Saat bersama adalah yang paling TERINDAH....

Saat paling bahagia adalah ketika kita melihat orang yang kita sayangi itu tersenyum dan lebih membahagiakan apabila kita
adalah insan di sebalik senyumannya.

*****Saling menyintailah Hanya kerana Allah
*****Saling menyayangilah Hanya kerana Allah
*****Saling membahagiakanlah Hanya kerana Allah

*******KERANA Hanya Allah-lah yang dapat menumbuhkan
rasa cinta, kasih sayang dan kebahagiaan tersebut.

Wednesday, March 27, 2013

Kak Ngah with crew bercuti.

Cuti ni Kak Ngah mai lepak rumah aku. Bawa anak-anak berjalan. Riuh rendah rumah bila suara anak aku dengan anak dia bergabung lalu meletupkan gegendang telinga yang ibu-ibu ni. Hahahaha....Nak bawa mereka meronda-ronda, masa aku terhad. Maklumlah aku kerja. Kalau cuti boleh juga merendek. Tambahan semalam aku ada kursus di Ipoh. Balik sampai rumah pun dah jam 7 malam. Kesian juga tengok depa mai bercuti ke sini tapi dok terperap dalam rumah ajer.

After isyak, aku ajak depa keluar melepak ke Aeon. Sambil si ibu jamu mata yang si anak boleh main. Seronok tengok anak-anak main mainan. Yang tak syoknya, mainan tu kena masuk duit plak. Cubalah bagi mainan free. Takde beli apa pun. Hanya beli roti, sambil lepak sambil makan. Tak boleh lepak lelama ler pasal Aeon nak tutup dah. Ok pergi ronda-ronda Lumut dan lepas tu balik. Kasi setel rumah dan kemudian masuk tidur...Huargghhhh mengantuknyaaa..............

Today depa nak balik dah. Aku dah belikan tiket bas pukul 2 karang. Terpaksa balik hari ni coz banyak lagi kerja Kak Ngah nak buat. Lain kali boleh datang lagi.

No comments:

Post a Comment