Saat bersama adalah yang paling TERINDAH....

Saat paling bahagia adalah ketika kita melihat orang yang kita sayangi itu tersenyum dan lebih membahagiakan apabila kita
adalah insan di sebalik senyumannya.

*****Saling menyintailah Hanya kerana Allah
*****Saling menyayangilah Hanya kerana Allah
*****Saling membahagiakanlah Hanya kerana Allah

*******KERANA Hanya Allah-lah yang dapat menumbuhkan
rasa cinta, kasih sayang dan kebahagiaan tersebut.

Sunday, June 3, 2018

Konvokesyen Si Cilik Damia.

Hahaha...dah 2 tahun baru umi nak upload dalam blog. Nampak sangat blog diketepikan. Maafkan umi yaaa. Bermacam-macam perkara yang berlaku dalam hidup umi. Kerja pun banyak kat opis. Maklumlah bos baru so suasana kerja pun baru la.

Hari ni umi nak citer pasai hari konvokesyen Damia. Tanggal 29.10.2016. Masa ni umi masih lagi dalam pantang. Huhuhu umi bersalinkan Ammar tanggal 15.10.2016. Baru je 2 minggu dalam pantang. Tapi punya semangat nak hadir ke konvo si cilik tu pasai auntie-auntie suruh datang. Damia dapat anugerah Child Of The Year. Tu yang umi gagahkan diri. Demi melihat kejayaan anak tersayang.
Excited Damia bersiap pagi ni. Abi yang tolong siapkan pasal umi bukan boleh lasak sangat. Hehehe umi kan dalam pantang. Kang lasak bukan main, jenuh le nak menjawab dengan opah. 
Tak sangka bila Auntie Rasyidah beritahu umi yang Damia terpilih sebagai Child Of The Year. Umi ingatkan anugerah apa tu. Rupa-rupanya kiranya di BB Manjung tu Mia le no. 1. Syabas buat puteri umi.


Sesi berucap. Tabik spring umi. Petah anak umi berucap dalam english. Jenuh rehersal di rumah. Panjang speechnya. Nanti Umi upload kendian. Umi simpan kat rumah.


Sesi foto dengan Auntie Rasyidah. Umi dah rasa seram sejuk. Apataknya dok lama dalam ekon.





No comments:

Post a Comment