Saat bersama adalah yang paling TERINDAH....

Saat paling bahagia adalah ketika kita melihat orang yang kita sayangi itu tersenyum dan lebih membahagiakan apabila kita
adalah insan di sebalik senyumannya.

*****Saling menyintailah Hanya kerana Allah
*****Saling menyayangilah Hanya kerana Allah
*****Saling membahagiakanlah Hanya kerana Allah

*******KERANA Hanya Allah-lah yang dapat menumbuhkan
rasa cinta, kasih sayang dan kebahagiaan tersebut.

Saturday, March 30, 2013

Sayang tak ? Part 2



Izwan turut mencapai ayam goreng lalu meratahnya. Suasana bertukar diam. Masing-masing enak meratah ayam goreng yang terhidang di hadapan mereka.

            “ Hm…nyum..nyumi-nyumi. Kelazatannya sehingga menjilat jari. Hm..hm..” Spontan ayat itu meluncur keluar daripada bibir Zack.

            Izwan mengangkat muka. Matanya bulat meratah wajah Zack yang slumber itu. Kening dikerutkan.

            “ Ha…ha….” Terhambur butir-butir ketawa daripada mulut Izwan.

            “ Udah nie, apsal gelak. Apa yang lucunya ?”

            “ Zack nie memang lucu tau. Sakit perut Wan kalau dok dengan dia. Tak tahan gelak punya pasal. Benda serius pun akan jadi kelakar kalau Zack yang cakap”

            “ Ye ke ? Tak tau le pulak. Eh..bila Wan nak kenalkan Farhana ? Zack teringin sangat nak jumpa dia” Zack mengulang permintaan buat kali ke-2.

            “ Semalam Wan dah telefon Ana. Ahad depan kami nak pergi berkelah di Ulu Kenas. Boleh le Zack join sekali”

            “ Tak ngacau ke ?. Nanti Ana marah karang, mampus le Zack”

            “ Tak de la. Ana tu understanding. Bagus jugak Zack ada, boleh le Ana bersembang dengan Zack nanti”

            “ Haah okay jugak ye…Jadik le Zack ikut. Lagipun teringin nak buat cam tarzan terjun dalam air”

            “ Jangan nak berangan. Tarzan…tarzan terus masuk ICU

            “ Apsal pulak ?”

            “ Habis tu dah cium batu !”

            “ Teruk le Wan nie. Fire kang”

            “ He…he..he…”

            “ Wan !!!” panggil Zack.

            “ Apadia ?” soal Izwan hairan.

            “ Tuu!!” Zack menunjuk keluar. Izwan melihat ke arah yang ditunjuk oleh Zack.

            He..he..he..siap kau. Attack !!!! Pantas Zack menyuapkan kentang goreng ke dalam mulut Izwan yang sedikit terbuka. Terkejut pemuda itu.

            “ Ha…ha..ha…Wan kena. Ye..ye… Wan kena. Urppp…” Terdiam pulak Zack bila mulutnya disumbat dengan kentang goreng. Ish…ish…nyam…nyam..!!! Sedapnya……….

            “ Ooo………..” Zack menghalakan jarinya ke muka Izwan.

            “ ‘O’ tu kan ke bulat. Tak tau ke ?” ujar Izwan mengusik.

            “ Takpa-takpa. Tunggu le nanti Zack buat gempaq. Biar sampai jantung dia terlucut coz terkejut. Hi…hi….”

            “ Wan tunggu”

            “ Tunggu ler sampai tua”

            For you, I will do everything
            “ Nak termunterak Zack dengar Wan cakap”

            “ Mana plastik ? Mana plastik ? Plastik, where are you !!!”

            “ Gila apa ! Nak buat apa dengan plastik tu. Nak buang sampah ke ?”

            “ Tak le..Kita nak buang muntah dia tu karang”

            “ Tak payah plastik. Baju Wan pun dah cukup. Tu baru thriller

            “ Tak aci le”

            “ Kih..kih….kih….Wan kalah…Uu..Kalah!!”

            “ Nak aiskrim tak ?”

            “ Maunya taknak. Favourite tu”

            “ Hmm..patutlah”

            “ Hah patutlah apa ?”

            “ Patut le tembam”

            “ Banyak songeh pulak dia. Tembam-tembam pun macho apa !”

            “ Jangan tembam tenuk udah le”

            “ Amboi ciplak senario pulak. Kera di hutan disusukan, tenuk di rumah dibiarkan kelaparan”

            “ He…he..he….”
            “ Ala dia gelaklah pulak. Wan, mana aiskrimnya ?”

            “ Tunggu jap noo. Nak pi pesan” Izwan bingkas bangun dan berjalan turun ke kaunter tingkat bawah untuk membuat pesanan.

            Zack masih lagi mengunyah kentang goreng dengan enaknya. Matanya terarah melihat gelagat mesra sepasang kekasih yang sedang bergurau-senda di meja sebelah kirinya. Terasa cam nak naik juling matanya melihat tingkah laku pasangan sejoli tu.

            Zack memandang tajam bila sahaja si teruna mengucup bibir si dara. Haprak punya orang..tak tau malu betul. Buat malu kaum aje. Menyesal aku ni sama kaum dengan depa. Ada buah hati kalau boleh nak tunjuk satu dunia. Giller betul kepala depa. Pengaruh budaya barat le tu. Kalau nak cium-cium tu tunggulah dah kahwin nanti. Time tu takde sapa nak amik kisah. Ini nanti punya rak bercinta last-last break. Nanti boleh le si teruna sebarkan yang si dara tu bekasnya. Tak cari padah namanya tu. Takde sapa le nak masuk merisik. Time tu nanti menanggis sampai keluar airmata dugong pun tak guna. Booolayan jawabnya. Boleh blah !!! Ish…sakitnya mata aku nak nengok gelagat depa, lebih baik aku nengok tang lain. Kang kurang plak pahala aku nanti. Zack melepas nafas lega bila memandang keluar jendela.

            “ Em..ehem..ehem…”

            Sapa lak berdehem nie. Tak reti cakap ke takpun lidah takde. Ni yang aku bengkek nie. Tengok syok mengelamun ado yang kacau line. Nyampah !!!…La muka ni kaa..Hai songeh lebar nampak.

            “ Tu apsal songeh cam kerang busuk tu. Teruknya ! By the way, mana aiskrim ?”

            “ Tanya aiskrim dulu bukannya nak tanya hal Wan dulu”

            “ Buat apa tanya, Wan dah terpacak depan mata Zack. Rugi air liur je kalau Zack cakap”

            “ Payah betul nak menang bercakap dengan Zack. Angkat bendera putih la jawapnya. Nah aiskrim, perabihkan !”

            “ Aik merajuk nampak. Jangan ler merajuk abang sayang. Tak macho le cam nie”

            “ Idea banyak sungguh dalam kepala otak Zack nie” gerutu Izwan.

            “ Meh le makan ,” ajak Zack manja. Izwan kembali duduk mengadap Zack. Tangannya lambat-lambat menyambut aiskrim yang dihulurkan oleh Zack. Thrill je tu. Kontrol macho dulu. Kalau ikutkan hati dah lama aku rembat, favourite aku juga ni.

            Nyam…nyam…masing-masing enak merasai kelazatan aiskrim. Izwan tersenyum melihat telatah Zack makan aiskrim. Comot but comel. He..he…calit sana calit sini. Slumber rock betul budak nie.

            “ Apsal nengok Zack cam tu ?”

            “ Comot tu hah. Makan aiskrim sebijik macam budak-budak”

            “ Suka hati le ,”cebik Zack. Pantas dia mencapai tisu menyapu sisa aiskrim yang lekat di tepi bibirnya.

            “ Dah bersihkan. Burr..” Zack menjelirkan lidah.

            Izwan tersenyum dan menggeleng lucu. Haprak betul budak nie.

            “ Dah kenyangkan ?” soal Izwan.

            “ Haah !”

            “ Jom”

            “ Ke mana ?”

            “ Balik le ayang oi. Kita balik sama”

            “ Naik bas kan ?”

            “ Kereta ler”

            “ Woi bila pulak dia beli kereta ?”

            “ Papa Haizal bagi ler. Kan Wan nie anak manja”

            “ Wek !!!!”

            “ Jom balik. Dah pukul berapa nie. Kang marah mama-mama di rumah nun”

            “ Iyelah” Zack menurut langkah Izwan beredar keluar dari KFC menuju ke keretanya.

            “ Wow..pajero kau. Kelas gitu. Naik ni ke pi Ulu Kenas ?”

            “ Haah le”

            Confirm aku pi. Ha..ha..ha….”

            Izwan menyengih lebar. Zack benar-benar mengubah dia menjadi periang. Hidup mesti happy barulah kejayaan dapat dikecapi.

            Oh…Yea !!!!!!




            Riuh mulut Zack memunggah makanan di belakang pajero. Pn.Sofea dan Pn.Munirah turut menolong sambil mulut turut riuh berceloteh. Mereka sekadar menolong. Izwan pula sibuk memeriksa keadaan enjin pajeronya.

            “ Mama Sofea dan mak betul-betul tak mau ikut kami ke ?. Jom la” Zack tidak berputus asa memujuk kedua-dua wanita itu walaupun dia arif dengan keengganan mereka.

            “ Mak dan Mama Sofea kena hadiri perjumpaan Persatuan Wanita tengahari karang. Balik pula kami plan nak combine memasak. Seronok sikit berkelah dua keluarga untuk makan malam karang. Tak gitu Sofea” Pantas Pn.Munirah menyatakan alasan. Matanya lembut memandang anak gadis kesayangannya itu. Jelas terpancar kehampaan dari raut wajah anaknya.

            “ Janganlah sedih. Mama Sofea janji nanti kita semua akan pergi berkelah bersama”

            Promise ?”

            “ Yelah sayang”

            “ Zack, dah siap ke semua ?” tegur Izwan yang baru menyertai mereka.

            “ Dah settle dah. Tunggu nak bertolak aje”

            “ Bila nak sampai kalau asyik tolak aje” usik Izwan.

            “ Burr…!!!” Zack menjelir.

            Pn.Sofea dan Pn.Munirah tersenyum.

            “ Pukul berapa Wan janji nak ambik Ana ? Sekarang dah jam 9.00 pagi !” Soal Pn.Sofea merenung wajah anaknya yang sedang menahan senak perut kerana ketawa.

            “ Alamak ! Wan janji dengan Ana tepat jam 9.00 pagi. Mampus !!! Tu la Zack ,”
            “ Ai nak marah aku pulak. Banyak lawa !”

            “ Dah tu jangan bertekak. Pergi cepat. Bawak tu elok-elok”

            “ Baik mama. Kami pergi dulu” Izwan meminta diri. Dia segera menghidupkan enjin pajero. Zack turut melompat masuk ke tempat duduk di sebelah pemandu.

            Pn.Sofea dan Pn.Munirah berbalas senyum apabila pajero Izwan mula meninggalkan mereka. Budak-budak…!!
           
***********

            Izwan tersenyum lebar apabila melihat Ana yang berpeluk tubuh di luar pagar rumahnya. Gadis itu buat tidak nampak sahaja Izwan yang memandangnya.

            “ Nah, lantak hang. Tulah Wan lambat lagi. Ana marah tu”

            “ Zack punya pasal lah nie”

            “ Tak kiralah salah siapa. Important thing pujuk si Ana dulu. Be gentleman

            “ Amboi, macam dia banyak experience !”

            “ Biasak ler, banyak membaca dan tengok tv luas pengetahuan. Kih…kih….”

            “ Sudah le tu” balas Izwan. Jejaka itu segera turun berjalan merapati Ana. Zack turut keluar tetapi hanya berdiri di sisi pajero.

            “ Hai Ana !”

            “ Assalamuailaikum” cebik Ana. Matanya tajam terarah pada wajah Zack yang tengah buat muka selamba.

            “ Waalaikummussalam. Ana marah ke ?” Izwan berkata lembut. Nak berkompromi dengan perempuan kenalah lembut-lembut, biar dia cair sikit.

            “ Maunya tak hot. Sekarang jam dah 9.30 pagi tau. Setengah jam Ana berdiri laksana tunggul kayu yang tak berguna ajer ,’ cebik Ana. Wajahnya muram mahu meraih simpati.

            “ Wan minta maaf seribu kali. Kami ada hal tadi”

            “ Kami ?” Ana mengerut kening. Hatinya mula jelik memandang Zack yang mengangkat kening tanda persahabatan.
            “ Ye la. Wan dengan Zack tu. Mari Wan kenalkan Ana dengan Zack ,” Izwan pantas menarik tangan Ana. Terpaksalah Ana mengatur langkah walaupun hati masih tidak puas hati lagi menerima ucapan maaf daripada Izwan. Dahulu pemuda itu akan memujuk sehingga Ana mengukir senyuman manis kembali. Sekarang dua tiga kali pujukan, Izwan tidak mnegendahkan sekiranya senyuman tidak lagi kembali menghiasi bibirnya. Kau betul-betul berubah Wan. Adakah gadis ber’cap’ itu yang membuatkan kau berubah ?

            “ Zack, ini aku kenalkan Ana, kekasih aku” perkenal Izwan, formal. Ana mengukir senyum bangga. Hatinya mula ditakluki rasa riak.

            “ Saya Zack, member Wan. Selamat berkenalan” Zack menghulur tangan tanda persahabatan. Ana menyambut tetapi kemudian menepis tangannya apabila Izwan memandang ke arah lain. Hati kecil Zack tersentuh lalu perasaan berangnya membara. Ah..aku tak silap apa-apa kat dia, senang-senang ajer dia tepis tangan aku. Pirrah ingat lawa sangat ke ? Nenek kebayan lagi lawa tau. Zack mendongkol marah.

            “ Jom kita bertolak sekarang” ajak Izwan yang kembali menumpukan perhatian pada wajah kedua-dua gadis itu.

            “ Jom !” sahut Ana manja. Tangannya memaut lengan Izwan bergandingan berjalan ke pajero. Izwan tersenyum gembira melihat Ana telah ceria kembali.

            Wekk !! Nak termuntah aku nengok gaya manjanya. Geli…ei..geli…getus Zack dalam hati. Kakinya pantas berjalan ke pajero, membuka pintu belakang lalu duduk di kusyen belakang Izwan. Bestnya lagi luas dan selesa. Aku nak tidur pun boleh. Zack memanjangkan tangan memasukkan tape ke dalam pemain kaset di hadapan. Bergemalah irama hindustan menguasai pajero Izwan. Zack mula menghayati lagu yang dimainkan.

            Izwan turut terhibur mendengar alunan muzik dari lagu bollywood yang dipasang oleh Zack. Dulu dia punyalah anti but now dia dah mulai menyukai muzik bollywood. Puncanya ? Well tentulah minah tyco tu punya pasal ( merujuk kepada Zack ). Terasa lapang dadanya.
            Ana merengus. Telinganya terasa sakit mendengar alunan lagu bollywood yang memang dia anti sungguh. Muka gadis itu mulai masam. Tanpa dapat ditahan tangannya pantas menekan butang stop. Tape itu ditarik keluar lalu digantikan dengan lagu orkestra Inggeris milik Izwan. Tape bollywood tadi dilemparkan ke dalam bekas tempat menyimpan tape di bawah pemain kaset. Puas hati aku. Elok le tu minat hindustan, kulit pun gelap. Muka sun burn ! Apa punya gadis nilah, tak jaga muka baik-baik. Menyesal nanti.

            Zack yang asyik menghayati lagu terperanjat apabila tiba-tiba telinganya disumbat dengan lagu orkestra. Terasa tegak bulu romanya. Hati mulai bengkek memandang wajah Ana yang tersenyum sinis. Ini mesti kerja anak dara tu. Apa hal lah dia benci sangat kat aku nie. Takut aku rampas Wan ke ? Eei…kirim salam sikit aa…

            Izwan turut sama terkejut dengan tindak-tanduk Ana tetapi dibiarkan sahaja. Dia tahu Ana tidak suka mendengar lagu bollywood tapi hati Zack pun mesti jugak dijaga. Bukan hati Ana saja yang kena jaga. Izwan mengerling cermin pandang belakang.

            Zack selamba sahaja. Kepalanya di anggukkan mengikut rentak muzik orkestra. Sengaja dia berbuat demikian kerana dia tahu Izwan sedang memerhatikannya di belakang. Zack tersenyum lalu mengangkat kening pada Izwan yang mengerling. Jejaka itu tanda puas hati. Takpelah berlakon untuk hati orang gembira biarpun hati aku merana. Zack mencapai majalah ‘Remaja’ lalu memulakan pembacaan.

            “ Wan, Ana tengok sekarang Wan dah banyak berubah”

            “ Apa yang berubah tu ?”

            “ He…he….Wan makin hensem le”

            “ La…itu ke. Ana pun turut berubah”

            “ Iye ke ?”
            “ Mm..makin mengancam !!!! Macam nie Wan kena upah bodyguard suruh jaga Ana agar orang lain tak boleh rembat”

            “ Ai..macam tu sekali. Tapi Ana tak suka dikongkong”

            “ Mana terniat di hati Wan nak kongkong Ana”

            “ Mana la tahu, ayang”

            “ Apadia, Wan tak berapa dengar ?”

            “ Ayang !!!”

            “ Bestnya !” balas Izwan beserta ketawanya. Ana turut ketawa cuma Zack sahaja yang serius membaca rencana yang tersiar dalam ‘Remaja’. Dia buat tak endah sahaja walaupun dia tahu apa yang dibualkan oleh Izwan dan Ana. Bilalah nak sampai ?? Hanya itulah pertanyaan yang menemani Zack.

            Sebaik pajero memasuki simpang ke Ulu Kenas, hati kecil Zack mula bersorak riang. Matanya mula meliar memandang luar. Terhibur melihat aksi-aksi kanak-kanak terjun ke dalam air dengan menggayakan aksi stunt tersendiri. Zack turut tidak sabar untuk melakukan  stunt. He…he…

            Izwan meletakkan kereta di tempat parking yang tersedia. Zack pantas keluar.

            Hm…segarnya udara. Berendam seharian pun aku sanggup. Ish..gila ke ! Nanti keras macam patung baru tahu. Ish..tak nak ler.

            Izwan membuka pintu belakang pajero dan turut menolong Zack memunggah keluar makanan. Ana masih lagi di dalam pajero. Asyik membelek mukanya dan menambah bedak juga gincu bibir. Aku mesti cantik kerana kecantikan wanita hanya untuk lelaki. Kan…kan….
            Zack menjinjing raga makanan sambil mata meliar mencari tempat kosong. Gadis itu tersenyum tatkala matanya mengesan tempat kosong di tempat redup. Wow…What a perfect place ! Laju Zack melangkah ke situ.

            Tidak lama selepas itu barulah Izwan muncul bersama Ana untuk menyertai Zack. Mereka berdua asyik berbual mengenai hati dan perasaan. Telinga Zack terasa lembik mendengarnya. Untuk mencari kedamaian sendiri, Zack berlalu meninggalkan Izwan dan Ana yang rancak berbual. Gadis itu melangkah lambat-lambat menikmati suasana alam.

            “ Hai adik. Sorang-sorang je ker ?” soal seorang pemuda yang nampak sedap parking atas motor Harley Davidsonnya.

            “ Abang ada nampak orang kat sebelah saya tak ?” balas Zack beserta dengan senyuman mengena.

            Pemuda itu tersengih. Tangannya menggaru kepala. Malu aku ! Dah nampak dia jalan sorang, buat apa pi tanya. Bodoh…bodoh…Ah tak kiralah. Well aku berkenan betul dengan gaya gadis ala tomboy tu.

            “ Boleh abang ikut adik jalan tak ?”

            Bulat mata Zack mendengar pertanyaan pemuda itu. Gila apa orang tua ni ? Tengok muka tu nampak beria sangat. Kesian pulak aku nengok mukanya.

            “ Apa salahnya”

            “ Terima kasih. Nama abang Anuar”

            “ Saya Zack. Abang sorang je ke ? Kenapa tak bawa awek keluar ?” usik Zack. Anuar yang berjalan disisinya ketawa mengekek.

            “ Ei…teruknya ketawa. Sabar…sabar…”
            “ Abang ni bukannya orang sini”

            “ Abih tu macam mana boleh tersesat ke sini ?”

            “ Saja ambik angin. Nak juga hirup udara negeri lain”

            “ Apa la abang nie. Jalan sorang bukannya nak bawak awek sekali”

            “ Tak baik bawa anak dara orang ke hulu ke hilir. Kalau dah sah suami isteri baru abang bawak”

            “ Oo..dah ada calon le tu” Zack ketawa mengusik. Hatinya kagum dengan pendirian Anuar itu. Jarang ada lelaki yang berfikiran sebegitu. Air muka Zack berubah apabila Anuar menggeleng.

            “ Aik, takkan tak ada yang berkenan di hati ?”

            “ Belum jumpa lagi, Zack”

            “ Ooo….”

            “ PQRSTUVWXYZ” sambung Anuar. Pemuda itu mengekek lucu melihat mimik muka Zack yang mendongkol marah.

            “ Teruk betul le abang nie. Hah sebagai denda abang kena beli aiskrim untuk Zack ,” Zack spontan berkata bila mana ternampak penjual aiskrim di ruang mata.

            “ Ok…Tunggu kat sini tau” pesan Anuar. Pemuda itu berlari pantas dan kembali dengan aiskrim di tangan. Tercungap-cungap dia keletihan. Peluh mula menjajar di dahinya, namun senyuman tetap membunga di bibir.

            Zack mengeluarkan saputangan dan dengan selamba menyapu peluh yang meleleh di dahi Anuar. Pemuda itu terpaku. Tidak mempercayai apa yang sedang berlaku.

            “ Kesian abang peluh”

            Nevermind. Nah aiskrim” ujar Anuar. Aiskrim Cornetto bertukar tangan. Mata Anuar merauti wajah Zack yang asyik makan aiskrim. Berkenan betul aku dengan anak dara ni (lagi sekali). Sebijik macam adik aku kat kampung.

            “ Abang, kenapa tak makan lagi aiskrim tu ? Nanti cair tak sedap ler”

            “ He…he..lupa pulak. Seronok tengok muka Zack le”

            “ Hai bahaya tu” Zack menggeleng kepala. Masing-masing senyap menghabiskan aiskrim. Tiada buah bicara yang terlahir di antara mereka lagi.

            “ Hm..abang ni orang mana ?” Zack bersuara memecah kebisuan.

            “ Orang Melaka”

            “ Mak oi..jauhnya ! Abang bermalam di mana ?”

            “ Rumah mak saudara nanti di Ipoh”

            “ Bila balik Melaka ?”

            “ Abang tengah bercuti sekarang. Bulan depan baru bertugas”

            “ Kerja apa ?”

            “ Pilot TUDM” terang Anuar. Hatinya mengekek bila melihat Zack mengangkat kening. Fuh…tiru gaya Ziana Zain le tu.
            “ Nak ikut tak Zack ke tempat member-member Zack ?”

            “ Boleh jugak”

            Zack dan Anuar berjalan beriringan sambil berbual mesra. Pelbagai topik diketengahkan.

            Aik sapa pulak yang asyik bersembang dengan Zack tu ? Tak pernah tengok pun.

            Auw hensemnya boy sebelah Zack tu. Macho, kiut, em..em..menawanlah.

            “ Wan, nie member baru aku. Anuar namanya ,” perkenal Zack setelah tiba di meja. Izwan dan Anuar saling berjabat tangan. Senyuman mesra terukir di bibir.

            “ Yang tu pulak awek Wan, Farhana namanya” Zack menunjuk ke arah Ana. Walaupun hati sakit tapi tak sanggup nak melukakan hati orang.

            Ana menghadiahkan senyuman menggoda. Matanya merenung tajam. Anuar memandang wajah Zack tanpa menghiraukan pandangan Ana. Gadis itu mencebik. Apa punya anak dara nie, pakwe kat sebelah tapi dok usya-usya aku. Tak boleh pakai punya awek, gerutu hati Anuar.

            Anuar duduk di sebelah Zack. Rancak dia melayan celoteh Izwan dan Zack. Perbualan mereka diselangi gelak tawa. Ana menyepikan diri. Tidak tahu bagaimana mahu mencelah perbualan mereka. Kalau pasal isu-isu semasa boleh juga aku celah, ini isu merapu. Ish..!!!!

            “ Panas le. Aku nak pi mandi laa” Izwan bersuara.

            “ Jom le Anuar” ajak Zack. Pemuda itu tersenyum cuma.

            “ Ana, jom mandi” Izwan mengajak Ana dengan suara….ai alamak lembutnya.

            “ Tak mau le. Ana tak bawa baju salin” tolak Ana lembut.
            Zack bagai tak cukup tanah berlari menuju ke air. Kedua-dua jejaka dibelakangnya menggeleng kepala serentak. Gadis itu menjuntaikan kakinya ke dalam air. Izwan tanpa membuang masa terus terjun ke dalam air. Zack merungut kerana percikan air menyentuh mukanya. Anuar terkekeh-kekeh melihat Zack memercik air kepada Izwan kembali.

            “ Anuar mandilah sekali” laung Izwan yang terapung-apung di dalam air.

            “ Aku tak bawa baju lebih la. Ingatkan tadi nak lepak je”

            “ Laa….Eh, mana pulak si Zack nie. Lesap tetiba aje”

            Anuar turut mencari. Terbeliak matanya melihat Zack yang mencapai juraian pokok yang boleh dibuat tempat bergayut. Izwan turut terpana. Ish….budak nie. Degil !!!

            “ Zack, bahaya tu !!!!” jerit Izwan memberi amaran.

            “ Tak le. Jangan risau !!” balas Zack. Pantas dia bergayut dan menghayunkan diri menghala ke air.

            “ Yahoo !!!!”

            Izwan dan Anuar hanya mampu menarik nafas lega. Tak terkata apa pun. Masing-masing terdiam.

            Zack melepaskan pautannya dan terus menjunam ke dalam air tanpa menyedari ada bahaya yang menantinya.

            Izwan resah. Zack masih tak timbul-timbul lagi sejak terjun ke dalam air tadi. Hatinya resah. Di fikirannya terlintas andaian buruk.

            “ Anuar, aku risau Zack tak muncul-muncul lagi”

            “ Dia main-main kut”

            “ Tak boleh jadi nie” Izwan pantas menyelam. Dia berenang ke tempat Zack terjun tadi. Izwan kian pantas berenang tatkala ternampak tubuh Zack bergerak mengikut arus. Kakinya tersangkut pada akar pokok yang berada di dalam air.

            Mata Anuar meliar memandang permukaan air menanti kemunculan Izwan ataupun Zack. Mana diorang nie ? Jangan le bagi gabra.

            Izwan merungkai akar yang melilit kaki Zack. Pantas dia memeluk tubuh Zack lalu melonjakkan dirinya ke atas. Tercungap-cungap Izwan keletihan. Anuar pantas menerpa. Tubuh Zack segera diangkat ke atas lalu dibaringkan di atas batu. Darah segar mengalir laju keluar daripada luka di dahi Zack. Izwan menekup luka Zack dengan baju putihnya. Segera pakaian itu bertukar warna. Zack tidak juga bergerak.

            “ Anuar, Zack tak bernafaslah. Nak buat macam mana nie ?” soal Izwan cemas.

            “ Yang aku tahu CPRlah. Cepat buat. Aku tak expert” suruh Anuar.

            “ Aku ada belajar caranya tapi….”

            “ Kita tak ada masa Wan. Selamatkan nyawa Zack yang penting” tegas Anuar bersuara apabila melihat reaksi Izwan yang berat hati.

            Ya..pedulikan apa orang nak kata nanti. Yang penting Zack selamat. Baiklah ! Tekad Izwan. Segera dia melakukan CPR.

             Ana datang menjengah. Terkejut dia melihat Izwan melakukan CPR. Amboi…amboi…geramnya aku. Saja si Zack tu berlakon. Macam le aku tak tau plan dia.

            15 minit kemudian barulah Zack memberikan respon. Tersedak-sedak gadis itu. Izwan membongkokkan tubuh Zack. Gadis itu memuntahkan sisa air yang tertelan tadi. Wajah Zack pucat.

            “ Macam mana, OK tak ?” soal Anuar yang berada di sisi Izwan.

            “ OK barangkali. Peninglah kepala aku !” dengus Zack. Izwan melihat luka di dahi gadis itu. Hm…dalam juga lukanya.

            “ Macammana boleh jadi macam nie ?” soal Izwan ingin tahu.

            “ Best ooo lompat tadi. Masuk je dalam air terus je kepala aku terhantuk. Try le aku nak naik ke atas. Sedar tak sedar kaki tersangkut dengan akar pokok yang berjuntai dalam air. Try punya try tiba-tiba rasa blank. Lepas tu aku tak tau apa jadi. Nak try lagi sekali le ,” becok mulut Zack. Anuar dan Izwan serentak menjeling. Teruk dah luka still nak try lagi. Ish..ish…budak nie. Alien kaa ????

            “ Jom ke hospital sekarang !”

            “ Apa ni Wan ? Aku dah ok le” bentak Zack. Baru je datang dah nak balik. Tak best ler….

            “ Jom !” tegas Izwan

            “ Takkan nak balik dah, Wan. Baru je kita di sini. Ana tak puas lagi le” rungut Farhana.

            “ Kalau nak stay sini, tinggallah sorang ,” bentak Izwan. Ana terdiam. Tak terkata apa dengan lentingan Izwan yang baru pertama kali diterimanya semenjak mula berkawan dengan jejaka itu.

            “ Anuar tolong kemaskan barang-barang. Letak dalam pajero aku. Begini ler, kau bawa pajero aku. Biar aku drive motor kau. Nak cepat nie. Karang kau jumpa aku di hospital Kuala Kangsar. Tahu ke di mana ?”

            “ Ana boleh tunjukkan ,” Ana volunter menjadi penunjuk jalan. Saja je dia nak sakitkan hati Izwan tetapi tiada reaksi daripada jejaka itu. Ana mencebik.

            Izwan mengambil kunci daripada Anuar dan membimbing Zack ke motor. Anuar turut beredar. Ana mengekori dari belakang.

            “ Wan, takkan le nak pergi hospital tak berbaju. Malu le beb” tegur Zack yang sejak tadi asyik menahan lawak. Gadis itu ketawa lucu.

            “ Lupalah. Lain kali Zack buat le lawak lagi ye. Bak sini baju Wan. Nah ambik saputangan nie tutup luka tu”

            “ Takkan nak pakai baju penuh darah Zack tu ?”

            “ Bantai je la” balas Izwan. Zack diam. Pantas disambutnya huluran saputangan lalu ditekap pada luka didahi yang darahnya masih tidak berhenti mengalir.

            Motosikal segera meluncur laju menuju ke pekan Kuala Kangsar. Setiap kali bertembung orang sahih mereka akan menoleh berkali-kali melihat Izwan yang memakai baju putih yang telah lencun dengan darah.

            Zack terasa pening. Matanya mula berpijar-pijar. Terasa bagai nak melayang je tubuhnya.

            “ Wan, aku nak pitamlah” bisik Zack. Izwan terkejut tapi segera bertenang.

            “ Peluk aku kuat-kuat” arah Izwan. Zack segera mematuhinya. Mata Zack kian lama kian berat dan pandangannya mula kelam.

No comments:

Post a Comment