncat suka depa. Dengan aku pun nak melompat sekali. Kena turun ke rumah Mizu tumpang tidur. Pasai flight kami pagi. Kalau dari Manjung tentu jauh sangat. Kesian Si Laling nak memandu seorang diri kerana sudah tentu aku akan buat cerekarama dalam mimpi. Pantang letak kepala mesti ZZZZZ....
Sampai KL pun dah jam 3 pagi. Lalok dah masing-masing. Angkat anak-anak masuk rumah. Sudah le kena naik berapa tingkat baru nak sampai. Hahaha macam le nak mendaki tangga. Naik lif je la. Tak tunggu lama lepas tu memasing terkam tilam. Mengantuk tahap dewa.
Jam 6 terjaga. Bangun solat. Siapkan anak-anak. Muka masing-masing toya keletihan. Takpe la anak-anak, karang dalam flight korang tidurlah. Mizu hantar ke KLIA 2. Sampai sana dalam 9.10 pagi.
Muka masing-masing dah tak toya. Sudah diganti dengan aura teruja. Mana taknya. Nampak je kapal terbang lalu dok wa....woo...senyum simpul depa. Umi tau dalam hati tu dok melonjak-lonjak suka. Hahaha...pasai umi pun rasa nak melompat-lompat suka. Ateee gile tak suka...nak pi jalan ni wooo. Naik belon lagi kata orang sabah. Punya lama melepak, my laling kata flight delay. Apakehal ni yeop...Flight kami sepatutnya dalam jam 7 lebih. Lepas tu delay ke jam 11. Dan lepas tu maklum delay lagi. Jam 2 petang. Nak kena tunggu sampai jam 2 lebih plak. Berpeluh le ketiak aku camni. Hampeh nyor betul. Apsal le nak delay-delay ni.
Jam 2 lebih masuk ke bilik menunggu. Jam 3 lebih baru boarding. Fuh..dugaan betoi. Mujur le Ammar tak melasak. Kalau sekarang mau aku mengamuk dalam boarding room. Pasti Ammar buat Bang Bang Boom dalam tu.
|
Muka memasing x sabar nak naik kapal terbang. Bukan depa aje, umi pun tak sabar juga. Hahahaha
|
Sampai airport Kota Kinabalu dalam jam 4.45 petang. Nak jadi sejarah, Amalin buat stunt dalam tandas. Ini mabuk kapal terbang ke. Alahai anak. My laling pergi ambil kereta sewa. Lepas dia datang balik, kami cepat-cepat solat. Jamakkan solat Zohor dan Asar. Alhamdullilah selesai sudah tanggungjawab pada Yg Esa.
Masukkan barang-barang ke dalam kereta. My laling sewa kereta ALZA. Kamikan ramai. Tu dia hari nampak mendung. Kerling jam. La baru jam 6 petang. Tapi suasana sudah macam 9 malam. Tengah ke hulu ke hilir cari kedai makan sempat lagi call family di kelantan dan SP bagitau kami dah selamat sampai ke KK.
Berpusing-pusing mencari kedai makan. Muka masing-masing sudah macam orang kelaparan. Makan di kedai Kak Su Tomyam. Sampai sahaja juadah semua pakat pulun makan. Alhamdullilah rezeki malam pertama di Kota Kinabalu. Bertolak dari Kota Kinabalu jam 9 malam. Tujuan ke Kundasang. Kena juga ke sana walaupun dah lewat. Sebab dah siap bayar homestay kat sana. Nak tak nak kena sampai ke sana. Kalau tidak burn le duit. Kalau kat semenanjung 9 malam tu ok lg. Kat sini rasa macam dah jam 11 malam. Sunyi sepi. Sudahlah jalan kiri kanan hutan. My Laling yang bawa kereta. Tengok kereta ke kiri ke kanan. Ini sah mengantuk. Muka pun toya. Mana taknya sehari suntuk perjalanan. Si Amalin ni buat gempak lagi. Dalam sunyi-sunyi itu terkeluar pulak 'Umi, hantu tu' dari mulut Amalin, Ish minah ni buat gempak malam-malam yang indah ni. Sudah ler pandang kiri kanan hutan. Gelap aje. My laling dah lain muka. Mau tak cerin. Budak mana tau bohong. 'Ala xde apa tu. Pedulikan' Eceh baik punya ayat yang keluar dari mulut aku. Penyedap hati je tu. Kah..kah...umi purak-purak berani. Dalam hati macam nak lari dah.
Desak my laling tukar shift. Biaq aku pula bawa kereta. Dia dah tak larat tahan mengantuk. Kesian...Meh aku bawa pula. Macam le terrer sangat bawa kereta..He..he...see the leg laa..Berlagakkan umi. Ku tabahkan hati meredah kegelapan ini. Ewah ayat tak boleh blah. Ikut aje arahan Garmin. Suruh masuk simpang. Aku pun masuklah. Tu dia baq hang. Memang minta nyawa. Punyalah tragis aku rasa masa ini. Aku berhentikan kereta. Logik tak kalau aku teruskan. Pemandangan kat depan memang mencabar tahap keberanian aku. Gelap gelita je aku nampak. My laling bangun. Oklah biar dia bawa. Aku terus ke co-pilot punya tempat. Perghhh jalan. Sungguh mencabar wei. Habislah kereta orang ni. Sungguh tak tahan menadah telinga tiap kali permukaan tak rata bergesel dengan bahagian bawah kereta. Terbit kesian pada tuan punya kereta. Perjalanan perlu diteruskan juga. Nak patah balik ke jalan besar macam tidak patut rasanya. Sudahlah masa makin lewat. Nak menginjak ke pagi. Jalan makin mencabar. Betul-betul pengembaraan kali ini. Taubat lahon takkan buat lain kali.
Akhirnya dalam jam 11.15 malam selamat juga kami sampai ke Hounon Ridge. Tempat pertama kami akan bermalam. Angkut beg ke dalam bilik di tingkat 2. Dapat bilik no.8, bilik Standard Quad. Dapat 2 queen bed. Extra single bed 2. Siapkan anak-anak untuk beradu. Langsaikan hutang solat. Jemaah solat jamak dan qasar. Dekat jam 1 pagi barulah dapat merebahkan diri. Lepastu tak sedar dah bila ZZZZZZZZZ....Letih beb.
|
X sabar nak tengok dengan mata sendiri. Sampai malam memang tak dapat tengok apa-apa pun. Yang nampak hanya gelap gelita. Pic ni ambil dari google images. |
No comments:
Post a Comment