Saat bersama adalah yang paling TERINDAH....

Saat paling bahagia adalah ketika kita melihat orang yang kita sayangi itu tersenyum dan lebih membahagiakan apabila kita
adalah insan di sebalik senyumannya.

*****Saling menyintailah Hanya kerana Allah
*****Saling menyayangilah Hanya kerana Allah
*****Saling membahagiakanlah Hanya kerana Allah

*******KERANA Hanya Allah-lah yang dapat menumbuhkan
rasa cinta, kasih sayang dan kebahagiaan tersebut.

Wednesday, June 13, 2018

Nu'man mengorak langkah Al hafiz

Alhamdullilah anak umi dan abi akan memulakan langkah menuju ke satu lagi level yang membanggakan. Tanggal 3.1.2017, abang Nu'man akan memulakan pengajian di Maahad Darul Furqan Balik Pulau. Sama maahad dengan Along. Semoga Allah permudahkan urusan abang di sini.


Comel sungguh pic ni. Tengok Ammar dah pandai senyum pandang kamera. Gembira abang nak jadi al Hafiz le tu. Habis le badan abang yang bam-bam ni nanti. Semoga Allah lindungi abang sepanjang dia berada di sini.


Abi, umi dan Mia tak lepas peluang bergambar dengan abang sebelum tinggalkan abang di sini untuk menimba ilmu,

 Tipulah kalau kata umi tak sedih. Maunya tak sedih tinggalkan anak di satu tempat asing tanpa ada kita disisi untuk menjaganya. Umi berserah pada tuhan semoga Allah pelihara anak-anak umi yang menuntut ilmunya.

No comments:

Post a Comment