Saat bersama adalah yang paling TERINDAH....

Saat paling bahagia adalah ketika kita melihat orang yang kita sayangi itu tersenyum dan lebih membahagiakan apabila kita
adalah insan di sebalik senyumannya.

*****Saling menyintailah Hanya kerana Allah
*****Saling menyayangilah Hanya kerana Allah
*****Saling membahagiakanlah Hanya kerana Allah

*******KERANA Hanya Allah-lah yang dapat menumbuhkan
rasa cinta, kasih sayang dan kebahagiaan tersebut.

Wednesday, June 13, 2018

Our Last Prince....Muhammad Ammar Asfa

Blink...Blink.....
Hahahaha diam-diam aku menambah ahli keluarga. Misi senyap ni. Kawan-kawan opis pun tak tahu awal-awalnya. Inilah hero yang dinanti-nanti my laling. Hero pertama dia dah masuk asrama, so sunyi dia xde kawan. Yang lain semuanya kawan-kawan aku. Hehehe..alhamdullilah Allah perkenankan yang kelima ni hero.

Kalau diikutkan jangkaan aku bersalin 18.11.2016. So pada 14.10.2016, kami sekeluarga balik kampung. Mana lagi mestilah kelate. Ada appointment dengan doktor Rujhan Muhamed. Nak check up dan juga booking bilik untuk bersalin nanti. 

Esoknya pagi-pagi lagi, aku dengan my laling bertolak awal ke Kota Bharu. Nak ke KBMC. Sampai je sana terus solat dhuha. Lepas tu ke kantin. Alas perut dulu. Masa ni rasa macam perut ni tak berapa selesa. Macam nak berak tapi tak mau keluar apa-apa pun. Ok relaks tarik nafas. Beritahu my laling. Dia kata sakit nak bersalin kot. Hah yelah sangat. Lambat lagi ye tarikh jangka jawab aku dengan penuh keyakinan. Iye la..jangkaan lagi sebulan tu. Selesai makan terus pergi register dan tunggu nama dipanggil.

Dup dap dup dap tunggu panggilan. Ni yang leceh. Time menunggu macam ni selalu sangat berdebar-debar. Hahaha macam le tak biasa. Lega terus bila nurse panggil nama suruh masuk. Dr. Rujhan suruh baring atas katil. Nak tengok kedudukan bayi. My laling duduk berhadapan dengan doktor. Siap bersembang pasal aku ni suka bersalin awal. Doktor pun check perut. Mana kepala bayi awak ni. Amboi soalan. Mana le saya tahu doktor. Ada le kat dalam tu. Hahaha apa punya jawapan daa. Dia dok check perut. Baby dah duduk di laluan keluar ni. Kita periksa jalan ye. Aku dah mula dup dap..biar betul awang oi. Jangan le ikut akak-akak hang. Keluar awai dari jangka. Dengan lembut je Dr Rujhan cakap kat aku...awak tak payah baliklah. Arkk...apa ke hal pula ni. Apsal doktor. Dah buka 5 cm. Hawau sungguh.....Terus dia bagi arahan kat nurse suh sediakan bilik bersalin. Siap tanya aku nak makan ke dulu. Iyalah dah jam 11 lebih. Haah nak makan dulu la. Keluar je dari bilik doktor, aku melepak dgn my laling kat lobi. Telefon Along bagitau tak jadi nak tengok dia pasal adik nak keluar dari perut dah ni. Huhuhu...My laling pun sibuk bagitau mak ayah dia yang aku dah nak bersalin. Hahaha depa terkejut..Lagi sekali buat kejutan. Lepas tu pergi kantin balik. Makan nasi goreng. Dah tak sakit teman relaks je la. Siap ada nurse tanya petua senang nak bersalin. Mana le den tau. Anugerah Allah menyenangkan aku bersalin.

Jam 12 naik ke labour room. Tukar pakaian seragam. Hahaha....


Tengok...Siap boleh tangkap gambar labour room. Punyalah santai. Maklumlah tak rasa sakit. Dah buka 5cm pun tak rasa sakit langsung.


Nurse masukkan drip kat tangan. My laling parking duduk kat sebelah. Macam biasa je. Hahahaha Si Amalin dulu pun bilik tu juga. Lepas depa tukar drip bagi cepat, mulalah aku sakit. Tangan my laling lah jadi mangsa. Huhuhuhu....Tepat jam 1.06 petang betul-betul azan Zohor meluncur keluar si putera idaman. Habis basah baju nurse. Air ketuban banyak. Kesian nurse tu, sudahlah baru masuk kerja. Maafkan hamba. 



Taraaaa......hero idaman hati my laling...Syukur semuanya dipermudahkan. Datang checkup terus bersalin. Tak payah nak datang kemudian.

Nama empunya diri : Muhammad Ammar Asfa
Berat : 2.95 kg ( Kecik juga. Lebih 500 gram je dari berat Kakak Amalin masa dilahirkan. Kakak Amalin dulu 2.9 kg je )
Tarikh lahir : 15.10.2016
Waktu lahir : 1.06 pm

Punyalah awal awak ni keluar Ammar oi. Tak sabar sungguh nak tengok dunia....Umi dan Abi harap Ammar akan jadi anak yang soleh.


No comments:

Post a Comment