Saat bersama adalah yang paling TERINDAH....

Saat paling bahagia adalah ketika kita melihat orang yang kita sayangi itu tersenyum dan lebih membahagiakan apabila kita
adalah insan di sebalik senyumannya.

*****Saling menyintailah Hanya kerana Allah
*****Saling menyayangilah Hanya kerana Allah
*****Saling membahagiakanlah Hanya kerana Allah

*******KERANA Hanya Allah-lah yang dapat menumbuhkan
rasa cinta, kasih sayang dan kebahagiaan tersebut.

Wednesday, February 20, 2013

JJCM Utara - My School

Alang-alang dah lalu, apalagi teman nak singgah ler. Nak mengimbau zaman menuntut ilmu di sini. Banyak kenangan di sana. Waaaa.......rindu-rindu...Ada ke lagi cikgu-cikgu yang mengajar aku dulu.

Ni ler jalan yang dulu aku lalui tiap-tiap hari. Time datang dan time balik. Kalau balik macam lipas kudung aku jalan. Habis semua orang aku langgar. Dan dorang kalau aku jalan memang dah bagi jalan kat aku. Tak mau kena langgar le tu. Hahaha.....

Bangunan sekolah : bilik kelas, pejabat n library dan juga dewan.

Yang atas sekali tempat segala datuk nenek pengangkutan sekolah tunggu kat sini. Termasuk ler feri yang takkan tenggelam. Hahaha....Trak askar ler..Dah namanya anak askar mesti ler pergi sekolah naik trak. Tapi yang tak syoknya apsal tah askar panggil trak sekolah tu sebagai feri sekolah. Malu toi kena gelak dengan kengkawan. Heeh depa tu jeles tak dapat naik.

Pelan sekolah...Saja tangkap. Kalau lupa boleh tengok balik.

Dewan di mana aku mengambil peperiksaan SPM tahun 1996.

Tu nama sekolah aku. Dulunya hanya dikenali sebagai Sekolah Menengah Tanjung Pauh, SMTP. Skang dah tambah perkataan Kebangsaan.

Sebelum balik pekena bihun sup kat belakang pekan Tanah Merah. Pekan kecil ni kat Kedah yer bukan di Kelantan. Perghh memang sedap tu. Sampai 2 mangkuk aku sapu. Lebuh dah diet aku....hihihi

No comments:

Post a Comment