Saat bersama adalah yang paling TERINDAH....

Saat paling bahagia adalah ketika kita melihat orang yang kita sayangi itu tersenyum dan lebih membahagiakan apabila kita
adalah insan di sebalik senyumannya.

*****Saling menyintailah Hanya kerana Allah
*****Saling menyayangilah Hanya kerana Allah
*****Saling membahagiakanlah Hanya kerana Allah

*******KERANA Hanya Allah-lah yang dapat menumbuhkan
rasa cinta, kasih sayang dan kebahagiaan tersebut.

Monday, March 25, 2013

Hai la mulut !!!

Lama tak masuk entry...nak kata busy kerja bukan. Tapi busy jaga anak tak sehat dengan jaga diri sendiri tak sehat...hahahaha.....Today aku nak cakap pasai mulut....Berbisa betul yer mulut ni. Kalau tidak takder ler perumpamaan 'kerana mulut badan binasa'. Pasal apa yer nak sindir-sindir orang. Takkan tak tahu betapa sakitnyer disindir. Orang gila pun tahu marah kalau kena fire. Ini yang berfikiran waras. Pedih woooo......Tak tau ler kalau sindir tu membahagiakan atau menggembirakan.

Kalau nak tegur pun tegurlah dengan cara berhikmah bukan dengan menyindir. Jatuh air muka orang saja. Kita “highlight” kan di sini adalah “Sindiran”

Aku dapat info ni dari http://amalan-insan.com/sikap-teguran-dan-sindiran/
Sindiran itu lebih tajam daripada Marah.
kerana? kerana sindiran itu meresap ke dalam hati. sindiran itu lebih cair daripada asid.
Kurangnya keprihatinan hati orang yang memberi sindiran itu ialah pada keadaan orang yang di sindirkan. Boleh menyindir. tetapi Buruk akibatnya. Jika sindiran kita itu adalah sindiran untuk melawak tidak mengapa. tetapi jika ada “isu” sensitif dan orang itu menyindir, ia akan membuakkan perasaan “BENCI” pada si penyindir. dan terus “direct” membuatkan perhubungan itu “bergoncang”
Mengapa?
kerana :
“We’ve cleaned up the air, but polluted the soul”
dan sindiran juga memberi kesan yang sangat dalam pada si penerima sindiran.
Ingatlah…jika orang itu di sindir, dia akan menjadi orang yang lebih baik dan lebih hebat setelah masa berlalu dan mengalahkan si penyindir itu pula. dan pada masa itu si penyindir itu pula akan merasa sangat-sangat berdosa besar.
“Remember, Say a kind word to someone who looks up to you in awe, because that little person soon will grow up and leave your side” -George Carlin
kita tidak semestinya perlu menyindir jika orang itu melakukan kesalahan, atau orang itu tidak sependirian dengan kita.
Pendirian itu masing masing. kita tidak boleh memaksa orang lain untuk ikut pendirian kita, tetapi kita hanya boleh meraikan orang lain.
Keadaan situasi ini boleh dikaitkan dengan keadaan manusia.

Tengok...bagus ke sindir-menyindir ni ?. Kalau tegur elok2 pasti orang akan terima teguran kita. Ini main sindir...Ooi nak lancar perang ke ni ?. Dari perhubungan elok, sudah kucar-kacir. So apalagi jom kita amik cara yang betul dan tinggalkan tabiat hampeh tu....tak ke mana pun kalau mulut bau macam longkang. Orang sindir kita diam ajer...Coz kesian pada yang menyindir tu....Tanggung ler musibah awak nanti yer....Takde sapa nak kawan dengan awak....Fuh tarbiah di petang hari....Jumpa lagi.....

No comments:

Post a Comment