Saat bersama adalah yang paling TERINDAH....

Saat paling bahagia adalah ketika kita melihat orang yang kita sayangi itu tersenyum dan lebih membahagiakan apabila kita
adalah insan di sebalik senyumannya.

*****Saling menyintailah Hanya kerana Allah
*****Saling menyayangilah Hanya kerana Allah
*****Saling membahagiakanlah Hanya kerana Allah

*******KERANA Hanya Allah-lah yang dapat menumbuhkan
rasa cinta, kasih sayang dan kebahagiaan tersebut.

Saturday, March 30, 2013

Sayang tak ? Part 4 ( Final )



“ Tidak usahlah Wan ingatkan saat itu. Ketika itu kita masih muda mentah dalam pemilihan. Ana doakan Wan akan bertemu dengan seseorang yang benar-benar sesuai dan secocok dengan Wan”

            “ Telah bulatkah keputusan Ana ini ?” soal Izwan sebak. Dia cuba menahan airmata lelakinya daripada mengalir keluar.

            “ Mm….Ana gembira dengan keputusan Ana” balas Farhana yakin. Gadis itu memeluk manja pinggang Iskandar.

            “ Is, aku ucapkan tahniah kerana kau akan berkahwin tak lama lagi. Jagalah Ana baik-baik yer”

            “ Aku minta maaf Wan”

            “ Kau tak salah, Is. Aku yang bersalah dari dahulu lagi. Aku tahu kau telah menyintai Ana terlebih dahulu daripada aku. Jadi kaulah yang berhak ke atasnya. Aku doakan kamu berdua bahagia hingga ke anak cucu”

            “ Aku akan ingat pesanan kau, Wan. Datanglah ke majlis perkahwinan kami nanti. Akan aku hantarkan kad jemputan untuk kau.”

            Izwan tersenyum paksa. Segera dia bersalam dengan Iskandar. Hatinya tidak betah lagi bertahan lama di situ. Sakit hati terguris lagi.

            Izwan tersandar lemah ke batang pokok yang redup melayan kesedihannya. Cinta yang dibina dan dibajai selama lima tahun hancur musnah sekelip mata sahaja. Sia-sia sahaja aku mempertahankan kesetiaanku yang akhirnya dirobek oleh temanku sendiri. Arghh…Farhana. Tergamak kau mengadaikan cinta kita hanya kerana sebab kecuaianku yang kecil. Berpinar-pinar mata Izwan menahan airmata lelakinya daripada mengalir jatuh menuruni pipi. Kesedihan membuak-buak menjalar ke setiap sendi tubuhnya. Bertafakurlah dia di situ buat beberapa ketika.
            Suara azan yang dialunkan lunak dari masjid yang berdekatan menyedarkan Izwan kembali ke dunia nyata. Terubat kelukaannya mendengar pujian-pujian ke atas Ilahi. Pantas dia bangun dan mengaturkan langkah ke masjid untuk menunaikan tanggungjawabnya yang lebih utama. Izwan seolah-olah mendapat semangat baru. Segaris senyuman bermain di bibirnya sesudah mendung berlalu. Biarlah selepas ini mendung akan berganti dengan matahari yang menyinar menceriakan alam.

************
            Zack mundar-mandir sekitar ruang tamu sambil diperhatikan oleh Pn.Sofea dan Pn.Munirah. En.Haizal mengeluh setelah meletak gagang telefon. Peluh yang merenek keluar diseka dengan lemah. Manalah anak kesayangan aku ni pergi ? Tak pernah dia buat macam nie. Ini yang aku musykilkan.

            “ Haizal, pernah ke Izwan buat macam nie dulu. Kau nak report polis tak ? Aku risau ada perkara berlaku ke atas diri Izwan.”

            “ Kau nie Nan. Aku tengah risau, kau tambah lagi merisaukan aku dengan kata kau tadi. Dari kecik sampai ler ke besar tak pernah dia buat macam ini. Baik nombor satu tau” En.Haizal bersandar lemah.

            Zack tersengih dalam risau. Baiknya Wan. Aku pun ader rekod yang memeningkan kepala mak bapak aku. Mau taknya…aku bantai tengok wayang sampai jam 2 pagi baru sampai rumah. Timbul jer muka aku kat pintu luar menderu mak, ayah, kak long dan abang ngah menerpa. Lepas kena gomol dan dicium , kenalah pulak mendengar leteran setiap orang. Itu semua kat rumah lama dulu. La ni tak buat ler coz aku busy memanjang. Maklumlah jadi guru tuisyen dan he..he…meneman si Wan ler. Gembira rasa bila dia ketawa dan senyum ketika bersama aku. Terasa cukup bahagia di samping jejaka itu namun apa boleh buat jejaka itu sudah berpunya. Lagi satu takkan ler dia nak kat aku yang brutal nie kan..kan…Mm…melepas gak aku.

            Bunyi deruan enjin di halaman menarik perhatian seisi rumah. Semuanya bercelapak ke pintu masuk. Pn.Sofea bersama En.Haizal pantas menerpa Izwan yang baru keluar dari pajeronya. Terpinga-pinga jejaka itu dipeluk ibubapanya.

            “ Kenapa nie mama, papa? Macamlah Wan tak balik bertahun-tahun ?”

            “ Wan pergi mana tadi ? Pagi baru ingat nak balik. Tahu tak betapa mama dan papa risaukan Wan. Kalau ada hal nak kemana-mana bagitaulah dulu. Ini tidak…Wan bertindak melulu ajer tanpa memikirkan keadaan kami.” Celoteh Pn.Sofea. Airmata gembira yang mengalir diseka oleh suaminya yang turut berdiri disampingnya.
            Izwan terdiam. Tidak disangka masih ada lagi orang yang lebih menyayangi aku. Pukul 4 pagi pun masih berceratuk menunggu aku. Ah..aku sayangkan mereka.

            “ Wan minta maaf kalau menyusahkan hati mama, papa, mama Munirah, papa Zul dan Zack. Wan pergi menenangkan perasaan tadi. Fikiran Wan kusut sedikit dengan masalah pejabat” Izwan mereka alasan agar mereka tidak akan turut berasa susah hati.

            Zack menjeling ke raut wajah jejaka yang berdiri diapit mama Sofea dan papa Haizal. Aku tahu kau sembunyikan sesuatu, Wan. Pasti ia sesuatu yang berat untuk ditanggung.

            “ Kami minta diri dulu, Haizal. Lagipun dah pagi nie” pinta En.Zulkarnain memohon diri.

            “ Maafkan Wan kerana banyak menyusahkan kalian” Izwan mencium pipi mama Munirah dan mendakap papa Zulkarnain. Dia kesal atas perbuatannya yang menyusahkan orang.

            “ Lain kali jangan buat lagi. Kami balik dulu” Pesan En.Zulkarnain. Zack turut mengekori mak dan ayahnya balik ke rumah.

            Pn.Sofea dan En.Haizaol beredar ke bilik tidur selepas tetamu pulang. Tinggal Izwan keseorangan di ruang tamu. Fikirannya kembali buntu. Matanya melirik jam di dinding. Tidak lama kemudian Izwan mengangkat punggung ke bilik.


#####

            “ Kring !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!”

            Zack tersentak daripada lena. Baru jer aku nak letak kepala dah ader orang mengacau. Tangannya mengagau mencari gagang.

            “ Hello !” Tutur Zack lemah bila gagang dilekapkan ke telinga.
            “ Wan la”

            Mata Zack segera segar. Hilang mengantuk demi mendengar suara jejaka itu.

            “ Hello…hello…Zack kau ader tak nie !” Bertalu-talu Izwan memanggilnya.

            “ Aku adalah. Aku tengah mendengar nie. Kenapa Wan ?”

            “ Aku ada masalah nie Zack. Berat tau tak tertanggung aku”

            “ Aku dah agak. Air muka kau tu dah nyatakan segala-galanya. Itulah aku tak percaya cakap kau di rumah tadi. Ceritalah pada aku sekiranya aku boleh membantu. Mungkin ini akan meringankan tekanan kau.

            “ Begini……………”

            Panjang lebar penerangan daripada Izwan. Zack mendengar dengan teliti. Perasaan simpati segera datang bergolek. Memang dah diduga kecurangan Farhana. Maknanya tepatlah dugaan aku. Kesian Izwan yang selama ini setia tetapi kekecewaan yang diperolehi di atas landasan kesetiaan yang dia ikuti selama ini.

            “ Bersabarlah Wan. Dah takdir tuhan. Mungkin selepas ini kau akan jumpa yang lebih baik. Sudah ler tu, pergi tidur yer. Baru tenang fikiran kau tu. Jangan fikir lagi masalah tu. Control macho ler sikit. Sweet dream Prince Macho. Bye….Assalamuailaikum.” Kemudian gadis itu terlena pulas. Senyuman menari di bibirnya. Mm….mm…….

**************

            Angin pantai yang menderu menyegarkan fikiran. Seorang pemuda kelihatan tenang bersandar di bangku yang berhadapan pantai. Matanya terarah melihat ombak yang memukul pantai. Segaris senyuman terukir di bibir jejaka itu. Fikirannya lapang. Inilah faedah bertemankan alam semulajadi.

            “ Hai !!” Jerkah seorang gadis di tepi telinga jejaka itu. Izwan mengurut dada. Fuh…mujur ler tak lemah jantung. Gadis yang ketawa di depannya dipandang nakal. Memang nak kena anak dara nie.

            “ Chup !!” Sebuah kucupan hinggap di pipi si gadis yang kemudiannya menjerit geram lantas mengejar Izwan. Sedaya upaya gadis itu cuba menangkap Izwan.

            “ Hantu kau, Wan. Nanti kau !!!!” Gadis itu masih lagi bertempik. Izwan berlari lagi bersama leraian ketawa. Hatinya benar-benar puas dan girang. Segala yang bertakhta di singgahsana akalnya telah dibawa angin penyamun.

            Kedebuk !! Seperti nangka busuk Izwan terlentang di atas pasir. Gadis yang mengejarnya ketawa terkekeh-kekeh.

            “ Padan muka. Itu la lain kali bersopan sikit”

            “ Oo..yang dia bertempik kat telinga orang takpe ,” gerutu Izwan. Nasib baik dia tolong aku bangun dan bersihkan pasir yang melekat. Kalau tidak, siap aku gasak.

            Sorry

            “ Mana tahu Wan ada di sini ? Tup-tup jer dia muncul”

            “ Orang terrer katakan. Biasa ler banyak sumber maklumat pada masa sekarang. He..he…internet.”

            “ Mm…sekarang nie dah adilkan ?”

            “ Apa yang adilnya tu ?” Tanya si gadis kurang faham.

            “ Iye laaa. Dulu dia cium Wan. Hari nie Wan dah bayar hutang tu. So fairkan”

            “ Cheh….hampeh betoi ,” cemik si gadis.

            “ Zack !!!” panggil Izwan berulangkali. Gadis itu tidak juga menjawab.

            “ Ni marah lah yer. Ok ler Wan minta maaf. Wan salah, Wan tak betul, Wan bla…bla….bla….” Izwan merepek sendiri.

            Terburai ketawa yang cuba disimpan oleh Zack. Tanpa membuang masa, gadis itu pantas menarik tangan Izwan menghala ke jet ski.

            Kedua-duanya meluncur riang membelah ombak. Mereka benar-benar berada di puncak keriangan. Ombak pantai, pasir pantai yang memutih dan angin menjadi saksi kegembiraan mereka.


            Zack termangu di birai katil. Bungkusan hadiah yang telah terbuka menjadi focus anak matanya. Kebaya biru yang menarik perhatiannya tempoh hari terlipat kemas di dalam kotak. Tidak disangka kedatangan Izwan petang tadi ke biliknya adalah untuk mengucapkan selamat hari lahir. He…he….harijadi sendiri pun aku terlupa. Itulah asyik memikirkan about something spesel.


            Matanya terlirik pula pada jambangan bunga di atas meja. Terbayang wajah ceria Izwan ketika menghulurkan jambangan bunga tersebut kepadanya. Zack terpinga-pinga tidak dapat mengeluarkan sepatah bicara pun. Kelu lidahnya sambil mata terkejip-kejip memandang Izwan.
            “ Jangan lupa dinner malam nie. Turun cepat sikit yer. Ada surprise !” pesan Izwan sebelum pulang ke kamarnya.

            Dah sudah !!!! Ada surprise lagi ? Tak cukup lagi ker dia mengejutkan aku dengan benda-benda yang dia bagi nie. Entah ler malam karang apa pulak habuan aku ???

            Jam berbunyi di hujung meja. Zack kembali ke alam nyata. Alahai dah pukul 8.00 malam. Lagi setengah jam aku akan terkena getaran jiwa. Cheh ayat power tu. Takleh jadi nie aku kena bersiap cepat. Kang tertunggu plak si Izwan tu. Tak pasal-pasal dia marah aku. Nak pakai baju apa hah??? Runsing !!!!!!

            Izwan merenung pasu yang menempatkan jambangan bunga mawar. Fikirannya melayang pada mamanya. Teringat dia apabila mama memujuknya apabila seminggu dia terperap dalam bilik melayan hatinya yang terguris.

            “ Wan, keluarlah sayang. Tak baik tau Wan buat macam nie. Menyiksa diri ajer. Ada masalah kongsilah dengan mama. Wan buat macam nie terasa mama ini tidak berguna langsung dalam rumah ini,” pujuk Mama Sofea.

            Sehabis sahaja Mama Sofea menghabiskan ayat, pintu bilik terbuka. Tersembul wajah Izwan yang pucat. Matanya merenung ibunya dengan tatapan mesra. Mama Sofea pantas memeluk Izwan. Tersentuh perasaan keibuannya melihat rupa Izwan yang tidak terurus dan tidak bermaya.

            “ Apa dah jadi nie, Wan ? Kenapa teruk sangat nie. Mama sedih tahu tak melihat keadaan Wan sebegini. Mama tahu Wan sedang menanggung satu bebanan yang berat dalam hati Wan itu. Luahkanlah pada mama, sekurang-kurangnya beban itu akan berkurangan sayang” Penuh lembut Mama Sofea memujuk. Rambut anaknya dibelai mesra.

            Airmata jantannya keluar juga. Lancar bibirnya mencurah segala yang terbuku di dalam hati. Tiada satu pun yang tertinggal. Biarlah mamanya mengetahui segala-galanya.
            Si Ibu turut menanggis mengenang nasib si anak. Kekasih hati berpaling tadah. Siapa yang tidak terluka ?.

            “ Wan, mama harap kau dapat bersabarlah. Lupakan semua yang telah berlaku. Walau kehilangan cinta namun Wan masih ada lagi kasih sayang mama dan papa. Tiada luak kasih sayang kami pada Wan. Kaulah pengubat dan kau jualah racun. Ingat tu. Tabahlah hadapi situasi ini sayang. Anak mama nie kan ke dah dewasa. Mama rasa lebih baik Wan pergi bercuti. Hilangkan muram di wajah tu. Mama dah berpakat dengan papa. Segala urusan di pejabat akan diuruskan oleh Abang Rizal.”

            Izwan mengangguk mengerti. Terasa hatinya lapang setelah mendengar nasihat ibu yang panjang lebar.

            En. Haizal tersenyum gembira mendengar usul Izwan hendak ke Terengganu. Biarlah dia tenangkan fikiran. Kerja pejabat itu eloklah ditinggalkan dahulu. Tak guna juga menyudahkan kerja dengan kepala yang berserabut.

            “ Memandu tu berhati-hati sedikit. Jangan diikutkan darah muda,” pesan En. Haizal tegas. Matanya merenung wajah Izwan penuh mesra. Izwan mengangguk faham.

            “ Mama kirim salam sayang pada Zack, Mama Munirah dan Papa Zul. Bila budak tu nak balik from Melaka ?”

            “ Esok lusa balik ler tu ,”

            “ Baiklah mama. Wan pergi dulu yer ,” mohon Izwan selepas mencium tangan kedua ibubapanya.

            I’m sorry sir, may I take your order ?” Seorang pelayan menyoal mesra. Izwan tergumam disapa tiba-tiba. Fikirannya kembali semula ke alam nyata. Wajah pelayan itu dipandang tepat.
            “ Sebentar lagi saya akan membuat pesanan. Saya sedang menunggu teman saya tiba,” tutur Izwan beserta senyuman. Pelayan itu mengangguk faham lalu beredar ke meja lain.

            Izwan kembali merenung hadiah istimewa untuk Zack yang asyik dipegangnya sejak tadi. Mana la anak dara nie. Tak ingat ke pesanan aku petang tadi ?

            “ Hai dah lama tunggu ker ?” tegur Zack tiba-tiba. Pantas Izwan mengangkat muka. Ai dia tak pakai pun kebaya yang aku bagi tu. Kenapa ? Adakah dia tak menyukai pemberianku itu. Aduh…Sakitnya hati ini. Perasaan hampa, terkilan dan sedih mula menguasai hati Izwan. Pandangan Izwan berpinar-pinar.

            “ Wan, kenapa nie ?” soal Zack risau. Perubahan ketara air muka Izwan menyuntik tandatanya dalam hatinya. Punggung segera dilabuhkan di kerusi berhadapan Izwan.

            “ Tak ada apa-apalah. Aku terkejut sikit” balas Izwan. Perasaannya telah dapat diredakan. Muka ceria Zack ditatap puas.

            “ Ntah apa-apa ntah kau nie”

            “ Aku pun pelik juga dengan perubahan aku sekarang. Sebenarnya ada benda aku kena luahkan”

            “ Luahkan ajer. Jangan main pendam-pendam” nasihat Zack. Keningnya diangkat pada Izwan. Teruna itu tersenyum.

            “ Tunggulah masa yang sesuai. Wan rasa she not ready for this situasion

            “ Ye la tu. Tunggu ler sampai bila pun. Nanti melepas baru tahu”

            “ Nak buat macam mana ? Dah takder rezeki. That girl pun buat faham tak faham jer”

            “ Oi…oi….aku lapar nie. Bila kita nak makan nie ?”
            “ Ye la cik adik sayang oi. Waiter !!!”

            “ Fuh sedapnya. Terima kasih Wan coz belanja Zack makan and bagi present birthday yang bermakna tu pada Zack. Thank you very much. Ini yang buat Zack sayang kat dia”

            “ Betul-betul ker sayangkan Wan nie ?”

            “ Betullah. Takkan Zack nak tipu”

            “ Iye ?????” Bulat mata Izwan merenung muka gadis dihadapannya yang mencebik. Ai marah plak.

            “ Sudahlah jangan nak marah lagi. Karang Wan tak bagi hadiah spesel baru tahu,” ugut Izwan.

            “ Woi aku tak marah laa. Apa yang spesel sangat tu ?”

            “ Spesel for someone important from bottom of my heart

            “ Fuh jiwang habis. Ha…ha…ha….” Zack menghambur ketawa lucu. Namun cuba ditahan apabila terpandang lirikan tajam Izwan.

            “ Orang serius dia buat main-main pulak. Memang tak faham bahasa Zack nie”

            “ Iyelah Zack salah. Cepatlah mana hadiah spesel tu,” soal Zack tak sabar-sabar. Izwan tersenyum lebar.

            “ Ini dia ,” Izwan menayang-nayang bungkusan kecil yang dibalut cantik ke mata Zack. Gadis itu memandang penuh minat.

            “ Apsal kecik sangat. Yang besar dah tak ada ker ?”
            “ Materialistik betui Zack nie. Kira OK lah nie. Janji hadiah nie adalah dari hati yang ikhlas. Nah ambiklah. Wan hadiahkan pada Zack seperti mana Wan hadiahkan hati Wan yang sangat bernilai ini pada Zack. Harap Zack akan jaga sebaik mungkin. Jangan lukakan hati Wan” unjuk Izwan.

            Zack menyambut huluran hadiah dari tangan Izwan. Pantas dia membuka pembalut bungkusan itu. Tertera di kaca mata kotak kecil yang lagi comel. Terketar-ketar tangan Zack membuka kotak tersebut. Terbeliak mata Zack memandang cincin yang berukiran cantik di dalamnya. Gulp !!!!!! Zack menelan liur. Mak datuk nie la hadiah yang paling pelik pernah aku terima. Apa maksud Izwan nie. Adakah hadiah ini melambangkan perasaannya ? Ahh…tak mungkin barangkali. Agak-agaknya ingatan dia terganggu so tersalah beli hadiah untuk aku nie. Ala..orang dah bagi so baik aku ambik. Betul tak !!!

            “ Cantik tak ?”

            “ Cantik. Wan nie mengigau ker. Apsal beli hadiah yang mahal nie ? Tak sanggup plak Zack terima”

            “ Terimalah. Wan ikhlas tu. Marilah Wan sarungkan ke jari Zack sebagai lambang persahabatan yang bakal berubah”

            “ Berubah apa ?”

            “ Berubah ke percintaan ,” cetus Izwan. Tangannya menarik cincin keluar dari kotak lalu menyarungkan ke jari manis Zack.

            “ Sah ler Wan nie tak sihat ,” Mata Zack memandang cincin yang telah tersarung di jari manisnya. Berkilau-kilau dipantul cahaya.

            “ Cantik cincin tu bila dah tersarung ke jari Zack. Entah siapa yang bertuah dapat menyarungkan cincin ke jari Zack pada hari persandingan”

            “ Hisy…entah bilalah masa tu !”

            “ Kalaulah ditakdirkan Wan yang menyarungkan cincin ke jari Zack pada hari yang bersejarah itu, adakah Zack akan gembira ?” soal Izwan sambil mata merenung dalam-dalam ke anak mata Zack. Gadis itu terdiam.

            Adakah aku gembira ? Hm…hm….pasti itu adalah hari paling bahagia dan bermakna dalam hidup aku kerana lelaki idamanku akan menyarungkan cincin ke jari manisku. Hari dimana penyatuan dua jiwa yang saling menyayangi satu sama lain. Hari itulah yang aku tunggu-tunggu.

            “ Boleh jugak. Itupun kalau Wan sudi laaa. Maklumlah Zack ni ntah apa-apa tah” ujar Zack merendah diri.

            “ Ish tentunya Wan sudi” sahut Izwan ketawa riang.

            “ Apalah kita nie merepek. Entah iye entah tidak benda-benda tu”

            “ Tunggu dan lihat sahaja”

            “ Tunggu sampai umur dah lanjut yer. Zack bongkok dan Wan plak bertongkat”

            “ Cis ada ke macam tu….tapi OK gak”

            Pecah berderai ketawa Izwan dan Zack. Mata masing-masing melirik curi sesama sendiri. Malam terus berlalu pantas selepas menghadiahkan kenangan manis untuk dikenang dan terpahat rapi di dalam memori kedua-dua insane tersebut. Pasti kenangan itu akan membungakan sesuatu yang terpendam jauh dalam sudut hati. Moga masa merestui ikatan yang terikat di dalam diam.



            Suasana awal pagi di rumah bernombor 14 tiba-tiba terganggu dengan suara sorakan yang kuat. Penghuni rumah terbabit terperanjat. Segera mereka menerpa ke arah seorang gadis yang tersengih lebar menanti dengan sepucuk surat di tangan.

            “ Apahal pagi-pagi buta bersorak macam tu ?” En. Zulkarnain memandang anak bongsunya dengan penuh tanda tanya.

            “ Zack dah dapat tawaran continue study ke Australia. Tu yang Zack gembira sangat tu” Pipi En. Zulkarnain dikucup mesra. Zack menunjukkan surat itu kepada ayahnya.

            “ Betul ke nie Zack ?. Alhamdullilah tercapai juga cita-cita anak ayah yang manja nie .”

            “ Bulan depan Zack akan berangkat so sempatlah Zack nak prepare apa yang patut.”

            “ Amboi bersemangatnya. Tahu ler impian dia dah dapat”

            “ Mak janganlah jealous”

            “ Tak kuasa aku jeles. Kau tu nanti di tempat orang pandai-pandailah jaga diri. Mak dah tiada di samping nak menjaga kau. Kalau ada masalah jangan pulak lupa nak bagitau mak dan ayah .”

            “ Mak ni pesan macamlah Zack nak berangkat esok. Lambat lagi la mak. Lagi sebulan setengah. So boleh ler kita bermesra-mesraan .”

            “ Yang pergi minta jauh-jauh tu apsal. Universiti tempatan kan ke ada ?’

            “ Mak ni orang nak berdikari pun tak boleh. Zack nak juga merasa tempat orang. Boleh kan ????” Zack tersenyum memandang wajah kelat ibunya. Pipi wanita itu dikucup sayang.

            “ Jangan lupa kat mak tau ,” pesan Pn. Munirah sebelum berlalu ke dapur untuk menyediakan sarapan pagi.

            Zack bergegas mengangkat telefon setelah ia berdering berkali-kali. Siapa pulak yang telefon pagi-pagi nie.

            “ Hello ?”

            “ Assalamuailaikum sayang. Apa khabar ?”

            Zack tersenyum mendengar suara di hujung corong. Suara yang dirinduinya saban waktu.

            “ Waalaikummussalam”

            “ Lembik jer nie. Tak sarapan lagi ke ?”

            “ Yup. My mom tengah masak tu”

            “ Ish…ish…cian dia”

            “ Apa mimpi Wan telefon hari nie. Tiba-tiba jer tepon”

            “ Entah ler. Wan macam dapat rasa something happen pada Zack.”

            “ Pandainya dia tilik. Wan, Zack ada berita gembira. Zack dah dapat tawaran ke Australia. Macam tak percaya impian Zack tercapai ,” celoteh Zack petah. Berkerut kening gadis itu apabila tiada sahutan daripada Izwan.

            “ Hello Wan. Are you still there ?”

            “ Em…em…What do you say ?”
            “ Hah  mengelamun ke pagi-pagi buta nie”

            “ Takdelah. I’m OK. Wan nak ucapkan tahniah coz tawaran tu. But Wan tak suka ler Zack pergi jauh-jauh”

            “ Apsal pulak. Seronok beb !”

            Coz Wan suka kat Zack. You’re my best friend and I’ll be miss you

            “ Macamlah Australia tu jauh sangat”

            “ Bukan jauh yang jadi soal tapi….Wan takut hati orang tu jatuh ke tangan somebody

            “ Kalau ada yang sudi dengan budak brutal nie”

            “ Mesti ada”

            Forget it la”

            “ Tengok tu, kalau cakap about this topic  Zack mesti cepat-cepat menyimpang”

            “ Tak ke mana cakap hal-hal macam nie. Rasa buang masa jer”

            “ Oo..macam tu ka. Ok ler lain kali Wan cancel terus topik nie yer”

            “ Ooi macho prince, bila nak balik sini. Tak rindu pada rumah dan juga pada penduduk-penduduk di sini ?”

            “ Ish..apa plak tak rindu. Hari-hari terbayang walaupun kat sini banyak awek-awek yang cun lalu-lalang”

            “ Berapa lama lagi nak menempek kat saner ?”
            “ Dalam sebulan lebih barangkali. Maklumlah urusan cawangan kat Johor nie banyak yang tergendala. So Wan kena ler perbaiki semua tu agar urusan bahagian pengurusan akan berjalan lancar. Wan tak boleh lama nie. Jam 10.00 pagi nanti ada meeting dengan pelanggan. Wan akan call balik nanti”

            “ Ok. Take care yourself…Mm..Wan, I miss U ,” tutur Zack perlahan. Pipinya merona merah. Gagang telefon segera diletakkan.

            “ Hah…Hello…hello….Zack !” Apahal pulak tetiba jer ader bunyi siren nie. Mata Izwan terkebil-kebil memandang ambulan yang laju membelah jalan. Tu mesti emergency kes tu. Ish..apa yang Zack cakap sebelum terputus tadi hah. Baru nak dengar suara dah bunyi siren masuk line. Langsung tak dengar apa-apa. Nie yang tak puas hati.

            Izwan bingkas bangun dari kerusi malas di beranda. Jejaka itu bergerak masuk ke dalam. Tangannya mengambil business diari yang terdampar di atas katil. Sesuatu terjatuh dari dalam buku itu. Izwan pantas memungut. He…he….gambar-gambar aku dengan Zack. Bila masa pulak aku letak dalam nie ??

            Mata Izwan penuh bercahaya menatap gambar gadis brutal itu. Lagaknya, senyumnya dan aksinya menghiburkan hati. Betapa aku menyukainya dan menyayanginya. Namun aku akan terpaksa berjauhan dengannya suatu hari nanti. Aku terpaksa menerima hakikat bahawa dia akan ke luar negara untuk menyambung pelajarannya.

            Bagaimana aku hendak menghadapi masa-masa tanpa dirinya disisi. Aku telah menyerahkan seluruh hatiku padanya setelah kekecewaanku dengan pengunduran Farhana. Dialah yang telah mengubat hatiku yang robek berdarah. Segala kasih sayang yang dia curahkan ketika aku dalam kesedihan dan kesunyian telah menampal setiap luka di hatiku ini. Biarlah aku dilonggok beribu puteri rupawan di hadapanku, Zack lah gadis yang tetap menjadi pilihan utamaku. Entahler terasa juga sia-sia harapanku ini kerana gadis itu tidak mengetahui isi hatiku biarpun aku selalu membayangkan maksud hatiku ini. Dia kelihatan tidak mengerti dengan tindak-tanduk aku. Em..em…entah-entah saja jer dia buat tak faham kut!. Runsing juga memikirkan gadis brutal itu. Nak kata dia dah ader pakwe…tak pernah sekali pun nama lelaki lain singgah ke cuping telinga aku nie. Kecualilah nama aku !. Tak pernah pun dia menunjuk minat kepada kaum Adam ni selain aku . Hanya pada aku, dia berkongsi segala-galanya.

            Lamunan Izwan terhenti apabila telefon mudah alihnya berbunyi. Ini mesti Latiff. Apalagi….nak ingatkan tentang meeting la tu !.

            “ Wan, kau dah bersiap ker ?” mendadak Latiff menyoal.

            “ Aku dah siaplah. Janganlah kau risau sangat. Aku tahulah apa nak dibuat. Aku akan sampai tepat pada masanya. Kau tu jangan lupa bawa fail-fail yang aku pesan semalam. Sibuk nasihatkan orang, last-last dia juga yang akan terlupa” Usik Izwan.

            “ Ish kau nie. Aku dah settlekan. Gila kau nak buat silap. Kang tak pasal-pasal aku kena jawap dengan bapa kau tu. Mulut bapa kau tu laser. Cair aku di firenya nanti. Anaknya juga power jugak melaser

            “ Oi mengutuk ye”

            “ Gurau saja la. Cepat sikit sampainya. Pelanggan kita nie penting tau”

            I’m on my way laa. Bye..klik !” Izwan memutuskan talian. Dia bergerak ke cermin membetulkan kedudukan kot dan tali lehernya. He..he..hensem macho lagi aku nie yer. Tiba-tiba terbayang bayangan Zack dengan gaya muka mengejek. Izwan menepuk kepala. Apalah aku nie sampai teringat-ingat kat anak dara tu. Ha..ha…ha…ketawa Izwan di dalam hati. Dia melangkah riang keluar dari bilik. Semangat di jiwa makin membara untuk membuat sesuatu yang terbaik hari ini.






Zack tersandar kepenatan. Matanya bulat memandang ibunya yang sibuk membelek baju tebal. Mulutnya riuh berceloteh. Mak ni tak reti letih ker. Abis satu pasaraya nie diterokai. Kaki aku dah naik lenguh nie, mujur tak tercabut ajer. Waa…nak balik rumah !!!!!!! Oh alangkah seronoknya jika tatkala ini aku berbaring di atas tilam. Mm…mm……

            “ Zack, jom ke kedai sana. Ada lagi barang yang perlu dibeli. Bukan boleh dibuat main-main !”

            Zack terkejut. Baru nak relaks dah kena panggil. Mak ni shopping macamlah dia yang nak ke Australia padahal yang nak pergi tu aku. Pelik…pelik….

            “ Zack !!!!!” Puan Munirah mencegil. Pantas gadis itu berlari dengan tangan yang penuh dengan bungkusan barang. Mak…udah ler tu. Zack dah tak larat !!!!! Jerit hati kecil gadis itu.



**************


            Puas tangan mendail nombor telefon mudah alih kepunyaan Izwan tetapi tidak dapat dihubungi. Sudah berkali-kali aku menelefon pejabatnya namun Izwan tidak boleh terlalu lama menjawab kerana banyak kerja yang perlu dibereskan. Tak puas aku kalau bercakap sekejap sahaja. Banyak perkara aku nak bualkan dengan jejaka itu.

            Zack menghempas tubuh ke atas tilam. Matanya menerawang memandang siling bilik. Wan, kemana kau menghilang ni. Aku benar-benar memerlukan kau ketika ini. Aku ingin mendengar suara, usikan dan ketawa kau. Aku memerlukan nasihat kau untuk meredakan gemuruh hatiku. Tarikh keberangkatanku makin hampir. Tak sampai dua hari lagi.

            Kenapa Si Wan nie tak contact aku. Tak ingatkah dia tarikh aku akan berangkat. Takkanlah bekerja sampai boleh lupakan aku ni. Tak pentingkah aku nie ?. Adus macam mana soalan tu boleh keluar. Aku sedar aku nie siapa tapi walaupun aku tak penting, dia kenalah ingat aku nie kan ke member dia. Ada handphone pun tak boleh contact. Kawasan mana yang dia masuk sampai line pun tak dapat ?. Ish…runsingnya aku….



************


            Suasana di ruang menunggu hingar bingar. Riuh sanak sedara berbual. Zack menghela keluh kesah. Matanya menatap setiap wajah disitu namun tiada pun wajah yang dia nanti-nantikan. Jari-jemarinya menyentuh bucu hujung kebaya biru yang dipakainya. Entah mengapa hari ini hatinya tergerak untuk memakai kebaya yang dihadiahkan oleh Izwan sempena hari lahirnya. Terasa diri Izwan berada disisinya bila sahaja tersarungnya kebaya itu ke tubuhnya.

            Zack pantas menguntum senyum paksa bila Mama Sofea menghampirinya. Wanita itu mencium pipinya. Terasa airmata mahu mengalir keluar namun ditahannya. Mata redup wanita itu direnungnya. Ingatan Zack kembali memikirkan Izwan. Renungan Mama Sofea mengingatkan Zack kepada renungan Izwan. Yang lebihnya renungan Izwan mengandungi beribu makna disertai kenakalan jelingannya. Aduh…tangkap sayu !

            Mama Sofea menarik Zack menyertai ahli keluarga yang lain. Rupa-rupanya mereka ingin merakamkan foto buat kenangan dan tanda ingatan. Gelak ketawa ahli keluarga menceriakan kembali mood Zack. Gadis itu penuh bersemangat memberi pose yang menarik.

            “ Semua penumpang penerbangan MH37 ke Australia diminta masuk ke balai berlepas” Bergema pengumuman di ruang legar.

            Mata Puan Munirah mula berair. En. Zulkarnain cuba menenangkan perasaan isterinya. Hatinya juga sedih namun cuba ditahan. Siapalah yang tidak sedih mahu berpisah dengan anak kesayangan.

            Zack sayu menerima kucupan mesra dari setiap ahli keluarganya dan juga dari Puan Sofea. Airmata yang cuba ditahan akhirnya tumpah juga apabila ibu yang tersayang memeluknya. Wanita itu menanggis teresak-esak.

            “ Mak janganlah sedih. Berat hati Zack nak meninggalkan mak bila lihat mak macam nie” Gadis itu menyeka airmata yang mengalir di pipi ibunya.

            “ Mak sayangkan Zack”

            “ Zack pun sayangkan mak. Zack harap mak doakan kejayaan Zack di rantau orang ye. Udah ler mak janganlah menanggis lagi” pujuk Zack. Pipi ibunya dicium berkali-kali.

            En. Zulkarnain merapati anaknya. Bahu anak daranya dipegang kejap. Zack beralih. Wajah papanya dipandang sayu.

            “ Jaga diri tu baik-baik tau Zack. Ada masalah cepat-cepatlah beritahu papa. Jangan berselindung dengan papa. Jangan lupa adat kita yer. Papa akan doakan kejayaan anak papa yang paling papa sayang nie”

            Zack pantas memeluk tubuh ayahnya. Kata-kata ayahnya itu akan dijadikan pegangan.

            “ Sudah le tu. Jangan menanggis lagi. Kuatkan semangat. Anak papa nie kan ke tabah dan kuat ,” ujar En.Zulkarnain. Jarinya pantas menyeka airmata yang bergenang di kelopak mata anak gadisnya itu.

            “ Pergilah masuk. Dah pengumuman terakhir tu” tegur En.Zulkarnain yang melihat Zack masih berat hati meninggalkan keluarganya.

            Zack melangkah lemah ke balai berlepas. Dikuatkan semangat setelah melihat wajah-wajah yang bersusah-payah menghantarnya.

            “ Selamat tinggal semua. Assalamuailaikum !!!” laung Zack sebelum masuk ke balai berlepas.

            Senyuman peramugari yang menyambut kedatangannya melegakan sedikit kesyahduan hati Zack. Gadis itu memandang keluar jendela. Bangunan KLIA terpampang di depan mata. Zack memperkemaskan duduknya. Tali pinggang keselamatan segera dipasang setelah diarahkan oleh peramugari yang bertugas.
            Terdengar pengumuman kapten memberitahu kapal terbang akan berlepas. Zack mengukir senyum kecil. Aku akan kembali semula ke tanahairku dengan kejayaan besar. Zack menanm azam di dalam hati.

            Zack memandang awan memutih yang kelihatan terapung-apung di angkasa. Matanya merenung tanahair yang makin ditinggalkan. Hatinya kembali sayu. Selamat tinggal Izwan. Cincin pemberian jejaka itu segera dikucup. Ketahuilah Wan, aku akan menyayangi pemberianmu sebagaimana aku menyayangi dirimu. Kau adalah harta bernilai yang akan aku simpan dalam hati ini. Tiada lain hanya engkau seorang.

            Selamat tinggal Wan. Doakanlah agar pemergianku ini dirahmati dan kepulanganku nanti dengan segunung kejayaan. Terima kasih kerana hadir mewarnai hidupku. Jumpa lagi sayang !! Tanpa sedar airmata mula mengalir.


************



            “ Yahoo ! Berjaya kita. Semua projek yang kita kehendaki kini di dalam tangan. Ini semua because kebijaksanaan kau Izwan. Jom kita raikan” Latiff menggenggam tangan Izwan dengan erat. Senyuman gembira terpahat dibibirnya.

            Izwan turut tersenyum puas. Tak sia-sia segala tenaga yang dicurahkannya. Papa mesti gembira dengan kejayaanku ini. Teristimewa sekali Zack yang selalu membebel pada aku. Rindunya aku pada gadis itu. Apa agaknya anak dara tu tengah buat sekarang. Hm…tak lain tak bukan mesti berkepit dengan Mama Munirah. Anak manja katakan.

            “ Wan, jomlah join kitorang pergi karaoke,” ajak Latiff yang kian dikerumuni oleh member-member yang lain.

            “ I think I want to get rest. So it’s better you go with them. See tomorrow ,” Izwan menepuk bahu Latiff. Jejaka itu mengganguk faham.

            Izwan menghenyak punggung di sofa kerana kepenatan. Matanya dipejam rapat. Wush…!!! Angin menyerbu kuat. Diari Izwan di atas meja terbuka. Gambar-gambarnya bersama Zack berterbangan diterpa angin.

            Izwan membuka mata apabila terasa sesuatu melekat di wajahnya. Mm…rupa-rupanya foto seorang gadis yang tersenyum manis. Bibir Izwan mendadak terukir senyuman. Hilang segala keletihannya. Izwan melompat bangun dan berjalan ke meja tulis lalu mencapai handphonenya. Segera didail nombor rumah anak dara itu.

            “ Hello”

            “ Assalamuailaikum Mama Munirah”

            “ Waalaikummussalam. Izwan rupanya. Lama tak telefon. Tak ingat pada mama ya ?”

            “ Sibuk mama. Zack mana ?. Rindu lama tak gaduh dengan dia”
            “ Ish budak Wan nie. Dah seminggu lamanya Zack berangkat ke Australia. Takkan Zack tak maklumkan pada Wan ?” soal Mama Munirah.

            Aiseyman terlupa. Banyak sangat kerja sampai terlupa pada insan yang paling istimewa dalam hidup aku itu.

            “ Maaflah mama. Wan terlupa. Hari ni baru Wan habis siapkan kerja di sini. Maybe tomorrow Wan akan balik. Takpelah mama, Wan nak sambung buat kerja sikit. Assalamuailaikum mama”

            “ Waalaikummussalam. Klik !”

            Izwan menghela nafas kecewa. Seluruh jiwanya terasa kosong buat masa ini. Segala isinya telah terbang mencari Zack di perantauan.

            Oh Zack, aku rindukan kehadiranmu………………………..



**********


            Suasana pagi itu sunyi sepi. Izwan termangu di luar balkoni. Menghirup udara pagi berserta melayan keluhan hatinya yang merintih pilu. Hidupnya terasa sunyi tanpa kehadiran seorang insan yang telah menabur jasa menghiburkan hatinya ketika dia dilanda kekecewaan dan masalah. Hari yang dilalui terasa bagaikan satu paksaan. Izwan mengeluh melepaskan segala yang terbuku di hati.

            Mama Sofea memerhati gelagat anak bongsunya dari jendela biliknya. Hati ibunya menyatakan anaknya itu seolah-olah telah kehilangan sesuatu yang bermakna. Clash dengan Ana dulupun tak ader la macam nie. Habis kuat pun mengurung diri dalam bilik. Bila dipujuk mengikut juga. Mujur Zack ada menemankannya. Tiba-tiba terputik rasa rindu pada anak gadis lincah itu yang sedang menuntut ilmu di perantauan. Tirai ditarik menutupi jendela. Mama Sofea beredar menuju ke bilik anaknya untuk mengemas. Dah beberapa hari Izwan melarangnya memasuki bilik itu. Apakah yang disembunyikan Izwan dari pengetahuan aku ?

            Wanita itu menolak pintu dengan cermat. Terbeliak matanya apabila terpandang setiap inci bilik bahkan di atas katil penuh dengan potret-potret seorang gadis yang benar-benar amat dikenalinya. Melihatkan semua itu maka tahulah wanita itu bahawa anaknya itu telah berputik rasa rindu di dalam jiwa.

            “ Mama !” tegur satu suara daripada belakang. Mama Sofea beralih.

            “ Wan…”

            “ Tak payah Wan terangkan pada mama. Segala yang berada dalam hati anak mama nie, dapat mama teka” Bahu anak terunanya diraih. Mereka bergerak ke dalam bilik. Mama Sofea melabuhkan punggung di atas kerusi meja studi Izwan. Matanya memandang wajah sugul Izwan yang tertunduk di bucu katil.

            “ Janganlah begini Izwan. Kalau Zack tahu Wan macam nie, mesti Zack marah tau”

            “ Wan kesal mama. Wan dah janji nak telefon dia waktu dia nak berangkat tapi..ah..kenapalah Wan boleh lupa about important things. I’m dumb, mama”

            “ Wan bersabarlah”

            “ Mama, Wan nak jumpa dia. Wan nak curahkan apa yang……..”

            “ Yang apa ?” potong Mama Sofea. Izwan terhenti seketika.

            “ Biarlah hari ini Wan beritahu mama bahawa Wan dah benar-benar sukakan Zack. Wan rasa hidup Wan tanpa Zack adalah tak bererti. Zacklah yang telah menjadi sinar cahaya Wan sejak Wan pulang dari luar negara. Dialah teman bicara dan dia jugalah teman penghibur. Wan tak boleh lupakan dia” luah Izwan. Matanya bulat memandang foto Zack yang berada di pangkuannya.

            “ Alhamdullilah” tercetus ayat itu dari bibir Mama Sofea. Izwan memandang ibunya tidak berkelip.

            Mama Sofea bangkit lalu menepuk manja bahu Izwan.

            “ Wan telah merealisasikan impian mama, papa, Mama Munirah dan juga Papa Zulkarnain.”

            “ Wan tak faham, mama ?”

            “ Kami telah merancang ingin merapatkan dan menyatukan hubungan dua keluarga ini tetapi kami tidak mahu mendesak kalian berdua. Kami nak this thing happen naturally. And mama dapat rasakan yang si gadis pun dah menunjuk rasa kasih. Now Wan kena take action. Fikirlah sayang !” Sebelum berlalu keluar, Mama Sofea meletakkan sebuah album kecil di tepi Izwan.

            Izwan pantas menyelak helaian demi helaian album itu. Terukir senyum di bibir yang kebelakangan ini ketandusan kegembiran. Matanya bersinar-sinar memandang wajah Zack di dalam gambar yang ayu memakai kebaya biru pemberiannya di hari lahir gadis itu. Yes..akhirnya minah nie tahu apa yang tersirat dalam hatiku.

            “ Mama !!!!!!!!!!!!!!!!!!!”


************

            “ Hoi kau ni dari first time jejak kaki ke sini asyik mengelamun ajer. Termenung sana termenung sini. Ingatkan siapa hah ?” tegur Lin. Gadis itu meletakkan punggung di sisi Zack yang tidak mengendahkan kehadirannya.

            “ Zack, janganlah macam nie. Aku risaulah tengok kelakuan kau ni”

            “ Tak ada apalah Lin. Aku cuma teringat sesuatu ajer ,” balas Zack mahu melegakan kerisauan hati kawannya itu. Jemarinya memutar cincin pemberian Izwan yang menjadi peneman, penghibur dan pendorongnya di sini. Oh..Wan…Macam mana kau sekarang. Adakah kau rindukan aku sebagaimana aku rindukan kau. Abih brutal aku bila teringatkan kau, si teruna impian.

            “ Oi anak dara, mengelamun tu boleh tapi kalau sekarang kita tak beredar lambat ler kita masuk kelas” Lin bingkas bangun. Tangannya menarik tangan Zack.

            “ Iyelah…iyelah…..” Zack beralah. Dicapainya fail di sebelah lalu turut bingkas bangun.

            “ Zack !!!”

            Tegang telinga Zack. Itu suara Wan. Segera gadis itu berpaling. Dari jauh kelihatan Izwan berlari. Mimpi ke aku ni ? Betullah tu Wan. Senyuman comelnya itu cukup aku kenali.

            “ Wan !!!” laung Zack girang. Teman di sebelah tidak dihiraukan lagi. Fail yang berada di tangan dilepaskan. Gadis itu berlari menghala ke arah Izwan yang semakin mendekat.

            Lin ternganga memandang gelagat temannya itu. Terbeliak matanya memandang Zack dan juga lelaki yang dipanggil Izwan itu saling berpandangan dan juga berhadapan. Mmm..patutlah Zack mengelamun sakan rupa-rupanya teringatkan balak macho tu…He..he…..bocor rahsia.

            Izwan mencekak pinggang. Jejaka itu cuba mengatur pernafasan untuk meredakan kemengahan lantaran berlari tadi. Zack turut tertunduk menahan lelah. Beberapa saat kemudian setelah penat reda, kedua-duanya mengangkat muka serentak. Masing-masing saling berbalas senyum. Jelas tergambar kegembiraan yang sungguh luar biasa terpancar daripada sinar mata keduanya.

            “ Aku ada hal penting nak bagitau” Izwan memulakan bicara. Bibirnya terukir senyuman manis.

            “ Samalah dengan aku” Bulat mata Zack menatap wajah Izwan tanpa berkelip biji matanya. Biarlah tika ini aku lihat Izwan sepuas hatiku. Biar hilang rindu yang menggunung dalam dada.

            “ Kau la dulu” He….he…..malu ler plak nak bagitau. Amboi powernya usya orang. Wan tahulah dia tu rindukan Wan sangat-sangat. Wan pun macam tu jugak.

            “ Aku pulak. Buah bicaranya mesti Wan mulakan dulu sebab Wan yang timbulkan soal ni dulu. Betul tak ?”

            “ Macam nilah kita cakap serentak. Nak tak Zack ?” Mata nakal Izwan mengenyit. Zack membalas kenyitan jejaka itu.

            As you wish

            “ OK. 1, 2, 3”

            I LOVE YOU !!” Satu ayat power yang memang mengegarkan dan mengejutkan keluar serentak daripada bibir kedua-dua insan itu.

            Ai…macam tengah tonton drama ajer sekarang nie. Fuh..bertuah aku dapat saksikan siaran live nie.. Ha…ha….korang jangan jeles coz tak dapat nengok. Lin tersenyum kecil. Patutlah angau semacam jer rupa-rupanya ini penyebabnya. Hensem balak Zack nie. Berapa kali daa aku dok puji jejaka tu. Apa-apa hal apa yang terjadi sekarang nie membuatkan aku tertanya-tanya THAT’S ALL I SEE IT’S REAL ?

            Izwan merenung tajam ke dalam anak mata Zack. Gadis berbaju kurung itu tertunduk malu. Syukur le makwe aku nie dah melekat dengan baju kurung. Baru ayu macam wanita melayu terakhir.

            “ Iye ke apa yang Wan dengar tadi ? Tak percaya rasa-rasanya. Agak-agaknya Wan tengah mimpi barangkali” Izwan menyoal nakal.

            “ Wan mimpi la tu. Orang di alam realiti, dia pulak hidup di alam fantasi”

            “ Mimpi pun mimpilah asalkan si jantung hati mengucapkan kata keramat yang telah lama Wan nanti-nantikan dari dulu lagi”

            “ Sama la jugak dengan sorang budak tu. Sekarang baru nak ngaku. Dah berkulat Zack tunggu”

            “ Ala sama-sama tak nak mula dulu. Lupakanlah hal dulu. Sekarang Wan dah datang nie dari jauh so Wan nak Zack layan Wan dengan sebaik mungkin”

            “ Banyak cantik Wan. Ingat Zack nie isteri dia ke ?” omel Zack geram. Pipinya merona merah.

            “ Ha…ha…ha……tak lama lagi termakbullah kata-kata Zack tu. Tunggulah harinya dimana di atas pelamin Wan pengantin lelaki dan Zack pengantin perempuannya. Waduh bestnya !”

            “ Ish ke situ pulak dia. Amboi terlebih caring nampak”

            “ Tak salahkan. Asalkan I LOVE U ‘N’ YOU LOVE ME. Ye tak ?”
            “ Gatal !!!!!!!” Zack pantas mencubit manja lengan Izwan. Jejaka itu tertawa gembira. Bunga kasih yang dulunya ditepis ego kian memuncak berbunga. Tiada lagi persoalan sayang tak ? Dah terbukti sekarang aku sayang dia, dia sayang aku..Hehehehe.....Tak sabar ingin memberitahu mama.

            MAMA, NAK KAHWIN !!!!!!!!!!!!!!!