Saat bersama adalah yang paling TERINDAH....

Saat paling bahagia adalah ketika kita melihat orang yang kita sayangi itu tersenyum dan lebih membahagiakan apabila kita
adalah insan di sebalik senyumannya.

*****Saling menyintailah Hanya kerana Allah
*****Saling menyayangilah Hanya kerana Allah
*****Saling membahagiakanlah Hanya kerana Allah

*******KERANA Hanya Allah-lah yang dapat menumbuhkan
rasa cinta, kasih sayang dan kebahagiaan tersebut.

Saturday, March 30, 2013

Sayang tak ? Part 1



Izwan bersandar di bawah pokok mempelam yang lebat berbuah di laman rumah. Perutnya terasa kenyang menjamah bihun goreng mamanya yang telah sekian lama diidamkan. Matanya menjamah pemandangan halaman rumahnya lalu mencetuskan satu kepuasan diri. Tersenyum lebar apabila telinganya menangkap deru angin yang bertiup lembut. Tinggal dia seorang di rumah. Mamanya telah keluar ke pasar bersama Milah, pembantu rumah mereka. Mama dan papanya ingin mengadakan kenduri kesyukuran sempena kepulangannya ke tanahair dengan selamat.

            Fikiran Izwan melayang mengingati Farhana si buah hati yang telah sama-sama berjuang selama 5 tahun di luar negara menuntut ilmu. Terasa rindu membuak-buak pada gadis periang itu yang telah berangkat pulang ke tanahair sebulan lebih awal daripadanya.

            “ Wan, balik nanti Ana mesti rindu pada Wan. Jangan lupa Ana tau, sayang ” rengek Farhana manja. Kepalanya dilentokkan ke dada Izwan.

            “ Takkanlah Wan nak lupa pada gadis yang Wan cintai sepenuh hati. Ana masih sangsi dengan cinta Wan gamaknya”

            Farhana mengangkat wajah lalu merenungi wajah tampan Izwan. Dia tahu hati kekasihnya itu tersentuh.

            “ Janganlah begini Wan. Ana tak bermaksud begitu. Ana benar-benar yakin pada cinta Wan. Jangan risau OK” pujuk Farhana. Dagu si buah hati diangkat mesra. Senyum manis tersungging di bibir mungilnya.

            “ Hodohlah bila Wan marah. Hilang habis kemachoan Wan. Macam nie Ana nak cari ganti yang lainlah “ Ana mencebik lantas berpeluk tubuh berpura-pura merajuk.

            “ Janganlah macam nie Ana. Wan hanya menguji aje. Tak sangka Ana sayangkan Wan ye!! He..he…”


            “ Siapa lagi nak sayangkan Wan di sini kecualilah Ana. Tak gitu Wan?”

            Yap ! That’s right babey. I Love U

            “ I lap U” balas Farhana terkekeh-kekeh.

            “ Nak nangis le macam nie”

            “ Takde la…Ana gurau aje. I love u so much and no one can separate us.I promise” sahut Farhana mengelus lembut tangan Izwan. Teruna kacak itu tersenyum lebar.

            Izwan tersentak dari lamunan apabila alunan muzik Bollywood kembali berkumandang menjadi halwa telinganya. Sakitnya telinga aku..Kalau pasang lagu orang putih nak juga aku dengar. Ini lagu Bollywood…tak berapa ngam dengan aku. Telinga Izwan terasa panas membara setelah muzik dialunkan semakin lama semakin kuat. Teruna itu bangun dan menapak menghampiri pagar yang menjadi sempadan di antara rumahnya dengan rumah peminat Bollywood tu.

            “ Ooi…makcik ! Slowkan sikit radio tu” pekik Izwan.

            Zack yang asyik mendengar setiap patah kata yang dinyanyikan oleh penyanyi hindustan terganggu dengan jeritan lantang seseorang dari luar. Zack pantas bangun menjengah jendela untuk melihat siapa gerangannya orang yang menjerit tadi. Bulat mata Zack merauti sesusuk tubuh yang berdiri di pagar sempadan rumahnya dengan rumah jiran.

            “ Hoi..awak nak apa?”

            “ Kut iyapun awak ada hi-fi, perlahankan sikit volume tu. Janganlah sampai mengganggu privacy orang lain. Awak tak belajar sivik ke” tempelak Izwan.

            “ Suka hati sayalah. Apa awak peduli. Pagi-pagi lagi dah nak bertekak. Dahlah awak tu stranger kat sini. Tak sedar diri ke !” sembur Zack.
            Izwan terasa pijar mendengar celoteh gadis bercap yang tercegat di tingkap. Terasa seperti mahu dia mencilikan mulut gadis yang berbisa itu.

            “ Payah betul nak berbincang dengan orang yang tak faham bahasa nie. Buang masa saya aje” sindir Izwan membalas sakit hatinya.

            Zack mengetap bibir geram. Eei..Budak lelaki ni memang nak mati. Dah lama sangat hidup kut. Saja je cari pasal dengan aku. Nanti kau..aku nak turun nie. Beradu kekuatan pun tak apa. Aku tak kisah. Ini Zack ler…Takkan mengalah sebelum melawan.

            Bulat mata Izwan memandang susuk tubuh yang baru keluar sebentar tadi memulakan perang mulut. Wajah menyinga gadis itu dipandang jelik. Ala..ingat dia aje yang marah, aku nie lagi hot tau. Mujur tak jadi cam incredible hulk. Kalau tak naya hang. Aku siat-siat jadi serunding.

            “ Hah, sekarang kita face to face. Cakap le apa yang awak bengkek sangan ngan saya. Cakap !!!”gerutu Zack.

            Izwan mencebik. Lagak gadis itu menjengkelkan hatinya. Mujur Ana tak macam budak pompuan nie. Ana adalah gadis yang penuh dengan kelembutan dan keayuan gadis melayu. Yang budak depan aku nie..jantan celup!

            “ Kenapa diam pulak. Bisu ke?”Zack melepaskan peluru berpandu

            Izwan mencegil. Hatinya panas membara.

            “ Awak tak boleh cakap baik-baik ke ? Awak tu perempuan. Jaga sikit perangai tu,” smash Izwan.

            “ Ya alee, apa lu susah. Itu wa punya hal le. Lu boleh blah” cebik Zack.

            “ Woi, takleh cakap baik-baik ker !”
            “ Yang awak hot buat apa ? Aku punya pasal le”

            “ Awak nie teruk betul la. Brain wash karang”

            “ Amboi sedap-sedap je nak brain wash kepala orang. Sendiri kepala tu brain wash le”

            “ Awak tu jantan ke betina ?”

            “ Woi, awak ingat saya nie binatang ke ?”

            “ Memang serupa pun ,” Izwan selamba menjawab lantas memeluk tubuh

            Sial, goblok, bangang…xprs%#&$*”!!!! Geramnya aku !!!!!!!

            “ Mulut awak tu cuba alim sikit. Jangan bagi saya sakit hati, nanti awak pun sakit saya kerjakan.”

            If you dare” cabar Izwan

            “ Oo…Challenge ke nie. OK….you wait ‘n’ see” sahut Zack. Dia segera memanjat naik pagar tinggi yang menghalang rumahnya dengan rumah jejaka itu.

            Izwan terbeliak. Ya Allah…lasaknya gadis nie. Ngalahkan jantan. Takut aku dibuatnya.

            Siap kau bila aku turun nanti. Ini Zack tau…. Dasar tak tau appreciate orang. Ops…mak!!! Terasa dirinya melayang terbang menjunam ke bawah. Zack menutup mata.

            Izwan pantas berkejaran menyambut tubuh gadis itu yang melayang jatuh. Ah..mujur aku cekap menangkap, kalau idak berdebap jatuh mencium tanah le awak. Habis le wajah comel awak tu.


            Aik apsal tak sakit badan aku. Kan ke aku jatuh tadi. Dah mati kut aku nie…tapi…Zack pantas membuka mata. Terpampang wajah jejaka tadi di ruang matanya. Jejaka itu tersenyum lebar. Terasa darah malu menyirap naik ke muka apabila mendapati dirinya dalam dukungan jejaka itu. Ah…suwey betul…. Malu aku….!!

            “ Boleh turunkan saya ?” pinta Zack

            “ Kalaulah saya tak mahu turunkan awak ?” Izwan mahu mengusik gadis itu.

            “ Tak baik yang bukan muhrim bersentuhan” pintas Zack. Gadis itu terus melompat lalu berdiri di depan Izwan.

            Iye tak iye jugak cakap anak dara tu. Malu aku kena tegur.

            “ Terima kasih sebab selamatkan saya ,” ujar Zack lalu pantas berjalan keluar menuju ke pagar utama rumahnya. Izwan terpinga-pinga ditinggalkan gadis itu dengan ucapan terima kasih. La tak jadi gaduh ke..entahlah tadi sebelum budak perempuan tu ada depan aku, punyalah menggelegak kemarahan aku. Alih-alih bila budak tu terpacak depan aku, sejuk terus hati aku yang mendidih marah tadi. Ajaib sungguh….Ish,….ish…ish…. Izwan menggeleng kepala. Dia kembali masuk ke dalam rumah

           
Izwan yang segak berbaju melayu tersenyum manis menyambut kedatangan para jemputan. Papanya riuh bergurau-senda bersama rakan-rakannya. Mamanya pula sibuk melayan tetamu yang datang. Ai jual kerang busuk lak aku. Takpelah bersedekah senyum. Tak rugi kan?

            “ Jom le masuk Zack. Tak baik buat macam nie. Tahu Mama Sofea karang kecil hati dia dengan mak” pujuk Pn Munirah. Tangan anak gadisnya digenggam lembut.

            “ Lecehlah mak. Tengok nie dahlah terpaksa pakai baju kurung. Janggal rasanya” omel Zack. Kain tudung yang berselepang diperbetulkan.

            “ Kan manis Zack pakai baju kurung. Ini tidak hari-hari lanyak seluar jeans dengan t.shirt takpun kemeja. Menyampah mak tengok”

            “ Tu baru cool mak”

            “ Udah tu. Jom kita masuk” Pn Munirah menekan suara. Zack seperti lembu ditarik hidung mengikut langkah ibunya tanpa membantah.

            Pn Sofea berlari pantas menghampiri Pn Munirah sebaik sahaja wajah kawannya itu terpamer di ruang matanya.

            “ Datang jugak bidadari sorang nie. Munirah, where’s your husband ?”

            “ Tu yang tengah asyik bersembang dengan husband you tu”

            “ Biasa le kalau dua orang tu bertemu. Kita pun mereka tak hirau. Jomlah masuk ke dalam” pelawa Pn Sofea.

            Zack yang asyik memerhati terbeliak biji mata bila saja terpandang wajah pemuda yang menyelamatkannya pagi tadi. Siapa dia nie? Anak Mama Sofea ke? Tapi aku tak pernah tengok dia pun kat rumah nie sejak berpindah ke sini 3 tahun yang lalu.

            “ Mama Sofea, siapa budak tu ? Tak pernah pun Zack tengok” Zack memandang manja wajah Pn Sofea. Memang dari dulu Pn Sofea memintanya dipanggil Mama Sofea.

            “ Itulah anak bongsu mama yang baru habis menuntut di United Kingdom. Sebelum nie dia tinggal dengan abang sulungnya yang bekerja sementara di sana. Bila abangnya balik ke sini, dia apply belajar di sana.Pasal tu la Zack tak pernah tengok dia. Dah lama mama berpisah dengannya. Hari nie mama benar-benar gembira.”

            Zack tersenyum turut menumpang gembira. Wajah Mama Sofea direnung mesra. Tangan wanita itu dipegang kejap.

            “ Mama. Mana Kak Erma ?. Zack rindu betul dengan Zira, baby comel tu. Tak tahan rindu nie” Meliar mata Zack memerhati sekeliling cuba mencari kelibat Kak Erma bersama baby comelnya.

            “ Entahlah. Tadi mama nampak mereka ada di taman. Zira sekarang nie udah pandai berjalan”

            “ Zack nak pergi cari mereka berdua. Tinggal dulu” pinta Zack lalu pantas berlari keluar menuju ke halaman. Diperhatikan suasana taman mini rumah Mama Sofea.

            Ish…mana baby nie. Telinga Zack segera tegang menangkap ketawa anak kecil yang dicarinya. Segera terhias senyuman nakal di bibirnya. Nanti kau baby, Kak Zack datang..!! Zack melangkah laju menghampiri arah datangnya suara itu. Seorang lelaki kelihatan sedang bermain dengan baby. Siapa tu ? Dahlah muka dia tak nampak. Agak-agaknya Abg Rizal kut, ayah si Zira. Er…er…but baju tu macam baru aku tengok je. Kat mana hah ??? Ah lantaklah, macamlah aku tak biasa dengan Abg Rizal. Zack pantas menghampiri lelaki itu yang sedang mendukung Zira.

            “ Hai baby. Cayang sikit” tegur Zack pantas mahu mengucup pipi baby. Anak kecil itu mengelak lalu sasaran Zack tersasar ke pipi lelaki itu. Serta-merta pipi Zack merona merah. Zira melonjak gembira dengan menepuk-nepuk tangannya tanpa mengetahui apa yang sebenarnya telah terjadi.

            Tambah mengejutkan lagi Zack apabila dia mendapati lelaki itu adalah pemuda yang menyelamatkannya pagi tadi. Alamak dia lagi. Free-free jer dia dapat ciuman aku. Haprak betul. Rugi…rugi….

            Aduis…killernya budak nie. Semacam nak terbang je aku rasa. Huaaa…Astaghfirullah…jenis pakwe apa aku ni, melupakan Ana kekasih hati.

            Sorry. Saya tak sengaja. Saya cuma nak cium baby tu bukannya teringin cium awak” Zack memberi penjelasan.

            “ Saya tau. It’s okay, saya takkan beri orang lain tahu” sambut Izwan tenang. Jejaka itu cuba menenteramkan gelombang dadanya. Gemuruh beb !!! Gadis manis tetapi lasak itu dipandang sekali lagi. Apa nama budak nie ? Agaknya dia baru pindah ke sini. Waktu aku kecil-kecil dulu tak pernah pun muka tu muncul bermain dengan aku.

            “ Hari ini kita dah dipertemukan 2 kali, itupun secara kebetulan. Saya tak tau lagi nama awak. Nama saya Izwan but just call me Wan. I like that name. Well apa saya nak panggil awak nie?” Laju bibir Izwan berceloteh. Zack menjeling tajam.

            “ Panggil saya Zack”

            “ Nama penuh pulak ?”

            “ Hey..awak pun tak bagi nama penuh awak. Buat apa saya nak bagi tahu nama saya” pintas Zack.

            “ Nama saya…………”

            “ Baby, jom kita makan aiskrim” Zack pantas mengambil-alih tugas Izwan mendukung Zira. Jejaka itu terpinga-pinga ditinggalkan.

            La budak nie….aku baru nak cakap dia dah potong. Nanti kau !!!! Gerutu Izwan. Langkahnya dipercepatkan mengekori langkah Zack.

            Zack cuma melirik tajam apabila Izwan merapatinya. Dia buat-buat sibuk melayan Zira.

            “ Awak nak aiskrim ke ?” pelawa Izwan. Zira meragut aiskrim dari tangan Izwan.

            “ Apa ni baby ? Makan elok-elok. Nanti mama marah”

            “ Awak nak juga ke ?”

            “ Kalau awak nak tolong ambilkan, apa salahnya !”

            “ Emm” Izwan pantas bangun.

            Sepeninggalan Izwan, Zack menatap wajah Zira. Your uncle not very bad. Cute le. Amacam kalau dia jadi member aku. Boleh tak ? Bicara Zack di dalam hati.

            Anak kecil itu mengangguk-angguk seolah memberi jawapan pada soalan hati Zack. Zira meronta mahu berjalan. Zack memegang tangan anak kecil itu dan memimpinnya mengelilingi taman. Zack terhibur mendengar ketawa Zira.

            “ Ops…nasib baik tak berlanggar” tegur satu suara. Zack mengangkat wajah. Izwan tersenyum lebar sambil tangan mengunjuk aiskrim yang dipegangnya.

            “ Nah, aiskrim awak” hulur Izwan mesra.

            “ Terima kasih”

            “ Zack, puas kak Erma cari kau. Rupanya kat sini. Kak nak ambil Zira. Time makan dia sekarang ni” ujar Kak Erma yang muncul dari ruang tamu. Anak kecil itu berlari mendapatkan mamanya. Kak Erma mencium pipi gebu anaknya berulangkali. Segera anak kecil itu didukungnya.

            “ Sekejap lagi kamu berdua masuk tau. Acara dah nak bermula” pesan Kak Erma.

            “ Baik kak” sahut Zack dan Izwan serentak. Masing-masing menyorot langkah Kak Erma sehingga hilang dari pandangan mata. Zack menjilat aiskrim Cornetto yang diberi oleh Izwan dengan penuh selera. Jejaka di sebelahnya tidak dihiraukan. Masing-masing buat hal sendiri.

            La..budak nie bukannya dia nak cakap. Cakap le…takkan aku nak mula dulu kut. Dia tuan rumah patutnya mula dulu.

            “ Saya baru balik dari London. So sekarang ni saya kalau boleh nak…”

            “ Nak kawan dengan saya ? No problem punya” pintas Zack. Izwan terbeliak bila bicaranya dipotong secara mendadak oleh Zack. Tak sempat aku cakap dia dah celah. Macam tau aje apa yang tersirat dalam minda aku nie. Psycho betul budak ni.

            “ Haah,” angguk Izwan mengiyakan. Segera dia tersenyum membalas senyum manis yang dilontarkan oleh Zack.

            Now we friend. Op….lupa lak. Besok Zack nak ke Ipoh. Wan nak ikut tak ?” pelawa Zack.

            Hai senangnya hilang perkataan saya awak tu. Okay jugak ganti dengan panggilan nama. Macam dah lama kenal.

            “ Set. Pukul berapa ?”

            “ 10.00 pagi. Zack ada kerja sikit. Lepas tu kita ronda pekan pulak” usul Zack.

            “ Wan ikut kau aje. Maklumlah Ipoh dah banyak berubah. Ada tempat yang Wan tak tau” Ujar Izwan merendah diri.

            Zack sekadar tersenyum. Tidak lama selepas itu, mereka berdua beredar masuk ke dalam rumah. Kenduri kesyukuran malam itu berjalan dengan lancar.


Izwan memandang kagum perubahan yang terjadi pada bandar Ipoh. Tersenyum sendiri dia. Lama betul aku tak hirup udara Ipoh yang makin bercampur dengan asap kenderaan yang banyak. Tau-tau balik dah indah dan cantik. Lepas nie gerenti aku tak nak ke tempat lain.

“ Hai sorang-sorang je ke ?” tegur seorang gadis yang dengan selamba melabuhkan punggung di sebelah Izwan.

Ish budak nie. Tak tau mana sesat, senang-senang je lepak tepi aku. Mana pulak si Zack nie ? Lambat betul dia nak keluar dari kedai buku DYNAMIK tu. Izwan membatu diri.

“ Ala bang, janganlah sombong sangat. Tak sporting la abang nie” rayu gadis itu lagi. Izwan mula bengkek !!!!

            “ Adik, nie abang nak tegur sikit. Abang tak dapat nak bendung rasa hati  nie. Adik tahu tak cara adik ini tidak bersesuaian benar untuk gadis timur. Adik banyak terikut dengan cara barat yang tidak senonoh tu. Abang nak nasihatkan adik janganlah buat macam nie lagi. Tentu adik masih belajar kan. So abang harap adik tumpukanlah sepenuh perhatian terhadap pelajaran, janganlah fikir nak bercouple-couple nie. Sampai waktunya nanti adik akan mendapat pasangan adik jugak. Adik sebagai anak haruslah menjaga maruah keluarga adik. Jangan senang-senang nak menconteng arang ke muka mereka. Berilah mereka kegembiraan di atas kecemerlangan adik sebab mereka telah bersusah payah membesarkan adik dari kecil sehingga sekarang. Jadilah anak yang berguna. Abang juga nak anak bangsa abang maju dalam pelajaran, hidup dan dalam semua bidang” nasihat Izwan panjang lebar.

            Gadis di sebelahnya mulai teresak-esak. Alamak….ini yang leceh nie. Aku tak tau nak pujuk lagu mana nie.

            “ Sudahlah tu adik. Bawa bertenang” pujuk Izwan.

            “ Terima kasih abang. Saya telah dikejutkan dari mimpi yang panjang ini. Saya akan ingat kata-kata abang tu dan saya akan menjadikan ia sebagai pegangan hidup saya.” Ujar gadis itu sambil menahan sendu.
            “ Kalau ada masa senang, datanglah ke rumah saya” Gadis itu menghulurkan sekeping kad.

            Izwan menatap kad yang dihulur tadi. Segera dia mengukir senyum sambil mengangguk.

            “ Ita harap abang…”

            “ Nama abang Izwan,” Beritahu Izwan bila menyedari gadis itu memandangnya.

            “ Abang akan datang ke rumah Ita nanti ?”

            “ InsyaAllah….Nanti abang akan datang dengan kawan abang”

            “ Mana kawan abang tu ?” Meliar mata gadis itu mencari kelibat kawan Izwan.

            “ Hah itu pun dia. Tunggu abang perkenalkan dia dengan Ita”

            Zack yang melangkah keluar dengan 2 beg plastik besar yang penuh dengan buku melemparkan senyuman pada Izwan yang melepak di bawah pokok. Ai…budak pompuan mana tu. Kawan si Wan kut….Maklumlah orang hensem senang dapat kawan.

            Sorry Wan. Aku lambat sikit” kata Zack meminta maaf

            “ Takpe. Ini aku kenalkan Ita, adik yang aku baru angkat. Ita, ini Zack” perkenal Izwan. Mata Ita bulat menatap wajah Zack yang tersenyum manis.

            Cute le kawan abang ni. Hensem !!!” tutur Ita. Jawapan itu membuatkan Izwan dan Zack ketawa terbahak-bahak. Ita mengerut kening.

            “ Apa yang lucu sangat tu ?” soal Ita ingin tahu.

            Nothing !!!” sahut Izwan dan Zack serentak.
            “ Takpe la abang Izwan dengan abg. Zack. Ita balik dulu yer. Tak sabar nak pegang buku yang dah berabuk kat rumah tu” beritahu Ita dengan gaya nakalnya.

            “ Belajar betul-betul tau. Dah lulus nanti kahwin dengan abang” usik Zack. Lucu…lucu…orang ingat aku ni lelaki…

            “ Apa la abg nie. Ita nak belajar dulu. Tapi bila lulus nanti abang Zack jangan lupa masuk meminang tau” sahut Ita mahu membalas gurauan Zack.

            “ OK. Ita jangan lari pulak nanti” balas Zack.

            “ Ye ke. Tak apalah Ita balik dulu. Assalamuailaikum”

            “ Waalaikummussalam” jawab Izwan dan Zack serentak. Ita terus berlalu.

            “ Siapa budak tu, Wan ?”

            “ Aku pun baru kenal. Aku kaunseling dia tadi”

            “ Pasal apa ?”

            “ Ada ke dia ngorat aku. Bila aku nasihat teresak-esak dia nangis. Nasib baik dia insaf. Aku rasa seronok kerana dah berjaya menyedarkan seorang gadis tentang tanggungjawab dan maruahnya hari ini.”

            “ Anak siapa tu ?”

            “ Anak Datuk. Tentu tak dapat kasih sayang yang sepenuhnya dari keluarga”

            “ Amboi…. Ada tokoh kaunseling kau ni” balas Zack memerli

            “ Tengok kaki ler” Izwan melawan. Terkekeh-kekeh dia menahan ketawa.

            “ Wan, aku nak tanya sikit. Aku ni macam lelaki ke ?” soal Zack serius.

            Izwan memandang wajah Zack. Dipandangnya dari atas ke bawah berulangkali. Kening dikerutkan.

            “ Aku tengok memang macam lelaki. Dengan kemeja dan bertopi gaya lelaki tu. Tapi kalau kau pakai baju kurung, ayu aku lihat”

            “ Ye ke. Tak tau le plak aku,” balas Zack diiringi ketawa.

            “ Jom le kita ronda pulak. Aku lapar ni’ ujar Izwan mengurut perut tanda kelaparan.

            “ Kalau macam tu kita ke kedai makan tu dulu. Isi perut and then baru boleh jalan. Yoo…Let’s go.”ujar Zack beserta gaya tangannya. Perbuatan itu membuatkan Izwan tersenyum melihat. Ah..gadis brutal ni ada-ada saja. Mereka pantas mengatur langkah menuju ke destinasi pilihan untuk menjamu selera. Masing-masing makan penuh berselera.

            “ Nak ke mana pulak lepas nie ?” soal Izwan yang tersandar kekenyangan.

            “ Kita lepak kat Ipoh Parade je la. Tak jauh dari padang MBI. Kan ke ader taman. Ambik angin lepas makan tentu best. Kau nak ngorat pun tak apa” Zack menyeringai.

            “ Ke situ pulak kau. Aku dah ada awek le”

            “ Mana la aku tau. Nanti ceritakanlah pada aku”

            “ Ok Karang. Adik !!!” Izwan memanggil seorang pelayan lelaki.

            “ Zack, aku belanja kau” beritahu Izwan tatkala matanya melihat Zack mengambil dompet.

            “ Kau biar betul !”

            “ Ya, aku belanja coz kau bawak aku berjalan”

            “ Thanks”

            Welcome

            Izwan bingkas bangun bila sahaja pelayan itu memulangkan wang baki. Zack berjalan pantas menahan teksi. Izwan dan Zack pantas menyelit masuk ke dalam teksi.

            Setiba di sana, Zack pantas mencari tempat bersandar untuk menghilangkan penat lelah. Angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa menyamankan mereka. Izwan melabuhkan punggung di sisi Zack yang duduk dengan gaya lelakinya. Jejaka itu mengeluarkan dompetnya. Sekeping gambar kecil dikeluarkan dari celah dompet.

            “ Ini gambar awek aku. Kami sama-sama menuntut di UK dulu”

            “ Cantik orangnya. Padanlah dengan kau. Mana budak nie tinggal ?”

            Canning Garden

            “ Boleh tahan jauhnya dokatnya. Awat dia tak mai masa kenduri hari tu”

            “ Dia ada hal kat kampung”

            “ Apa namanya ?”

            “ Farhana”

            “ Macam mana kau boleh tercrash. Aik macam bodyguard pulak aku soal kau”

            “ Takpe. Lagipun rahsia aku rahsia kau jugak. Aku kenal dengan Ana masa majlis hari raya anjuran diplomat Malaysia di UK. Sejak hari tu kami selalu bersama mengulangkaji pelajaran dan kami sering terlibat dalam aktiviti akademik yang membolehkan kami akrab dalam tempoh yang singkat. Lama-kelamaan tercetuslah bunga-bunga cinta dalam hati masing-masing”

            “ Fuh ayat power giller. Tak jumpa dia ke?. Ajaklah dia keluar. Aku pun nak kenal jugak dengan dia”

            “ Tunggu masa yang sesuai. Minggu depan aku start kerja. Kau tak kerja ker ?”

            “ Siapalah nak ambik muka cam aku nie kerja”

            “ Apsal ?”

            “ He..He..kang bankrap syarikat aku buat”

            “ Ha..yelah tu”

            “ Aku sekarang ni jadi cikgu tuisyen sekejap”

            “ Kau ajar apa ?”

            “ Kimia, Fizik, Math, Math Tamb. dan juga BI”

            “ Auw..killer subject tu. Terrer kau”

            “ Biasak le nak cari makan. Tu yang aku ajak kau keluar tu. Beg plastik yang aku bawa nie sebenarnya buku rujukan yang pelajar aku pesan. Emmm…”

            “ Kenapa pulak tu ?”

            “ Sebenarnya aku tengah tunggu tawaran untuk lanjutkan pelajaran ke luar negeri”

            “ Sabarlah. Ada rezeki ada la tu. Tunggu ajer dan jangan lupa berdoa sama .”

            “ Syok ke belajar di oversea ?”

            “ Best tu best jugak tapi kerinduan pada keluarga pasti membelenggu. Kena tahan le”

            “ Teruk le lagu nie. Nanti bila Hari Raya sure tangkap leleh punya.”

            “ Muka  cam kau nie nak nangis. Biar betul Zack !”

            “ Kau ingat aku tak boleh menanggis. Kecik-kecik dulu kan aku ni baby yang sangat suka menanggis tak kira masa. Tak caya tanya mak aku ?”

            “ Nanti aku tanya Mama Munirah, betul tak anak dia nie kaki nanggis dulu ?”

            It’s up to you ,” cebik Zack. Izwan tertawa lucu demi melihat wajah Zack yang monyok itu.

            “ Eeii ! Geramnya aku dengan pipi kau tu. Rasanya nak dicubit-cubit aje” dengus Izwan. Tangannya pantas mencubit pipi Zack.

            “ Adoi ! Woi apa nie ? Memang kau ni nak kena !” tempik Zack. Izwan berlari bagi menyelamatkan diri. Zack terus mengejar dari belakang.

            Aku dapat karang siap kau Izwan !!!!!!!

            Run….run…run…run for your life !!!! jerit Izwan disertai gelak ketawanya.
 


            Zack rancak menerangkan teori Pengamiran kepada Jefri, Liza, Mona, Ridzuan dan Aisa apabila telefon menjerit-jerit minta diangkat. Zack mendengus. Ganggu konsentrasi aku je. Dibiarkan saja telefon berdering mengharapkan agar diangkat. Zack mengerut kening apabila telefon terus juga berbunyi. Mana mak nie ? Tadi dia ada kat dapur tetiba jer ghaib pulak.

            Liza yang berada berdekatan telefon pantas mengangkat gagang.

            “ Assalamuailaikum. Zack ada ?” Terdengar bicara suara lelaki di pendengaran Liza. Gadis itu memandang wajah Zack yang turut memandangnya dengan penuh tanda tanya.

            “ Waalaikumussalam. Tunggu yer” Mulut comel itu menjawab.

            “ Kak Zack, call for you” beritahu Liza

            “ Siapa ?” Bulat mata Zack menatap wajah Liza.

            “ Tak tau la Kak Zack. Liza tak tanya siapa pun”

            “ Takpe la. Teruskan buat latihan. Tak dapat buat tanya Kak Zack tau,” pesan Zack sebelum mengambil gagang daripada Liza. Dia melabuhkan punggung di kerusi kecil yang bersebelahan dan sedia ada di sisi meja telefon.

            Hello, siapa tu ?”

            “ Aku la”

            “ Hei..awak jangan nak main-main nie. Saya ada kerja nie”

            “ Takkan lupa kan minggu lepas kita jumpa di bandar”

            “ Awak nie gila apa. Muka awak pun saya tak kenal”

            “ Awak kenal sangat dengan saya. Takkanlah dah lupa ?”

            “ OK Fine. Awak cakap le sorang-sorang ye. Saya nak hang-up” ugut Zack. Peluh memercik halus di dahinya.

            “ Apa la kau ni Zack. Suara aku pun tak cam. Nie Wan la”

            “ Kau ke ? Sorrylah. Mana aku nak cam suara kau, niekan first time kau call aku. Apa la….”

            “ Ye ke ? Tak ingat le plak. Jangan marah nanti kena jual. He…he…he…”

            “ Ooo…gelak ye. Amacam kerja. Orait tak ?”

            “ Pening-pening. Rasa nak tertonggeng je”

            “ Ish…ish..teruknya. Meh la aku tolong”

            “ Tolong picitkan ke ?”

            “ Malam sikit aa….tolong hempuk kepala tu bolehlah. Don’t worry after that tak rasa sakit dah”

            “ Apsal pulak ?”

            “ Coz dah mati. Hah…hah…ciannya.”

            “ Waa……..teruknya kau ni Zack”

            “ Wan tengah buat apa ?”

            “ Tengah sembang dengan Zack”

            “ Pandai dia kenakan kita. Takpa..”

            “ Oklah, sebenarnya Wan boring nie. Kerja yang papa suruh buat dah settle dah. Coz tak ada kerja nie yang Wan call Zack. Nak kacau le hilangkan boring.”

            “ Banyak le dia. Tahu tak Zack tengah mengajar nie. Kesian anak-anak murid Zack nanti”

            “ Sorry le………..”

            “ Alamak sayunya suara. Nanggis ke ?”

            “ Tak ada la. Practice buat suara syahdu coz nanti senang nak tackle awek”

            “ Ye la tu. Farhana mahu dihumban tang mana ? Cakap senang ler”

            “ Hancus !!!!! Baru nak berangan, Zack dah potong line

            “ Kita pulak kena marah. Apsal call nie ? Mesti ada tujuan selalunya”

            “ Yupp…betul tu. Keluar tak petang nie ?”

            “ Tak. Lepak rumah ajer. Apsal ?”

            “ Keluar le. Wan nak belanja KFC sempena first day Wan bekerja. Boleh tak ?”

            “ Ai…kalau pasal makan anytime. Pukul berapa ?”

            “ Amboi..buruk melantak”

            “ Cakap baik sikit aaa… Tak keluar karang !”

            “ Tuan puteri brutal dah marah. Gini le, Brutal Princess wait for me kat KFC pekan. Jam 5.00 petang. Ingat tau”

            “ Ye la tuan putera Macho oi. Udah le tu jangan bergayut sangat. Melambung bil telefon syarikat tu karang”

            “ Ada ka bergayut kena bayar. Pokok kan ke banyak tambahan lagi dalam hutan nun. Free je boleh gayut, tak payah bayar pun”

            “ Ei…geramnya. Tunggu le Zack pekena dia balik” cebik Zack. Hatinya geram mendengar ketawa Izwan. Asyik terkena aje aku hari nie. Nasib…nasib….

            “ Ok le, orang dah merajuk. Jumpa petang nie. Jangan lupa. Bye Brutal Princess !!!!”

            Bye too Prince Macho

            Bye…bye…”

            “ Udah le tu. Letak le gagang”

            “ Amboi bengkengnya, tapi takpa. See you !”

            “ Klik” gagang di sebelah sana diletakkan. Ha letak pun. Yes…yes…bestnya dapat makan percuma petang nie.

            “ Siapa call tu, Kak Zack. Pakwe ye ?” usik Liza. Yang lain turut tersenyum mengusik.

            “ Mana ada. Tu best friend Kak Zack. Baru kenal but dah kamceng. Udahlah tu, kamu semua ni mengarut aje. Buat tugasan yang Kak Zack suruh tadi”

            “ Ala Kak Zack nie teruklah”

            “ Tak kira. Ikut cakap Kak Zack”

            “ Ok…ok….” Sahut Ridzuan. Yang lain mengangguk.

            “ Kak Zack !!” panggil Jefri

            “ Apa Jefri ? Yang mana kamu tak faham ?” soal Zack bertubi. Wajah selamba Jefri dipandang tegas.

            “ Bila nak makan nasi minyak nanti jangan lupa bagitau kami semua” lancar anak muda itu bersuara. Yang lain turut ketawa mengikut Jefri yang asyik menahan senak.

            Zack tersentak. Aduuii……………


****************
            Peluh halus mula memercik di dahi Izwan. Hatinya digaru keresahan. Risau menunggu bebayang seseorang. Dia terus mundar-mandir di depan KFC tanpa memperdulikan pandangan mata-mata yang berada di dalam KFC. Mana budak nie ? Apsal tak datang lagi ? Terkandas kat mana pulak ? Apa halangannya dan ?????? Pening…pening…!!!!

            Ha..ha…ha..tadi dalam telefon pekena aku. La ni aku pekena kau balik. Jadilah pak guard KFC tu kejap. Padan muka. Zack memeluk tubuh di sebalik public phone tidak jauh dari KFC sambil mata melihat gelagat Izwan dari jauh.

            Alamak dah jam 5.25 ptg nie. Lagi 5 minit lagi tepatlah setengah jam aku mundar-mandir depan KFC. Macam pak guard le pulak rasanya. Jadi ke si Zack tu datang. Kalau datang mana pulak batang hidungnya. Teruk…teruk…Izwan menggeleng. Tiba-tiba matanya bersinar girang apabila wajah Zack berada di ruang mata. Datang juga brutal princess. Buat prince Macho gabra je.….

            Zack melambaikan tangan pada Izwan. Teruna itu tersenyum lebar. Wajah yang mencuka tadi kembali ceria.

            “ Kenapa datang lambat ?” soal Izwan tanpa bertangguh lagi bila Zack berada di samping.

            “ Zack memang datang awal. 5 minit sebelum 5 ptg”

            “ Tak nampak Zack pun. Tunggu kat mana ?”

            “ Zack lepak kat public phone tu. Wan tak nampak Zack tapi Zack boleh nampak Wan. Semua gelagat Wan tadi semuanya Zack nampak. Cian dia jadi pak guard. Best tak ? Kih…kih…kih…”

            “ Ooo Zack pekena Wan ye. Nie kes balas dendam le ni”

            “ Mestilah. Baru fairkan”
            “ Takpa. Ada keretapi ada bas mini, ada hari Wan akan balas nanti. Siap le” omel Izwan. Zack mendiamkan diri memandang Izwan yang masih marah. Matanya tidak berganjak merauti Izwan. Pemuda itu jugak turut memandang Zack. Mereka saling berpandangan.

            Amboi nak lawan mata dengan aku. Takpe nengoklah sapa yang kalah nanti. Zack nie bukan sebarangan tau.

            Ish killernya Zack tenung aku. Tak larat aku nak tepis. Give up le, lagi pun aku tengah lapar giller nie.

            Stop aaa. Jom kita masuk dalam & order makanan”

            “ Yea..Zack menang !”

            “ Malas Wan lawan. Perut dah lapar sangat nie”

            “ Iye ke. Tak lunch ke tadi ?’ bulat mata Zack memandang Izwan. Jejaka itu menggeleng.

            “ Siapa suruh tak makan ? Tengok siapa yang susah sekarang”

            “ Siapa ?”

            “ Zack lah. Orang kebulur Zack bagi dia lagi kebulur. Jom masuk. Perut tu kena isi dulu. Kang ada problem sakit tak dapat pulak bekerja. Nanti siapa nak belanja Zack lagi. Keh..keh..keh…”

            Izwan turut tergelak. Dalam caring tu ambik kesempatan jugak. Teruk betul brutal princess nie.

            Zack spontan memaut lengan Izwan lalu mengheret jejaka itu masuk ke dalam KFC tanpa memperdulikan pandangan orang ramai yang sedang mengadap hidangan di dalam restoran makanan segera itu.

            Izwan hanya membiarkan sahaja. Biasak ler sesama geng. Tak gitu beb !

            Zack tersenyum memandang pekerja KFC yang mengambil pesanannya. Hensem jugak pakwe KFC nie ye. Meh aku usya sikit biar dia gabra. He…he..he..Yes !! Berjaya beb. Dah tertunduk-tunduk memandang meja. Takkanlah takut dengan mata aku nie. Tak killer la…..

            Ok Miss, you can take your order” ujar pakwe KFC tu malu-malu.

            Thanks. Bye cayang !!!” Usik Zack. Pakwe KFC tu terseringai. Izwan yang berada di sisi Zack tersengih lebar. Dia cuba menahan ketawa daripada dihamburkan. He…he…he…

            “ Zack, kau ni jahat la. Ada ka patut kau buat pakwe tu macam tadi. Tak baik”

            “ Tak kiralah Wan. Geram aku nengoknya. Macam hero hindustan pulak mukanya” balas Zack yang baru melabuhkan punggung di hadapan Izwan. Pemuda itu mula menghirup air Coke.

            “ Tak patut kau ngorat dia. Lebih baik ngorat orang lain”

            “ Abih tu nak ngorat sapa lagi ?” Zack mengerut kening tidak faham maksud Izwan.

            “ Orang yang dekat pun ada”

            “ Siapa ? Siapa ?” soal Zack sambil kepala berpusing ke kiri dan ke kanan mencari orang yang dimaksudkan oleh Izwan.

            “ Zack tu cari siapa ? Comel pulak muka dia bila buat cam tadi. Dengan mata dia yang bulat tu, ish….geramnya” Izwan tersenyum lebar.
            “ Manyak le Wan. Ngada-ngada. Siapa yang Zack nak ngorat nie ?”

            Izwan ketawa. Keningnya diangkat berkali-kali. Ibu jarinya ditegakkan dan dihalakan pada dadanya.

            Zack terbeliak. Mengarut betul Wan nie. Tak betui gamaknya.

            “ Wan ke orangnya ?”

            “ Iyelah. Buat apa cari yang jauh-jauh, yang dekat pun ada”

            “ Chit never ! Malam sikit aa”

            “ Ai rasa-rasanya ponah dengar dialog tu. Dalam filem apa hah ?”

            “ Kuch Kuch Hota Hai”

            “ Yang Shah Rukh Khan dan Kajol berlakon tu”

            “ Haah…tak lupa gak Rani Mukherjie. Lagu dia best tau. Jalan cerita pun seronok – romance, relationship, sadness and happy go lucky

            “ Iye ???”

            “ Iyelah. Cepat makan tu. Yang tengok-tengok orang lagi tu apsal ?”

            “ Ye le…..” sahut Izwan membuat intonasi suara seperti iklan shieldtox.

            “ Wekk” Zack menjelir lidah. Tangannya pantas mencapai ayam goreng lalu meratahnya tanpa memperdulikan Izwan yang masih tersenyum memandangnya.

No comments:

Post a Comment