Saat bersama adalah yang paling TERINDAH....

Saat paling bahagia adalah ketika kita melihat orang yang kita sayangi itu tersenyum dan lebih membahagiakan apabila kita
adalah insan di sebalik senyumannya.

*****Saling menyintailah Hanya kerana Allah
*****Saling menyayangilah Hanya kerana Allah
*****Saling membahagiakanlah Hanya kerana Allah

*******KERANA Hanya Allah-lah yang dapat menumbuhkan
rasa cinta, kasih sayang dan kebahagiaan tersebut.

Wednesday, February 20, 2013

Birthday Syifaa' ke 9, 6.12.2012

Wah, anak dara aku dah 9 tahun. Cepat betul masa berlalu. Sebagai memenuhi permintaan Along dari awal tahun lagi, aku dengan adik aku si Zaza telah membuat sebiji kek patung khas buat anak perempuan sulung aku tu. Saja rahsia dari pengetahuan Along. Bila dia tanya siapa punya, terus aku cakap orang tempah. Hahaha kang bagitahu awal-awal, sat gi dia terover excited. Tu yang malas bagi tahu.


Siap segala juadah terus aku bagi tahu kat Along. Suruh jemput kawan-kawan dia mai rumah. Sekali dengan mak-mak dorang. Senyum  lebar dia tengok kek tu dia punya. Happy ler tu. Hahaha umi dengan mama buat kek patung sopan ni. Siap pakai tudung tu. Ayu mengancam.

Wajah birthday gurl...

Ni ler muka-muka yang buat kek ni. 3 pagi baru tidur nak decorate kek ni. Fuh memang berbaloi.

Tetamu-tetamu yang hadir. Seronok tengok mereka menjamu selera. Jadi ler buat kenduri kecil-kecil.


No comments:

Post a Comment