Location : Crystal Hill, Kundasang.
Malas rasa nak bangun. Sejuk sampai ke tulang cuacanya. Sambung tidur sedap ni. Hahahaha...Bangun !!!! Marah lak my laling. Penat dia susun perancangan nak bawa anak-anak dengan bini berjalan.
Bersiap cepat. Tidak le cepat sangat. Al-maklumlah ramai nak kena urus. Bersarapan di Pekan Kundasang. Isi perut dulu. Lepas tu baru best berjalan.
View dari balkoni hotel. Seronok tengok. Cuaca bagus betul. Saja je tayang Gunung Kinabalu. Takdelah berputih mata datang kundasang tak nampak trademark Negeri Sabah.. |
Sebelum berjalan-jalan, kita gedegit-gedegit kat hotel dulu. |
Suka nau tengok view belakang tu. Yang jadi mangsa pastilah anak-anak. Hah...pi cepat posing. Umi nak tangkap gambar ni.
Settle beli apa yang patut di Desa Dairy Farm, balik ke hotel. Check out terus. My laling ajak ke destinasi seterusnya. Nak tahu ke mana tujuan kami. Teng..tereng....tereng......
Tadaaaaaaa........
LUANTI FISH SPA RANAU di Kampung Luanti Baru, Ranau Sabah.
Time ni ler nak merasa rendam kaki untuk digigit oleh ikan-ikan yang bermaustatin dalam sungai tu. Ianya ibarat seperti spa kaki dan membuang sel-sel kulit mati. Kenyang le ikan-ikan tu. Punyalah ramai pengunjung yang datang.
Time ni ler nak merasa rendam kaki untuk digigit oleh ikan-ikan yang bermaustatin dalam sungai tu. Ianya ibarat seperti spa kaki dan membuang sel-sel kulit mati. Kenyang le ikan-ikan tu. Punyalah ramai pengunjung yang datang.
Harga :
RM 5 untuk dewasa rendam kaki
RM 2 untuk kanak-kanak rendam kaki
Harga ni untuk 15 minit sahaja tau. Abis je masa engkauorang kena keluar. Bagi can kat orang lain pula nak bercengkerama dengan ikan. Kalau ada hajat nak berlama-lama bermanja dengan si ikan-ikan silalah beli tiket tu banyak sikit. Hahahaha...
Tetiba pula teringin nak mandi. Boleh ajeee tapi kena bayar lain la. Mm..cuma hari tu aku tak nampak pun ada pengunjung yang mandi. Semuanya pi sua kaki aje.
Menjerit geli plus takut. Namun muka ada bahagia. |
Lagi sekali aktiviti menyinggah. Singgah sekejap ke Kinabalu Park. Iyelah tempat my laling datang bila dia nak panjat Gunung Kinabalu. Seronok dia bercerita tentang pengalaman dia memanjat Gunung Kinabalu kepada anak-anak. Amboi ada impian nak ajak aku naik puncak. Hahaha macam x dapek den nak realisasikan. Sekarang pun lutut dah longgar, ini 3 ke 4 tahun lagi sure dah nak tercabut skrunya. Agitchuuuuu...
Lepas tu takde dah aktiviti menyinggah. Terus berdesup ke KK. Nak cari hotel untuk bermalam malam ni. Udah le tak tau hotel tu letak tang mana. Pusing-pusing mujur la jumpa. Bukan susah sangat pun. Orang check in petang, yang aku ni pi check in malam. Mujurlah aku dah booking awal-awal dalam online guna poin. Safe budget di situ. Kalau walk in mau kecewa bilik takde.
Inilah hotel yang kami akan tinggal untuk 3 hari 2 malam. Harga berpatutan. Ngam-ngam dengan poin yang aku ada. |
No comments:
Post a Comment