Saat bersama adalah yang paling TERINDAH....

Saat paling bahagia adalah ketika kita melihat orang yang kita sayangi itu tersenyum dan lebih membahagiakan apabila kita
adalah insan di sebalik senyumannya.

*****Saling menyintailah Hanya kerana Allah
*****Saling menyayangilah Hanya kerana Allah
*****Saling membahagiakanlah Hanya kerana Allah

*******KERANA Hanya Allah-lah yang dapat menumbuhkan
rasa cinta, kasih sayang dan kebahagiaan tersebut.

Saturday, March 30, 2013

Sayang tak ? Part 3



“ Zack ! Dengar tak aku panggil nie ,” Izwan gelisah. Zack tidak bersuara menyahut panggilan. Izwan memegang kejap tangan Zack yang melingkari pinggangnya sebagai langkah berjaga-jaga agar Zack tidak jatuh ke belakang. Terpaksa dia menggunakan kepakaran dan kepandaian untuk mengawal motosikal itu. Sesampai ke hospital, Zack segera dibawa masuk ke dalam wad kecemasan. Izwan mundar-mandir di pintu masuk wad kecemasan. Tidak lama kemudian Anuar tiba bersama Ana.

            Anuar dan Izwan gelisah menanti Zack keluar. Kedua-duanya mundar-mandir. Ana yang memerhati nak jadi pening dibuatnya. Sorang ke sana sorang ke sini sat sana sat sini. Adui…adui….

            Pintu terkuak dan sesusuk tubuh laju menghambur keluar. Anuar dan Izwan terperanjat. Kus semangat aku ! Brutalnya doktor nie, rungut Ana sendirian. Terbeliak biji matanya bila doktor tekaannya itu ialah Zack. Masya-Allah budak nie. Bikin gimik betul.

            Zack tersenyum menatap tiga wajah yang terpaku melihat dirinya. Sebentar kemudian barulah seorang doktor menyusul keluar. Bibirnya menguntum senyum.

            “ Ok Zack, take care yourself. Saya peliklah. Selalunya kes yang macam awak nie, teruk kesan sampingannya. Awak nie macam tak sakit pun. Hm…hm….”

            “ Saya nie anak superman kut. Ha…ha…” ketawa Zack.

            Izwan menghampiri. Anuar turut juga mengikut.

            “ Doktor, takde effect ke ?” Izwan menyuarakan persoalan yang bertapak dalam kepalanya.

            Effect apa ?” Doktor itu tidak faham maksud Izwan. Pemuda itu memberi isyarat menunjukkan kepala.

            “ Ooi…kau ingat aku ni sewel ke ? Teruknya” bentak Zack.
            “ Aku tanya je. Sebagai langkah berjaga-jaga, apa salahnya”

            “ Jangan risau tiada apa-apa. Mungkin tengkorak kepalanya keras macam batu. Kih…kih…” sahut doktor dengan ketawanya.

            “ Perli nampak. Takpa I’m cool” Zack mengurut dada menenangkan amarahnya.

            “ Oklah doktor. Saya kena bawa dia balik dulu. Kalau ada something wrong saya akan bawa dia balik checking. Ok kan ?” tutur Izwan.

            “ Itu yang sebaiknya. Jumpa lagi” Doktor itu terus berlalu.

            “ Alamak Zack macam pahlawan pulak muka kau. Tanjak dia siap lagi warna putih. Oweiz dalam tv warna hitam. Fesyen mana nie,” usik Anuar.

            “ Tu la abang. Ni pahlawan Zack Zip Zac tau, suka sangat beli kaset, lantai rumah pakai mozek, akhir sekali kena reject. Ha..ha….” Zack menghambur ketawa. Rasa ngilu lukanya yang mula terasa terus hilang.

            Izwan menggeleng. Bibirnya terukir senyuman lucu. Time sakit pun still buat lawak.

            “ Woi, jom blah ler. Apa kelas lepak kat hospital. Lebih baik balik rumah tidur” rungut Zack. Dah le aku tak gemar bau ubat-ubat nie. Kang rasa tak sakit boleh jadi sakit sesangat. Baik blah awal-awal.

            “ Anuar, jom ikut kami” pelawa Izwan.

            “ Ok sahaja” Pemuda itu memberi persetujuan.

            “ Ana pulak macam mana ?” Pandangan mata di hala pada wajah kekasih.

            “ Nak balik la. Letih tengok drama spektra hari nie. Baik balik relax kat rumah. Hati pun tak sakit” sindir Ana. Izwan hanya mengerut kening.

            “ Biar Wan hantar”

            “ Ana boleh balik sendiri”

            “ Wan, biar aku balik dengan Anuar. Kau hantar Ana balik. Jumpa di rumah nanti ,” usul Zack untuk menyelamatkan keadaan.

            “ OK” Izwan memberi persetujuan.

            Zack beredar bersama Anuar.

            Izwan menarik tangan Ana setelah tubuh Zack dan Anuar sudah tidak kelihatan. Sepanjang perjalanan Ana hanya mendiamkan diri sahaja. Izwan pula tekum memandu. Ana menjeling. Amarahnya kian melonjak dengan sikap Izwan yang membisu.

            “ Hm..apa semua manusia di muka bumi ini sudah bisu ke? Nak cakap pun susah !” bentak Ana.

            Izwan beralih memandang wajah Ana. Kenapa sikap Ana berubah tiba-tiba nie. Dulu takde pun sindiran berbisa. Sekarang mulutnya bisa kemain !

            “ Kenapa Ana ? Wan tengok macam ada masalah. Apa masalah Ana ? Bagitau le Wan” pujuk Izwan lembut.

            “ Ana bermasalah ke atau Wan. Jangan nak berselindung. Wan yang berada di sebelah Ana sekarang nie berbeza dengan Wan yang Ana kenal dulu”

            “ Apa yang bezanya Ana. Wan tetap Wan, takde yang berubah”
            “ Wan tidak perasan perubahan Wan. Ana yang paling rasai. Perangai Wan dah lain. Tak macam dulu. Dulu Wan serius, romantik, lembut. Tak pernah sekali pun menengking macam tadi. Dulu jugak Wan akan pujuk Ana sampai Ana senyum. Sekarang nie Wan buat Ana macam tunggul kayu ajer. Apa tengok Ana nie tak ada harga diri ke? Ana tak marah Ana diperbudakkan tapi tolonglah kembalikan Wan yang dulu pada Ana. Please be yourself” rayu Ana setelah meluahkan isi hatinya.

            “ Wan sekarang adalah Wan yang dulu. Mana ada perbezaan. Let me explain,Wan tidak mahu lagi menjadi hipokrit terhadap diri sendiri. Perangai Wan dulu adalah samaran sahaja kerana sekarang Wan sedar apakah karektor sebenar diri Wan. Wan bukan lagi ingin berpura-pura seperti dahulu. Wan sekarang lebih berfikiran positif”

            Ana merengus.

            “ Wan tengok mata Ana tepat-tepat. Adakah perubahan Wan nie berpunca daripada budak pompuan bedebah tu ?” tekan Ana. Matanya bulat. Api kemarahan terpancar di matanya.

            “ Manusia berubah mengikut nalurinya sendiri tanpa pengaruh daripada sesiapa pun. Tak baik Ana tuduh Zack macam tu. Dia gadis baik”

            “ Betul le tekaan Ana. Wan tak sayangkan Ana lagi ,” tutur Ana perlahan. Sebentar kemudian mulalah kedengaran esak tangis Ana. Terhenjut-henjut bahu Ana menahan sebak.

            Izwan diam sahaja. Ingatkan nak rapatkan kembali hubungan dulu tapi peristiwa di Ulu Kenas tadi mengeruhkan keadaan. Cemburu adalah dulang masalah ini. Biarkan Ana bertenang dahulu baru aku akan cuba memujuknya kembali.

            Ana pantas membuka pintu kereta sebaik pajero berhenti di halaman rumahnya. Izwan segera memegang tangan Farhana.

            “ Ana, sesungguhnya aku mencintaimu sepenuh hati”

            Ana menarik tangannya tanpa memberi respon pada ucapan Izwan. Gadis itu segera masuk ke dalam rumah tanpa menoleh ke arah Izwan yang menunggu di dalam pajero.

            Izwan muram melihat gelagat si buah hati. Segera memecut pajero ke jalan besar.

            Ana mengintai dari celah langsir tingkap. Bibirnya terukir senyuman. Airmata yang mengalir keluar segera di sapu. I LOVE U too so much……..



*************

            Pn. Munirah sibuk memotong sayur, manakala Pn. Sofea sibuk menyapukan ramuan pada ayam yang bakal dipanggang pada malam nanti. Selesai memotong sayur Pn. Munirah sibuk memeram ikan keli yang telah siap disiang dengan kicap dan asam jawa.

            “ Sofea, malam nie ber’barbeque le kita. Tak sabar tunggu Izwan dan Zack balik”

            “ Yelah. Munirah, kau dah siapkan ke pencuci mulut ?” soal Pn.Sofea. Peluh yang menjalar pantas dikesat.

            “ Belum lagi Sofea. Sekejap lagi aku buat,” Pn. Munirah bersuara. Tiba-tiba hatinya terasa tidak tenteram. Fikirannya bagai ditarik ke tempat lain. Pinggan yang dihulurkan oleh Pn. Sofea dibiarkan tidak bersambut. Akibatnya pinggan itu pecah berderai jatuh ke lantai. Pn.Sofea mengangkat muka. Wajah teman baiknya dipandang tepat.

            “ Kenapa Munirah ? Lain macam ajer aku tengok kau”

            “ Entahlah Sofea. Tetiba saja aku tak sedap hati. Ada sesuatu terjadi pada Zack barangkali. Mana anak aku ?” luah Pn. Munirah. Matanya mula berkaca.

            “ Jangan fikir macam tu. Tak baik” pujuk Pn. Sofea

            “ Assalamuailaikum !!” Terdengar laungan dari ruang tamu. Pn. Sofea segera menyahut. Pantas wanita itu bergegas ke depan.

            “ Masya Allah Zack. Munirah !!!!” Pekik Pn.Sofea tatkala melihat Zack yang tersenyum di muka pintu. Pn. Munirah terburu-buru keluar. Cemas hatinya mendengar pekikan Pn.Sofea.

            Biji mata bulat menatap wajah anak gadisnya yang berdiri di muka pintu. Segera wajahnya pucat. Bagai tak cukup tanah dia berlari mendapatkan anak kesayangannya itu.

            “ Apa dah jadi Zack. Kenapa berbalut macam nie ?” soal Pn.Munirah tanpa dapat ditahan. Airmatanya mula merambu keluar. Wajah Zack terus diusap.
            “ Janganlah menanggis mak. Zack oklah” jawab Zack untuk menyedapkan hati ibunya.

            “ Apa yang berlaku Zack. Mana Izwan ?” laju Pn.Sofea bertanya. Perasaan marah mula bertapak mengingatkan Izwan tidak menjaga keselamatan Zack seeloknya.

            “ Begini makcik. Semasa di Ulu Kenas tadi, Zack terjun dalam air. Tak sangka pulak bawah tu ada batu. Jadi Zack terhantuk pada batu. Zack juga hampir lemas kerana kakinya terbelit oleh akar pokok ketika cuba hendak berenang ke permukaan. Mujur Izwan pantas bertindak. Kalau tidak saya pun tak boleh nak cakap” terang Anuar yang baru muncul di sebelah Zack.

            “ Siapa nama anak ?”

            “ Saya Anuar, makcik. Member Zack dan Izwan” perkenal Anuar penuh sopan.

            “ Izwan mana ?”

            “ Mama Sofea jangan gabralah. Izwan pergi hantar awek dialah ,” kata Zack menutup mulut Pn.Sofea.

            “ Mak janganlah nanggis lagi. Zack tak suka tau. Jangan risaulah. Zack tak ada apa-apa. I’m fine u know ,” pujuk Zack. Pn.Munirah mulai tenang. Airmatanya yang mengalir di pipi segera dikesat oleh Zack. Senyuman kembali berbunga di kelopak bibirnya.

            “ Lain kali berhati-hati. Anuar, kenapa kamu tak tegur budak Zack nie ?”

            “ Saya dengan Izwan dah bagi amaran tapi dia nie jenis tak makan saman, makcik” terang Anuar. Zack menjegilkan biji mata.

            “ Zack memang nak kena nie. Lain kali kalau buat lagi, mak cubit-cubit dia” Pn.Munirah memberi amaran. Zack tersenyum.
            “ Cubit-cubit sayang !!!” jawab Zack spontan. Berderai ketawa Pn.Sofea, Pn.Munirah dan Anuar. Zack turut serta ketawa.

            Anuar meminta diri untuk pulang ke rumah makciknya namun sempat berjanji akan datang pada malam nanti. Zack membaringkan diri di sofa setelah dimarahi oleh ibunya dan Mama Sofea ketika dia menawarkan diri untuk menolong mereka di dapur. Mereka berdua menyuruhnya berehat sahaja. Letak-letak kepala je terus belayar ke alam fantasi.

            Izwan meletak kereta ke dalam garaj. Jejaka itu melangkah lemah masuk ke ruang tamu. Tersenyum seketika ketika terlihat wajah Zack yang tertidur pulas di sofa. Hajat yang pada mulanya mahu naik ke bilik tiba-tiba terbantut. Izwan pantas melabuhkan punggung di sofa yang berhadapan dengan sofa di mana Zack tidur. Wajah gadis itu dipandang lama. Hatinya yang gelisah segera tenang setenang air biru di tasik. Comel betul anak dara nie tidur.

            Izwan membaringkan tubuhnya di sofa dan tidak lama selepas itu juga turut terlena. Hilang sebentar masalah Ana.

            Pn.Sofea yang kebetulan hendak menutup pintu terperanjat melihat Izwan yang tiba-tiba ada tanpa diketahui bila baliknya. Menggeleng kepala si ibu melihat baju yang membalut tubuh anaknya. Sahih darah Zack tu. Tergerak hati ingin mengejutkan anaknya tetapi tidak sampai hati. Biarlah dia tidur sepuas-puasnya. Bola mata Pn.Sofea terarah pada Zack pula. Terbuah senyuman dari bibir Pn.Sofea. Pantas dia kembali ke dapur dan memberitahu Pn.Munirah. Kedua-dua ibu itu kembali semula ke ruang tamu. Masing-masing memandang Zack dan Izwan silih berganti. Pn.Sofea laju mencapai kamera yang kebetulan berada di meja tepi tingkap. Pantas dia menjadi jurugambar profesional menangkap gambar Zack dan Izwan yang tidak sedarkan diri. Pn.Munirah menahan ketawa gelihati dengan telatah Pn.Sofea.

            “ Ada juga kenangan nanti” ujar Pn.Sofea lembut. Tangannya kembali menekan punat kamera. Habis satu gulung filem hanya dengan gambar Zack dan Izwan.

            “ Bagus juga kau buat macam tu Sofea. Lepas cuci nanti kita tunjuk pada mereka. Mesti masa tu muka masing-masing merah padam”

            “ Jom kita keluar sekejap” ajak Pn.Sofea.

            “ Nak ke mana ?” Naik hairan Pn.Munirah dengan ajakan Pn.Sofea.

            “ Nak cuci gambar. Aku nak cuci dua salinan. Aku nak bagi seorang satu”

            “ Ok juga. Lagipun aku nak beli buah untuk malam nie. Baik kita pergi sekarang”

            Pn.Sofea mengangguk setuju. Pantas dia mengambil kunci kereta. Kedua-duanya berbalas senyum. Pn.Sofea terus menghidupkan enjin kereta dan menghalakan kereta ke bandar.

@@@@

            Suasana meriah di halaman rumah En.Haizal. Dua keluarga bergabung dalam satu pesta. Semua ahli keluarga En. Haizal dan En. Zulkarnain turun berkumpul. Masing-masing rancak berbual.

            Ada yang memanggang ayam, ada yang memanggang ikan keli, ada juga memanggang sosej dan macam-macam lagi. Zack, Izwan dan Anuar rancak berbual sambil meratah ikan keli.

            “ Zack, amacam dengan kepala kau. Senget ke straight” usik Izwan nakal.

            “ Takkanlah kau tak tahu. Aku ni straight mana main belok-belok ,” celoteh Zack. Mulutnya comot dengan kicap yang terdapat pada ikan keli bakar.

            “ Tapi ada yang kau tak straight” tutur Izwan cuba serius.

            Mata Zack bulat menatap wajah Izwan yang serius. Hm..apa yang aku tak straight hah ? Musykil aku.

            “ Wei, apa yang tak straightnya” cebik Zack.
            Izwan spontan ketawa. Telatah Zack mencuit hatinya.

            “ Kah..kah…Zack, kau ni kalau jalan tak pernah straight. Sekejap ke kiri sekejap ke kanan ,” ujar Izwan beserta ketawanya yang masih berlanjutan.

            “ Astabonita. Otak aku dah program macam tu. Nak buat macam mana lagi. Takkan aku nak tukar program aku. Ambik masa ooo….barangkali Wan berjanggut sampai 3 meter pun, otak Zack tak set lagi ,” ala selamba biawak Zack menjawab.

            Apalagi kedengaranlah ketawa Anuar dan Izwan tetapi ketawa Izwan adalah paling kuat. Ish..ish…memang tak reti cover betul, Zack menggeleng sendiri.

            “ Sudahlah tu Zack. Izwan, kau pun satu kuat menyakat. Dahlah jawapan Zack semuanya lucu. Ikan keli aku ni pun tak habis-habis lagi. Asyik gelak aje. Putuslah urat kentut aku. Ops !!”

            Zack terbahak-bahak mendengar rungutan Anuar. Izwan menekan-nekan perut. Ketawanya masih tidak berhenti. Tak tertahan sehingga menepuk-nepuk meja. Anuar turut menyambung ketawa.

            Pn.Munirah dan Pn.Sofea pakat menggeleng melihat telatah anak bongsu mereka. Selagi boleh ketawa sampai tak ingat dunia.

            “ Teruk betul kau ketawa, Wan” komen Zack. Tangannya pantas menolak bahu Izwan yang masih tersengguk-sengguk menahan ketawa.

            “ Kih…kih…aku tak boleh cover. Ei..teruknya” jawab Izwan lantas menyambung ketawanya. Zack turut ketawa. Begitu asyik tiga sekawan itu ketawa tanpa menyedari dua orang ibu menghampiri.

            “ Zack, Wan !” Kedua-duanya bersuara serentak. Zack dan Izwan memandang kedua ibu mereka. Namun ketawa masih berbaki.
            “ Ada apa mama ?” soal keduanya serentak.

            “ Nak hadiah daripada kami ?” Pn.Sofea menghulurkan dua bungkusan pada Zack dan Izwan.

            “ Hari jadi kau ke ? kedekutnya nak bagitau kat aku”

            “ Mana ada Zack. Hari jadi aku lambat lagi. Hari jadi kau barangkali. Amboi marah aku tak bagitau, kau tu sembunyi-sembunyi”

            “ Hari jadi aku belum lagi laa…”

            “ Aik….” Izwan dan Zack saling berpandangan. Mata keduanya di arah bersama ke wajah kedua-dua ibu yang tersenyum manis itu.

            “ Hari jadi siapa ?” Tercetus soalan yang sama serentak dari mulut Zack dan Izwan.

            “ Saja je kami bagi. Bukalah. Mama minta diri dulu” ujar Pn.Sofea yang kemudian memimpin Pn.Munirah untuk menyertai suami mereka.

            “ Bukalah Zack dan Wan. Aku pun nak tengok”

            “ Ei…tak malu nak nengok hadiah orang” Zack mengaju percakapan gaya budak-budak. Izwan mula mengoyak kertas pembalut. Zack turut mengikuti langkah Izwan.

            “ Laa…album gambar. Aku ingatkan apa ?” bebel Zack. Dia membelek kulit album kecil itu.

            “ Hm…cantik jugakkan. Mesti mak aku pilih”

            “ Kau ni banyak songeh Zack. Cuba kau tengok dalam,” arah Izwan. Dia membuka sehelai demi sehelai. Bulat matanya menatap foto yang terdapat di dalamnya.
            Zack meneguk liur. Teruk betul mak pekena aku. Mana adil nie !

            “ Mak !!!!!”

            “ Mama !!!!!”

            Wajah Zack dan Izwan merah padam. Pn.Sofea dan Pn.Munirah ketawa terkekeh-kekeh. Anuar mengambil album dari tangan Izwan lalu segera membelek satu persatu.

            “ Ha..ha…ha..cute !!!” ketawa Anuar.

            Izwan dan Zack mengarahkan pandangan ke arah Anuar. Segera mereka menerkam Anuar yang terbahak-bahak ketawa. Ketiga-tiganya berguling di atas rumput. Saling berpandangan dan terbuah kembali ketawa besar dari mulut mereka. Masing-masing menekan perut.

            Yang lain hanya tersenyum lucu. Malam itu semuanya dibungai kebahagiaan. Semoga setiap masa membuahkan kegembiraan dan kebahagiaan.


****************


            Izwan sibuk menyemak fail-fail yang bertimbun di atas mejanya. Jejaka itu masih tekun dengan kerjanya tanpa menyedari masa bergerak pantas. Jarum jam makin menghampiri pukul 10.00 malam.

            “ Kring !! Kring !!!” Tersentak Izwan mendengar deringan telefon. Segera dia mengurut dada. Kus semangat ! Siapa pulak yang call nie ?

            “ Hello?”

            “ Wan teruklah. Lama Ana tunggu di restoran. Janji nak dinner. Terpacak Ana tunggu kat sini. Ingat Ana ni tunggul ker ?” bebel Farhana. Hatinya geram dengan perbuatan Izwan. Mujur kehadiran member lama menenangkannya.

            Izwan menepuk dahi. Alamak terlupa ! Langsung dia tak ingat janjinya untuk dinner bersama. Kerja banyak sangat sampai aku jadi pelupa.

            Sorrylah Ana. Wan banyak kerja nie. Ana di mana sekarang ?”

            “ Di Restoran TRILA. Wan nak datang ke ?”

            “ Ye lah. Kan Ana tengah tunggu Wan di sana”

            “ Eh..eh…Wan tak payah datanglah. Ana makan dengan member”

            “ Tak marah ke nie ?”

            “ Tak. Buat kerja elok-elok” pesan Ana sebelum meletakkan gagang.

            Izwan tersandar ke kerusi. Matanya merenung fail yang masih bertimbun. Apa-apa hal biar aku habiskan kerja aku dulu. Izwan kembali menekuni kerjanya.


            “ Wan tak jadi datang ke ?” soal Iskandar sebaik sahaja Ana melabuhkan punggung.

            “ Sibuk kerja”

            “ Lelaki mesti pentingkan kerjaya. Senang nanti nak tanggung keluarga” Iskandar tersenyum manis.

            “ Ana tak mengganggu Is ke ?” Ana merenung mata bening Iskandar.

            “ Is berbesar hati menemani Si puteri jelita”

            “ Nanti makwe Is marah”

            “ Is menunggu puteri impian sekian lama”

            “ Siapa ?”

            “ Gadis yang teristimewa”

            “ Bagitaulah Ana. Bolehlah Ana promotekan Is pada gadis itu .”

            “ Tak usahlah Ana. Is nak gadis itu tahu sendiri. 5 tahun Is menunggu cintanya.”

            “ Pelik betul Is ni. Dulu time study asyik dengan buku je. Tak pernah Ana nampak Is rapat dengan girl. Yang selalunya Is mesti combine study dengan Ana dan Wan. Selain kami berdua, Is tak pernah pun rapat dengan student lain”

            Iskandar tersenyum. Sememangnya yang diperkatakan oleh Ana adalah benar. Hatinya tidak terbuka untuk orang lain, hanya untuk seorang gadis yang bernama Farhana. Hati terpaut kasih mendatang. Tingkah laku Ana benar-benar memikat hatinya. Namun hajat tak sampai kerana Izwan terlebih dahulu membuka langkah. Kerana kawan, Iskandar sanggup mengundur diri untuk melihat kebahagiaan mereka biarpun hatinya luka berdarah. Sekarang dia kembali untuk meraih cinta gadis itu.

            “ Usahlah ingat perkara dulu. Yang penting sekarang ,” Iskandar pantas menukar topik perbualan. Perbincangan mereka hangat mengutarakan hal-hal semasa. Sesekali perbincangan mereka diselangi deraian ketawa. Ana dan Iskandar berbalas senyum sebelum gadis itu melangkah masuk ke dalam rumah.

            “ Harap jumpa lagi”

            “ InsyaAllah” jawab Ana tertunduk malu dek renungan tajam Iskandar.

            Tomorrow I’ll call you” Pesan Iskandar sebelum berlalu pergi dengan memecut keretanya.

            Mana dia tahu nombor telefon aku ? Is nie memang pelik dari dulu sampailah sekarang. Makin hensem nampaknya. Dalam diam berisi. Aku benar-benar gembira malam nie. Semoga kita akan berjumpa lagi Is. Ana menguntum senyum berlalu masuk ke dalam rumah. Malamnya Ana tertidur bertemankan wajah Is di dalam mimpi.

%^*

            “ Pst..pst….”

            Tegang telinga Izwan mendengar bunyi isyarat itu. Matanya mula menerawang melihat sekitar biliknya. Bunyi apa tu ? Jangan-jangan…Ish, jangan buat mainlah. Mulut tu cover sikit. Izwan bingkas bangun bila bunyi itu berulang buat kali kedua. Bulu romanya meremang. Jangan dibuat, dahlah aku sorang-sorang. Kena cekik kang tak ada sapa yang tahu. Ala hantu…yang kacau aku buat apa ?

            Satu lembaga melompat dari belakang menolak Izwan. Jejaka itu tersembam mencium lantai.
            Ai hantu nie. Nak mati dengan aku gamaknya. Izwan mengetap bibir, geram. Segera dia memusingkan badan mengadap lembaga yang menolaknya.

            “ Kih…kih…kih….”

            Izwan segera bangun. Mengibas tangan kemejanya lalu memandang tepat pada muka lembaga itu.

            “ Hantu kau. Takde kerja lain ke ? Asyik mengacau orang. I’m busy you know” marah Izwan. Zack tersengih laksana kerang busuk.

            “ Tak syoklah tak ngacau orang. Rajin buat koje sampai jam 10 lebih pun tak balik-balik lagi. Mama Sofea risaulah ,” ujar Zack lalu melabuhkan punggung di kerusi depan Izwan yang kembali membuka fail. Purak-purak kerja konon. Nantilah…

            “ Oo..o…” Laung Zack umpama tarzan. Bulat mata Izwan memandang muka gadis itu.

            “ Nie apa hal pulak ?” soal Izwan. Gelagat Zack seperti hendakkan sesuatu.

            “ Jom makan. Wan tu kerja sampai tak ingat makan. Tak lapar ke ?”

            “ Wan dah makan” nafi Izwan tanpa memandang wajah Zack yang tidak puas hati.

            “ Makan apa ? Bagitau cepat. Makan angin ye la. Takkan Papa Haizal nak tipu Zack. Wan tu tak keluar lagi dari bilik nie sejak tengahari tadi kan ?” sembur Zack.

            “ Tak laparlah”

            “ Jangan tipu. Jom makan. Plz……….”

            “ Yelah. Nak makan di kedai mana ?” ujar Izwan beralah.
            “ Tak payah kedai-kedai. Zack dah bawa bekal nie hah. Kita makan dua. Zack pun tak melantak lagi ,” terang Zack jujur.

            “ Iye !!!”

            Shut up you” marah Zack. Izwan ketawa lucu. Zack segera mengeluarkan bekal dan menghidangkan di atas meja. Izwan pula menyimpan dan menyusun fail-fail yang berterabur di atas meja.

            “ Alamak !!”

            “ Apsal ?”

            “ Ya ale…pinggan satu je Wan. Zack lupalah”

            “ Hai nenek kebayan. Nak buat macam mana nie ?” Izwan menongkat dagu memandang wajah Zack yang sedang memikirkan sesuatu.

            “ Yes !! Kita kongsilah. Wan nak buat kerja lagikan. So tangan tu tak boleh berminyak. Amacam kalau Zack suapkan Wan. Boleh tak ?” Selamba rock Zack bersuara.

            Izwan terkejut mendengar buah fikiran Zack.

            “ Malulah”

            “ Nak malu apa. Ala anggap aje macam Wan kena suap dengan Mama Sofea. Apa la…”

            “ Okeylah” Izwan memberi persetujuan. Zack tersenyum. Tangannya cepat menyenduk nasi dan lauk-pauk.

            “ Mukolo….mukolo…..”

            “ Apa tu Zack ? Kau ni merapu je” tegur Izwan menahan ketawa.

            “ Apa yang merapunya. Aku suruh buka mulut la. Tu bahasa hindustan. Buka mulut tu, aku nak suap nie ,” arah Zack. Izwan membuka mulut mengikut apa yang disuruh. Pantas Zack menyuapkan nasi ke dalam mulut Izwan. Kemudian gadis itu turut menyuapkan nasi ke dalam mulutnya sendiri.

            Izwan memandang wajah Zack setepat yang boleh. Gadis itu tidak menyedari kerana sibuk menyuapkan nasi ke mulut Izwan. Tiba-tiba Izwan terasa sesuatu kelainan dalam hatinya. Satu perasaan yang baru. Selama 2 bulan dia mengenali Zack. Kini barulah dia menyedari terdapat sesuatu kelainan pada gadis itu. Biarpun lasak tapi baik hati. Tersembunyi sifat kewanitaan di sebalik kelasakannya. Zack betul-betul istimewa malam ini.

            “ Tu yang tengok Zack macam tu, apsal ? Sumbat sambal belacan karang” ujar Zack marah namun dia cuba menyembunyikan perasaan malu yang bertempek di hatinya akibat tenungan Izwan yang bisa mencairkan.

            “ Takde apa-apa. Zack datang tadi naik apa ?” soal Izwan sambil mengunyah nasi yang disuap oleh Zack.

            Roller blade. Zack letak kat bawah”

            “ Mak oi…larat ke ?. Jauh tau dari rumah nak ke sini. Zack tak takut gelap ke ? Meredah malam dengan roller blade. Berani sungguh” puji Izwan. Matanya memandang kagum pada Zack.

            “ Takut gelap buat apa. Zack takutkan Wan tu kebulur tau” sindir Zack.

            “ Ye lah tu. Zack menang” Izwan menongkat dagu melihat Zack mengemas.

            “ Hah tak reti-reti lagi !”

            “ Reti apa ?” soal Izwan hairan. Zack memeluk tubuh di hadapannya.

            “ Baliklah. Kerja tu sambung besok. Now kita berangkat pulang. Tidur tu penting” bebel Zack. Ha..ha..terasa macam mak nenek le plak.

            “ Baiklah ayang”

            “ Hah ! Eei..ee..” Zack menggeleng. Izwan ketawa besar.

            Kedua-dua remaja itu menapak turun. Zack mendahului berlari pantas menemui pak guard untuk mengambil roller bladenya. Izwan pula menghidupkan enjin pajeronya dan menunggu Zack masuk. Pajero terus meluncur membelah kepekatan malam. Masing-masing tidak bersuara. Suasana begitu aman.

            Izwan memberhentikan pajeronya di hadapan rumah Zack. Jejaka itu berpaling ke sebelah. Laa…budak nie tidur rupanya. Patutlah senyap. Mesti letih nie. Lampu rumah Zack tiba-tiba terang, Mama Munirah menjengah.

            “ Mama Munirah, tolong bukakan gate. Zack tidur ,” laung Izwan.

            Pn.Munirah menghampiri pajero Izwan setelah gate terbuka. Ditinjau melihat anak kesayangannya.

            “ Mama Munirah tak terdaya nak mengangkat Zack. Papa Zul kamu tak ada di rumah. Out-station ke Jepun seminggu. Wan boleh tolong hantarkan Zack ke biliknya”

            “ Baiklah mama”

            Izwan menatang Zack sehingga ke bilik anak dara itu. Pn.Munirah membawa masuk roller blade kepunyaan anaknya.

            Izwan membaringkan Zack di atas katil dan terus menyelimutkannya. Matanya mula merayap melihat perabut dalam bilik Zack. Mak oi besarnya hi-fi. Patutlah berdentum sekali pasang. Pandai betul Zack mengemas bilik nie. Aksesori yang digunakan memang sesuai. Hm….memang calon sesuai nak dijadikan wife. Bertuahlah siapa yang dapat memiliki si Zack nie.

            “ Mama minta maaf kalau menyusahkan Wan” bicara Pn.Munirah yang baru muncul. Izwan tersenyum cuma.

            “ Tak apalah mama. Biar Wan balik dulu. Selamat malam mama ,” ucap Izwan pada Pn.Munirah yang berdiri di muka pintu. Dia kembali semula ke dalam pajero dan terus menekan pedal minyak membelok ke perkarangan rumahnya.

            Izwan melontarkan badannya ke atas katil. Mama dan papanya telah lama dibuai mimpi. Mata Izwan terkejip-kejip memandang siling. Terbayang wajah Zack dan Ana silih berganti. Kedua-duanya mempunyai watak yang berbeza. Seorang makwe, yang seorang lagi member. Apsal aku nie, dah gila ke ?????


**********

            Izwan menjeling jam di tangannya berulangkali. Berpeluh di dalam hawa dingin menanti bayang kehadiran seorang gadis. Mata Izwan liar memandang pintu keluar pejabat ATC Company. Kenapa tak keluar-keluar lagi nie. Sibuk sangat agaknya ?

            Bola mata Izwan bersinar girang sebaik sahaja Farhana muncul di pintu keluar. Jejaka itu pantas keluar menunjuk diri. Baru beberapa langkah Izwan dari pajeronya, tiba-tiba sebuah kereta sport merah telah berhenti betul-betul di hadapan Farhana. Gadis itu lenyap ke dalam perut kereta sport itu yang kemudiannya laju memecut meninggalkan jalan itu.

            Izwan terpegun. Siapa pulak yang potong line aku nie ? Sudahlah lama aku tidak meluangkan masa bersama Ana. Time aku ajak keluar asyik sibuk memanjang je dia. Ini aku nak buat surprise, last-last aku yang terkena balik. Ke mana Si Ana nak pergi tu ? Bukannya nak bagitau aku. Ish..yang pentingnya dengan siapa yang dia pergi tu. Mm..baik aku blah dari sini.

            Sedang asyik Izwan memandu, handsetnya tiba-tiba berbunyi menjerit-jerit minta diangkat. Dengan malas Izwan menjawab.

            “ Hello !” Sapa Izwan lemah.

            “ Assalamuailaikum. Wan kat mana tu ?”

            “ Hish kau Zack. Apsal ?”

            “ Lain macam jer bunyi suara tu. Hm..hm…well aku nak mintak izin nie”

            “ Izin apa pulak. Kau nak kahwin ke ? Kih..kih…”

            “ Baru ler best dengar Wan ketawa. Zack bukan mintak izin kahwin tapi adalah”

            “ Amboi nak berahsia dengan Wan pulak. Nie mesti ada apa-apa”

            “ Huk alo, mana ada apa-apa. Boleh jemput Zack kat rumah tak ?”

            “ Laa mintak izin tu ke ? Ingatkan apa la tadi”

            “ Tak ler. Datanglah amik Zack. Nanti Wan tahulah”

            “ Ok tunggu tau”

            “ Yup !”

            Izwan meletakkan handset ke tempatnya lalu pantas memusing stereng menghala ke jalan lain. Pajeronya dipecut laju.

            Zack mundar-mandir di hadapan pintu gate. Mana Si Wan nie ? Tak sabar aku nak buat surprise nie. Hah…hah….mesti terperanjat kura-kura dia karang.

            “ Strettt..!!!”

            Ish teruknya brek. Nie mesti kes bawa laju. Apa ler Si Wan nie. Tak belajar undang-undang kut. Memandu macam anak hantu !

            “ Amboi terrernya tekan brek. Pro nampak” perli Zack sebaik melabuhkan punggung di dalam pajero.

            Izwan hanya tersenyum sahaja. Memang salah dia pun nak release tension.

            “ Nak ke mana ni ?”

            “ Hm..hm..Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz”

            “ Nak buat apa ?”

            “ Adalah” Zack terseringai      “ Tapi singgah kat kedai kek dulu tau”

            “ Nak hadiah pada siapa ?”

            “ Nak makanlah. Asyik bagi orang, Zack tak merasa ler”

            “ Memang Zack tu kuat makan. Jaga-jaga sikit nanti badan tu jadi belon tau”

            “ Banyak songeh pulak dia. Cepatlah jalan”

            Yes madam !” Izwan pantas memecut. Sesampai di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz segera Izwan mencari tempat parking. Punyalah susah. Maklumlah nie hari kelepasan am. Nak dekat 15 minit baru dapat tempat kosong.

            “ Wan, boleh tolong tak ?”

            “ Zack nie tak abis-abis lagi minta tolong. Dah berapa kali yer. Mm..mm….”

            “ Ni lain la. Pi la beli air kotak takpun air tin. Beli lebih sikit tau. Kang takut tak cukup.”

            “ Hah yelah Tuan Puteri Brutal oi. Hamba sedia menjunjung perintah “ pantas Izwan berlari ke arah penjaja di tepi taman dan seketika kemudian kembali dengan bungkusan bebarapa tin Coca Cola.

            Zack melangkah mencari tempat kosong. Melilau matanya. Kih…kih…pokok tu kosong. Hm..apalagi serbu ler. Terkial-kial Izwan mengikut dari belakang. Ai laju betoi budak nie jalan. Kalau masuk bertanding mesti dapat pingat emas.

            Zack menghirup udara segar setelah tiba di bawah pokok. Angin pula bertiup sepoi-sepoi bahasa. Zack tersenyum melihat Izwan termengah-mengah berlari.

            “ Cepatlah Wan”
            “ Iye la. Dah nak sampai nie” Izwan sesampainya jer terus hadiah senyuman lebar.

            “ Hah apalagi sengih. Duduk ler !”

            “ Takkan bersila” bulat mata Izwan melihat Zack selamba jer duduk.

            “ Bukannya kotor, rumput ajer. Orang cakap duduk, duduklah. Degil pulak nie”

            “ Ye lah” ujar Izwan beralah. Pantas dia melabuhkan punggung di hadapan kotak kek yang dibawa oleh Zack. Gadis itu pantas mengeluarkan plastik yang membalut kotak.

            “ Tak sabar-sabar betoi Zack nie. Takkan lapar sangat”

            “ Rezeki jangan dibiarkan. Ish..lupa lak. Wan pejam mata & berhasrat ler dalam hati”

            “ Dah pulak. Dia yang nak makan, Wan plak yang kena. Cik adik oi, benda-benda tu buat bila birthday laa..”

            “ Tak kira, Zack nak Wan buat jugak. Plz…” Zack merayu-rayu. Izwan terkelip-kelip biji mata melihat Zack. Ish nie yang lemah nie. Budak nie tang memujuk memang terrer.

            “ Yelah..yelah..Jangan buat muka cam tu lagi. Macam budak tak betul ajer”

            “ Ai, sedapnya cakap. Bagi sebijik kang”

            “ Ugut nampak. Tak mau buatlah cam nie”

            “ Ok..ok…Zack salah. Sorry. Plz carry-on

            Izwan tersenyum manis. Kelopak mata dirapatkan dan segera berhasrat di dalam hati agar Zack bahagia dan dirinya akan mencapai pencapaian yang cemerlang dalam kerjaya.

            “ Zack, boleh bukak mata ke ?”

            “ OK”

            Izwan pantas membuka kelopak mata. Mak ai siap dengan lilin lagi tu. Budak sekor nie bukannya betoi..

            “ Jangan tengok aje. Cepat tiup lilin tu” arah Zack. Gadis itu menepuk tangan sesudahnya Izwan meniup lilin.

            “ Selamat Hari Jadi Prince Macho !” jerit Zack di tepi telinga Izwan.

            “ Betul ke nie ?” Izwan seolah-olah tidak percaya. Wajah girang Zack kembali ditatap.

            “ Ai, hari lahir sendiri pun boleh lupa. Tu, tengok kat kek tu. Siap dengan tarikh lagi tau”

            Bulat mata Izwan membaca tulisan aising. Semuanya betul. Segera jejaka itu melihat tarikh pada jam tangannya. Ha..ha..betul ler hari nie birthday aku. Aiseyman lupa lak. Dah tua rupanya aku.

            “ Apalagi termangu tu. Cepat ler sikit potong kek. Zack dah lapar nie”

            “ Baiklah sayang”

            Watch out your mouth. You will die coz it

            “ Garangnya princess brutal. Janganlah cam tu. By the way thanks coz buat semua nie. This first time Wan tergempaq tau. Mana dapat idea nie”

            “ Cakap banyak tak guna. Yang penting soru dulu” celah Zack terus menyumbat potongan kek ke dalam mulutnya. Izwan tertawa lucu. Anak dara nie tang bab makan memang dia yang pro. Em..em… walau begitu pun namun dia memiliki hati yang baik. Bertuah kalau ada mamat yang dapat mencuri hatinya. Pasti bahagia hidup mereka.

 ***********

            Zack asyik memandang kebaya biru yang dipamerkan di hadapan sebuah butik. Wow lawanya, tentu aku anggun dalam pakaian itu. Aku kan ke lawa..He…he…perasannya aku. Nasib baik duit aku tak cukup kalau idak dah lama aku kebas baju tu. Hai nasib..nasib….

            “ Apalah Is nie. Buat main-main dengan Ana pula. Nak kena nie !”

            Tercetus satu suara yang menegakkan cuping telinga Zack. Ai…cam kenal jer suara tu. Ini mesti……Zack mencuri pandang pada si gadis yang melentok manja pada bahu seorang jejaka yang asing pada pandangannya. Aku ingatkan Wan tadi. Eh mana boleh, Kan ke Wan dah janji nak jumpa aku kat sini. Bila pulak dia bagitau dia pun janji yang sama dengan Farhana ?

            “ Ana nie masih tidak percaya pada kejujuran dan keikhlasan hati Is. Walau dibelah dada, semuanya Is sanggup hadapi demi Ana.”

            “ Is memanglah macam tu. But Ana masih tak percaya lagi” Ujar Farhana. Tangannya pantas memeluk manja tubuh Iskandar.

            Telinga Zack terasa tegang. Hatinya pilu bila mengingatkan Wan yang begitu setia tetapi kekasih hati yang dipuja telah curang di belakang. Tentu hati Wan akan remuk-rendam bila mengetahui Ana yang dipuja beralih arah. Patutkah aku memberitahu Wan ?

            “ Is akan menghantar rombongan peminangan hujung minggu ini. Harap Ana terimalah peminangan Is. Itu pun jika Ana sudi menjadi permaisuri hidup Is”

            “ Oh...Is. Gembira sungguh Ana mendengarnya. Pastinya Ana terima. Is kan sinar yang membawa kebahagiaan hidup Ana”

            Zack berasa darahnya seakan mendidih. Nasib baik ler aku boleh kontrol lagi nie. Senang-senang jer kau mainkan perasaan member kamceng aku. Ish, geramnya aku..!! Zack menggenggam tangan. Mujur kedua-dua teruna dara itu beredar lalu hilang di sebalik orang ramai yang sibuk membeli-belah di Jaya Jusco.
            Kalau Wan tahu tentu hati dia akan hancur tapi kalau aku simpan aku yang gelisah. Tidakkah rasa bersalah menyembunyikan kebenaran kepada yang berhak. Nak bagitau ke taknak…Nak…Taknak….

            “ Hoi, buat apa kat sini ? Puas aku cari rupa-rupanya kat sini dia tercegat. Cantiknya kebaya biru tu. Kalau Zack yang pakai tentu ngamkan. Betul tak ?”

            “ Aaa….”

            “ Tak betul ke cakap Wan. Berkenan betul Wan” potong Izwan. Zack tersengih tidak menjawab. Wajah gembira Izwan yang muncul tiba-tiba melenyapkan perbalahan di dalam hatinya.

            “ Kenapa nie lain macam aje. Ada yang betray you ke ?” Izwan menyerkap jarang.

            Zack tersentak. Bukan aku yang dikhianati tapi kau , Wan. Susah betullah dapat awek macam Farhana tu. Senang-senang amik aje aku nie jadi awek kau. Senang cerita. Aku akan jaga kau dengan sebaik mungkin. Tu promise aku kalau aku jadi awek kau la. Kalau tak, forget it la promise aku tu.

            “ Woi aku laparlah. Jom kita pi makan. Cepatlah” rungut Zack menekan perutnya. Wajah Wan dipandang lama. Jejaka itu tersenyum dan mengangguk kecil. Mata Izwan merenung tajam kebaya biru yang dipamer itu. Cantik !!!

            “ Zack, aku ada hal sikit. Kau pergilah dulu. Tunggu aku di KFC”

            “ Hal apa tu ? Jom la” pujuk Zack.

            Important nie. Pergilah dulu. Karang aku datanglah. Aku nak beli something. Tunggu tau” Izwan mengatur langkah ke lain.

            “ Ok. Cepat sikit tau” pesan Zack. Pantas dia melangkah ke KFC.
            Zack melihat orang ramai yang mundai-mandir di hadapan KFC.Isk…mana pulak Si Wan nie ? Nak dekat setengah jam aku kat  sini, muka dia tak juga timbul-timbul. Ayam goreng pun dah hampir sejuk. Apalah yang important sangat yang dia nak beli tu ? Hump..hump.. Tahu pun jalan ke KFC. Ingatkan dah lupa. Tu sengih manis tu nak amik hati aku la. Macam aku tak tau.

            “ Dah naik berakar Zack tunggu kat sini tau ,” sembur Zack sebaik sahaja Izwan melabuhkan punggung di kerusi berhadapannya.

            “ Janganlah marah. Tak elok untuk kesihatan tau” usik Izwan. Juadah yang terhidang segera dinikmati. Zack mencebik. Tangannya juga pantas menarik ayam goreng lalu menggigitnya.

            Ai..dalam marah boleh makan lagi tu. Kan ke bagus kalau Farhana ada. Terasa rindu bermain di dalam dada. Begitu lama wajah kekasihnya itu tidak dipandang. Ada sahaja penghalang mereka untuk bertemu. Bukan aku tak cuba buat temujanji dengan Ana tetapi sering tertunda. Kalau tidak hari nie aku bercadang hendak bersantai dengan Ana. Bila aku telefon ajak keluar, gadis itu sibuk dengan kerja. Tak sampai hati aku nak paksa. Hm…hm..sekarang Ana jarang benar menghubungi aku. Merajuknya sudah tentu kenalah aku pujuk. Adakah masa tidak mengizinkan aku bertemu dengannya. Aku takut nanti ada yang berubah hati. Teringat kembali telatah-telatah Farhana yang manja ketika di luar negara dulu. How much I miss that’s time !!

            “ Wan ! Hoi dah terbang ke mana tu ?  Zack bercakap dengan dia, boleh buat derk lagi  tu ?”       

            “ Ke UK ler cik adik oi”

            “ Ingatkan Farhana ?” duga Zack. Izwan mengangguk ceria.

            “ Tadi…..” Zack tidak dapat meneruskan ayatnya. Matanya terarah sayu memandang wajah Izwan.

            “ Apa Zack ?”

            “ Eh..tak ada apalah. Tadi Wan beli apa yang lama sangat tu ?” Zack menukar topik. Fuh..selamat aku. Nanti kau akan tahu juga Wan. Tuhan akan memberi petunjuk.

            “ Tak boleh bagitau. Ni spesel present for someone yang Wan salute

            “ Orang tak tanya nak bagi kat sapa. Orang tanya beli apa ?” cegil Zack. Izwan tertawa.

            “ Sampai masanya Zack akan tahulah”

            “ Yelah tu”

            “ Betul” ujar Izwan bersungguh-sungguh. Pemberian ikhlas untuk insan yang teristimewa. Tak sabar tunggu minggu depan. Yang pastinya Zack akan mengenang tanggal 14 Mei ini sepanjang hayatnya. Tunggu !!!!!!!!!!!!!!!


********************

            Izwan bersandar lesu di kerusi sandar selepas meletak gagang telefon. Farhana menolak ajakannya lagi. Hatinya tiba-tiba terasa kosong. Kepala mula berserabut. Arghh…tensionnya aku ! Segera Izwan mencapai kunci kereta dan bergegas keluar. Pajeronya dipacu menghala ke Taman D.R untuk mencari ketenangan.

            Angin yang berhembus lembut menyejukkan badan Izwan yang terasa membara. Kepalanya disandarkan ke penyandar kerusi yang sememangnya tersedia di taman itu. Matanya merenung air kolam yang tenang. Perasaannya yang berkocak tadi kembali tenang. Tie di leher dilonggarkan. Baru terasa lega fikirannya.

            Mata Izwan terbuka luas apabila kelibat sepasang kekasih melintasinya. Eh..macam kenal ajer. Telinga Izwan tegang apabila mendengar ketawa seorang gadis. Farhana ?? Tergegas Izwan bangun merapati pasangan itu. Tangannya dilabuhkan pada bahu seorang pemuda.

            “ Iskandar  !” tercetua suara Izwan. Terperanjat kerana tidak menyangka akan bertemu teman karibnya di sini. Terasa kegembiraan menyelinap ke hatinya. Namun begitu kegembiraannya tidak berpanjangan setelah bola mata tertacap pada wajah Farhana yang pucat lesi di sisi Iskandar.

            “ Kenapa Ana di sini. Bukankah Ana ada hal penting yang perlu Ana selesaikan. Beria benar Ana menolak ajakan Wan tadi. Apa semua ini ?”

            Farhana tertunduk. Tidak berdaya dia mahu mengangkat wajah. Terasa seperti dia telah melakukan kesilapan yang berat. Maafkan aku, Wan kerana menyakiti kau. Aku…aku…sebenarnya kini aku menyintai Iskandar lebih daripada kau.

            “ Kenapa tak jawab, Ana. Kenapa Ana buat Wan macam nie. Apa salah Wan ?” bentak Izwan. Farhana terdiam Cuma matanya terkejip-kejip memandang wajah Izwan dan Iskandar silih berganti. Gadis itu menarik nafas mengumpul tenaga.

            “ Wan, biar Ana berterus-terang. Tak sampai hati Ana lihat Wan begini. Sebelum tu Ana minta maaf dulu.”

            “ Cakaplah Ana. Wan perlukan satu penjelasan sekarang” bulat bola mata Izwan menatap wajah Ana yang sedang mengumpul kekuatan.

            “ Sejak kejadian hati tu, hati Ana tiba-tiba menjadi tawar pada Wan. Tambahan lagi sepanjang masa Wan sibuk dengan kerja. Kerja..kerja….sehingga tiada masa untuk Ana. Hati ini benar-benar terluka Wan. Satu hari yang tak payah Ana nyatakan bila, Ana nampak wan dan Zack bergurau senda gembira di taman. Gadis mana yang tidak tergugat perasaannya apabila melihat kekasihnya bermesra dengan gadis lain…...”

            “ Zack tu kan kawan Wan. Bukannya ader apa-apa. Takkan Ana tidak percayakan Wan” celah Izwan tidak berpuas hati.

            “ Ana cuba menyakininya tetapi hati wanita Ana menidakkannya. Ana benar-benar patah semangat. Mujurlah pertemuan Ana dengan Is menjadi pengubat. Sanggup Wan biarkan Ana menunggu begitu lama di restoran itu. Tidakkah Wan fikirkan perasaan Ana. Mujur Is muncul menemankan Ana”

            “ Wan tidak sengaja Ana. Wan benar-benar banyak kerja. Bukannya terniat Wan nak buat macam tu”

            “ Ana dah tak kisah semua tu. Ana dah lupakan pun. Ana dah buat keputusan. Ana telah memilih Is sebagai teman hidup Ana dan tidak lama lagi kami akan mendirikan rumah tangga. Ana harap Wan janganlah menaruh dendam pada Ana”

            “ Sampai hati Ana melupakan saat-saat kita di UK dulu. Tidakkah Ana rindukan saat itu kembali ?”

No comments:

Post a Comment