Saat bersama adalah yang paling TERINDAH....

Saat paling bahagia adalah ketika kita melihat orang yang kita sayangi itu tersenyum dan lebih membahagiakan apabila kita
adalah insan di sebalik senyumannya.

*****Saling menyintailah Hanya kerana Allah
*****Saling menyayangilah Hanya kerana Allah
*****Saling membahagiakanlah Hanya kerana Allah

*******KERANA Hanya Allah-lah yang dapat menumbuhkan
rasa cinta, kasih sayang dan kebahagiaan tersebut.

Friday, February 8, 2013

Kejutan yang dah tak terkejut...hehehe

Semalam tengahari, 7.02.2013, my laling ikut ke kpg koh nak amik tab yang kena repair..Barang elektronik kalau dok dengan aku mesti cepat rosak..Entah berapa banyak tepon aku dah pakai. Jom kita tengok telefon-telefon yang pernah berbakti dan setia berdampingan dengan aku...Check it out !!!

Inilah telefon pertama aku. Minah Sagem namanya. Selalu tengok orang gayut pakai telefon. La ni aku plak pakai. Hehehe beli dengan duit gaji...Tu pun serba salah nak beli taknak beli. Fikir punya fikir kelebihan vs kelemahan, dan disebabkan kelebihan memiliki telefon lagi banyak aku beli juga telefon ni. Mudah aku nak hubungi keluarga tercinta.


Ni naik taraf sikit. My laling belikan. Dia suh simpan minah sagem aku tu. Jeles aku pakai tepon comel tu. Hahaha...

Upgrade ada radio....kenangan jatuh lubang toilet. Tak sempat aku nak selamatkan. Hahaha aksi terjun tiruk...Bertapa ler tepon tu 3 - 4 hari bagi kering. Pas tu keringkan pakai hair dryer...on balik dan tadaaaa boleh pakai lagi. Lama juga ler servisnya walaupun pernah masuk lubang toilet.



After tu tepon atas dah mengong, aku tukar pula pakai yang ini. First time pakai tepon ada kamera. Penuh memori kad dengan gambar anak pertama aku, Syifaa'. Maklumlah excited baru ada anak time tu. Siap pergi cuci kat kedai lagi. Yang bagusnya boleh tukar wajah casing..Amik jer mana-mana kertas yang ada corak lawa, gunting dan masukkan kat casing.







Pakai pula tepon daun ni...Lagi best ler aku tangkap gambar. Layan lagu jer hari-hari.



Pakai tepon N75....Tahun 2008 kalau tak silap ler...aku ni lemah bab nak mengingat ni. Hehehe time ni baru kenal internet. Tiap-tiap hari buka internet. Download video lagi tu. Nak buek camner asyik sangat jatuh. Memang careless betul aku ni.










Lepas N75 buat hal, aku tukar tepon ni plak...Seronok masuk internet...Lama juga pakai tepon ni sampai ler satu hari dah rosak....Langsung tak boleh bukak....










My laling buat suprise bagi untuk ulangtahun perkahwinan. Tanjat saya..Hehehehe...tapi tulah riwayat tepon ni tak lama. Skang ni tengah masuk wad...dah rosak....harap2 boleh repair....





Ni lah suprise my laling yang dah tak jadi suprise for this year anniversary. Thanks laling. Harap ni bertahan ler dengan bie...hehehe....tu pun jenuh riki harga. Last-last sangkut kat kedar blackberry tesco. Terima kasih yer Laling....


No comments:

Post a Comment