Saat bersama adalah yang paling TERINDAH....

Saat paling bahagia adalah ketika kita melihat orang yang kita sayangi itu tersenyum dan lebih membahagiakan apabila kita
adalah insan di sebalik senyumannya.

*****Saling menyintailah Hanya kerana Allah
*****Saling menyayangilah Hanya kerana Allah
*****Saling membahagiakanlah Hanya kerana Allah

*******KERANA Hanya Allah-lah yang dapat menumbuhkan
rasa cinta, kasih sayang dan kebahagiaan tersebut.

Wednesday, December 5, 2018

Aidilfitri 2018

Tahun ni beraya di Sungai Petani. My laling kena kerja pagi raya. So dia lepaskan kami balik beraya di SP. 

Along bertugas menjaga Si Ammar. Umi kena bawa kereta. Mujur kereta tak banyak sangat. Tak le teruk nak mengadap jem. Alhamdullilah. Kalau jem mau aku teriak. Mesti ada yang mengamuk mengalahkan incredible Hulk dalam kereta. Benda macam nilah aku nak elak. Mau tension bawa kereta.

Pagi raya selepas beraya antara keluarga, ayah bagitau nak pi rumah saudara kat Alor Setar. Ikutkan je la hasratnya. Lagipun ayah bukannya sihat sangat kebelakangan ni. Risau pula kalau tut..tut...So turutkan hajat dia tu. Bertolak dengan 2 biji kereta. Satu mana muat. Badan masing-masing sado-sado. Hahaha...Itu tandanya kena amik langkah-langkah menslimkan mana yg patut dislimkan. 

Selpie di pagi raya. Seronok Ammar bergaya dengan mamanya.

Standby nak pi beraya. Gaya masing-masing memang tak boleh lawan.

Aksi mak sedara dan pak sedara dengan anak-anak sedara kat bendang. Kang kalau jatuh bendang hangpa semua balik jalan kaki naaaa.



Amboi anak dara ni. Pose tak henggat.


On de way balik ke SP singgah pekan Alor Setar. 



Ni jamuan di sekolah Amalin. Sedap Amalin makan lontong.

Jamuan raya kat opis. Macam-macam citer yang ada. Jadi ler amik berapa keping ni je. Kang banyak-banyak jenuh nak tengok pula.

Aidilfitri 2016

Hehehe..dah berkurun baru aku nak upload gambar raya 2016. Nak citer panjang rasanya tak payah kot...xde benda nak celoteh panjang-panjang. So kita layan gambar je la.

Time ni baby Ammar dah ada dlm perut. Seronok cuma letih sikit. Tapi aku kan Umi superwoman so bedal je la buat kerja macam perwira. Hahahaha.

Beraya di Sungai Petani dulu. 


Raya ke 2 baru bertolak ke Kelantan. Kita raya rumah Mak Tok pula.

Santai dengan sepupu-sepupu.

Ini yang tak aci. Umi kena tinggal kat rumah. Ooo seronok depa pi berendam dengan abi ye. 

Tunai hajat MIL

Mother in law dan Sister in law turun ke Manjung. Tak sabar Mak Tok nak jumpa cucu-cucunya. Lama dah tak balik kampung. Iyelah masing-masing dah masuk asrama. Macam manalah maktok tak rindu.

Apalagi umi dan maksu La pun berperang le kat dapur sediakan juadah nak berkelah dengan Along dan Abang. Puas hati dapat tengok anak-anak seronok makan. Berbaloi rasa bersilat kat dapur. Mak Tok pun nampaknya gembira jumpa dengan cucu-cucunya.



Tuesday, December 4, 2018

Serikandi Harapan

Assalamuailaikum......

Lama betul umi tak apdet blog. Nampak macam busy sesangat. Hahaha...Maaf ye...masa tidak mengizinkan umi menjengah blog. Ada aje hal yang timbul. Iniku gagah juga. Kesian blog habis bersawang.

Apa ye kita nak gebang hari ini. Hah...hari ini kita cerita pasal Mia. Seronok sangat dia dapat masuk kelas memanah. Punyalah beria-ria. Salah satu sebab abi masukkan Mia ke kelas memanah adalah untuk latih dia fokus pada sesuatu. Bukankah kelas memanah ni bagus. Boleh membentuk emosi yang positif, boleh bina konsentrasi, mengajar sifat sabar dan melatih disiplin. Selain itu dapat juga mengatasi sebarang rasa ketakutan dan mewujudkan keyakinan diri. Ewah ayat umi. Hahahah...ciplak ayat dari pakcik google. Apa-apa pun tahniah anak umi. Moga Mia terus berjaya dalam apa saja yang Mia ceburi.
Target betul-betul. Memang ada gaya serikandi. Cayalah !!!


Amboi siap mengajar orang. Bagus-bagus !!!




Wednesday, June 13, 2018

Abang di tempat baru....Maahad Tebuk Yan, Segari.

Tanggal 26.12.2017 Abang Nu'man mengorak langkah dengan semangat baru. Ini hari pertama abang menjejakkan kaki untuk memulakan pengajian di sini. Masa nak tinggal merambu juga airmatanya. Maklumlah dah lama duduk rumah, Umi takde la nak tangkap sayu sebab tempat abang taklah jauh sangat. Umi boleh drive sorang nak melawat abang. Kena pantang juga. Tak boleh jenguk dalam masa 40 hari. Tu yang dia makin sayu.

Abih je tempoh pantang, 4.2.2018 berkobar-kobar umi dan abi nak tengok abang. Aku siap masakkan makanan kegemaran dia. Pasta. Nampak ceria dia datang pada kami. Kegembiraan terserlah jelas di wajahnya. Alhamdullilah syukur ke hadrat Ilahi. Nampak lain benar dengan keadaan dia di Penang dulu. Mungkin ada hikmah atas semua yang berlaku.






Abang sakit !

Lepas 2 minggu tengok dia kat maahad. Ustaz call. Beritahu suruh amik dia bawa balik rumah. my laling pergi seorang diri. Aku kena setel anak-anak sekolah. Teringat-ingat pada dia. Macam mana abang sekarang.

Dalam perjalanan balik, My laling telefon nangis2. Sayu hati dia tengok keadaan abang. Lemah tak bermaya. Suruh dia cari klinik kat sana dulu. Rupa-rupanya abang dah lama demam. Badan habis merah-merah. My laling cari klinik kulit.

Tengah aku buat keje kat opis, telefon berbunyi pula. My laling bari report condition abang. Nampak lesu tak bermaya. Suggest terus bawa ke Hospital Pantai Manjung. Malas nak amik risiko, Kesian dia tanggung sakit sorang-sorang.

Lepas keluar wad pantai, di rumah baru perasan rupa-rupanya abang kena kudis buta. Hmm dugaan betul buat abi dan umi. Sampai ke Klinik Nagoke Tg. Tualang kita berubat. My laling sampai stress menangani masalah ni. Bawa bertenang. Alhamdullilah dekat 5 bulan baru abang fully recover. Aku dan my laling berbincang hati ke hati. Buat keputusan keluarkan abang dari Maahad Darul Furqan. Ingat nak cari area dekat Manjung saja. Interview dengan Ustaz Maulana, Maahad Tebuk Yan dan dia dapat. Tapi mengenangkan dah tengah tahun, tentu dia akan ketinggalan dengan pelajar lain. So kami hantar dia ke Al Baghdadi Manjung sahaja. Hantar pagi dan petang aku ambil bawa balik. Bertabahlah abang. Ini dugaan Allah untuk menguji abang sebelum dia memberikan kedudukan yang istimewa.

Habis tempoh berpantang 40 hari di Balik Pulau

Berbeza betul abang. Nampak muka lain sangat. Tanya kurang makan ke. Tak katanya. Naper badan halus sangat ni.
Seronok umi dan abi berjumpa dengan bakal-bakal Al hafiz dan Al hafizah. Terlepas rindu yang menggunung dalam hati ni. Ibu mana yang tidak merindui anak yang jauh dari mata.





Nu'man mengorak langkah Al hafiz

Alhamdullilah anak umi dan abi akan memulakan langkah menuju ke satu lagi level yang membanggakan. Tanggal 3.1.2017, abang Nu'man akan memulakan pengajian di Maahad Darul Furqan Balik Pulau. Sama maahad dengan Along. Semoga Allah permudahkan urusan abang di sini.


Comel sungguh pic ni. Tengok Ammar dah pandai senyum pandang kamera. Gembira abang nak jadi al Hafiz le tu. Habis le badan abang yang bam-bam ni nanti. Semoga Allah lindungi abang sepanjang dia berada di sini.


Abi, umi dan Mia tak lepas peluang bergambar dengan abang sebelum tinggalkan abang di sini untuk menimba ilmu,

 Tipulah kalau kata umi tak sedih. Maunya tak sedih tinggalkan anak di satu tempat asing tanpa ada kita disisi untuk menjaganya. Umi berserah pada tuhan semoga Allah pelihara anak-anak umi yang menuntut ilmunya.

Ragam Si Ammar

Gambar masa masih dalam pantang. Haluih habaq hang. Tak rasa sangat mendukungnya. Kena kuning juga. Siap sewa mesin bawa balik rumah. Hahaha pengalaman berharga tu. Balik saja manjung, kena masuk wad NICU. Time tu memang umi kena jadi pelakon. Buat muka sedih pasal nak stay dengan Ammar kat wad. Tak sampai hati nak tinggal Ammar. Mujur Allah permudahkan. Umi dapat katil dan kita pun tak terpisah. Yahoooooo.....

Asyik tido ni. Bangunnnnn !!


Ammar bersama opah dan atok. Habis pantang kat Sungai Petani.

Ammar dah start montel. Cukup bekalan susu. Hahaha...

Makin bam bam kan. Seronok umi tengok anak umi membesar dengan sihat. Sedap gomol2 ni.

Tu dia...Tengok otot tangan tu. Otot ke isi tu. Hahahaha....Eceh hensem tak saya pakai baju pilot. Nak perasan jadi pilot jap...Ini semua kerja umi la ni.



Happy bonding time dengan kakak-kakak. Kak Damia dan Kak Amalin.



Saya dah besar. Amacam gaya saya ?

Banyak akal. Habis periuk pressure cooker umi. Time ni dah tak bam bam sangat. Pasai baru baik demam.