Saat bersama adalah yang paling TERINDAH....

Saat paling bahagia adalah ketika kita melihat orang yang kita sayangi itu tersenyum dan lebih membahagiakan apabila kita
adalah insan di sebalik senyumannya.

*****Saling menyintailah Hanya kerana Allah
*****Saling menyayangilah Hanya kerana Allah
*****Saling membahagiakanlah Hanya kerana Allah

*******KERANA Hanya Allah-lah yang dapat menumbuhkan
rasa cinta, kasih sayang dan kebahagiaan tersebut.

Monday, November 28, 2011

Rasa hati

Langit yang mendung sudah berarak lalu
Pelangi kembali menerangi hati
Senyum mula terukir indah di bibir
Kelegaan bertamu dan sayang mula memuncak
Sayang berjuta sayang
kasih dicurah penuh bererti
Moga hari-hari yang mendatang akan diberkati

XTVT Along


Tanggal 30.10.2011, Along ambil ujian tali pinggang taekwando. Dari putih nak tukar ke warna kuning. Punyalah semangat Umi menghantar Along ke Dewan dekat Pejabat Daerah. Aku angkut sekali Abang dan Damia. Abi ada futsal pula hari tu kat belakang Giant. So aku ler kena attend dulu. Habis futsal baru Abi akan datang. Pukul 2 dah sampai kat dewan. Sharp ikut surat yang cikgu bagi. Tunggu punya tunggu, jam 3 lebih baru mula pasal penguji tu datang pukul 3. Along sedap bertaekwando, aku pula sibuk berperang mengejar Damia yang tidak reti duduk diam. Jenuh mahu mengejar.


Amboi sempot mengerling lagi Along. Tengok master tu. Karang kena marah baru tahu. Jangan hiraukan Umi kat tepi ni. Buat elok-elok ye sayang. Anak Umi Boleh !! Chaiyok....Chaiyok...nampak sangat Umi yang terover excited ni. Saper plak yang ambil ujian ni. Along ke Umi....Kang Umi buka langkah kang terus jek master dengan penguji Along tu pengsan...Umi ni jurusan suka hati...

Hahaha dulu Umi belajar sekerat jalan. Tak sempat nak tukar warna tali pinggang pun. Takper Along yang akan membawa delegasi Umi. Hidup Along...Along boleh......Selamba jer gaya Along. Hahaha per la aku yang terlebey sudah. Bagus Along berjaya ujian ni. Pas ni Along pakai tali pinggang kuning pula. Belajar lagi n pas ni boleh ambil ujian lagi....Bagus-bagus.....


Kesian Damia. Terlena keletihan. Kalau tak tidur ke hulu ke hilir meneroka tempat. Mujur Abi datang dan boleh bergilir menjaga dan mengepungnya. Mana tak tidur. Dekat berapa jam dah aku n anak-anak bertapa dalam dewan ni. Dari jam 2 hingga jam 5.....penat...penat.....
After keputusan diumumkan master dan semua bersurai, Abi bawa kami ke Tesco. Saja mahu belanja Along makan KFC. Suka kemain bebudak ni. Aku suka tapi aku tak suka ayam KFC la ni pasal sekarang ni tengah promote ayam goreng tomyam...Aku kan tak suka tomyam...Biasa ler dari dahulukala memang tak sior teman dengan tomyam ni gara-gara teman tak berkenan dengan daun limau purut. Apalah yang daun limau purut tu buat kat teman sampaikan teman idak suker.

Thursday, November 24, 2011

JJCM - Coral Bay Resort

Gara-gara aku berkursus selama 3 hari 2 malam pada 15-17.11.2011 di Pangkor, terpaksa aku menyusahkan Mak dan Ayah Mertua aku. Terima kasih Mak dan Ayah kerana sanggup membantu Zai menjaga anak-anak. My hubby pula tidak dapat menyertai kerana dia terpaksa bekerja shift malam. Foto atas ni snap dalam teksi on the way nak ke hotel Coral Bay Resort. Tengok Si Damia yang tidak reti duduk diam. Siap nak panjat lagi kerusi tu. Tidak padan langsung muka lembut tapi buas yang amat.

Along with happy face....Seronok tak terkata dia. Maklumlah cuti sekolah lagi awal dari kengkawannya. Orang lain sekolah, dia pula bercuti gara-gara mengikut Umi berkursus. Menyengih tidak habis-habis dari jeti Marina lagi.

Coral Bay Resort......Saja snap bukti tanda dah pernah sampai sini.

Mulalah tu aktiviti meneroka bilik. Memang dah hafal sangat keletah anak-anak Umi ni. Masuk jer dalam bilik hotel adalah aktiviti yang mereka dah rencanakan diam-diam.

Damia yang tanpa membuang masa memulakan operasi menyelongkar. Dok hello-hello...Macam gelagat si Abang kecik-kecik dulu. Masuk bilik hotel, telefon hotel dia target dulu. Terus aku cabut wayar belakang. Karang tak pasal-pasal aku kena buat bayaran tambahan. Ikut suka dia je menekan nombor.

Amboi bertimpuh makan biskut. Mata tu dok khusyuk kat skrin TV.  Habis bersepah bilik dengan sisa-sisa makanan. Lepas biskut, makan roti. Along dengan Abang makan maggi pun dia join sekali. Jenuh mak menjaga anak aku yang kian buas ni sampaikan sakit-sakit pinggang dia. Kesian aku tengok. Maklumlah masa aku amat terhad semasa kursus ni. Mula dari pagi sampaikan ke malam ada aturcara. Balik je aku ke bilik, Damia dah terbungkang tidur. Sian anak Umi. Tak dapat berkepit macam biasa.

Gelagat Along dan Abang yang suka sangat bertembung dengan air. Tak nyempat-nyempat dari mula sampai lagi nak mandi kolam. Mujur Umi terkena aktiviti team building yang menyebabkan Umi terpaksa berendam dalam kolam mandi. Selesai aktiviti tu, Umi bagi green light pada anak-anak Umi turun ke bawah mandi kolam. Seronok bukan main mereka menerpa kolam. Tengok muka pun dah tau...aura kegembiraan yang amat menyerlah.

Along dengan gaya kuak lentang siap bagi tanda peace lagi.

Amboi punyalah seronok main air. Jeles juga Umi tengok. Kang kalau Umi buat aksi ni sahih nampak buruk benor..

Udah tu anak-anak. Jom balik bilik. Jenuh memujuk suruh naik tapi liat benar sorang-sorang. Sampai kena ugut baru nak naik. Karang lambat-lambat tak sempat Umi nak kejar Asar. Baju dan tudung pun tak gosok lagi untuk acara dinner malam ni.

Balik dah. Lepak tunggu Abi ambil kereta. Apalagi aku gedegik-gedegik ler ambil gambar anak-anak. Seronok tengok kolam kecik yang jadi sebahagian landscape Jeti Marina.

Ikan....Ikan.....Muncung-muncung bibir Along punya beria menunjukkan anak-anak ikan dalam kolam kecik tu. Apa-apapun aku gembira anak-anak aku terhibur bercuti yang macam tak cuti ni. Sempat Abi bawa mereka ronda-ronda Pangkor. Aku tak ikut program mereka pasal jadual aku padat dengan program kursus.

Monday, November 21, 2011

kursus oh kursus

Tengok tu ! Hah baru rasa macam dalam persidangan. Buka je mata yang mengantuk udah terpampang board tu. Udah-udah ler mengantuk tu.

Sempat laie berposing nak buat kenangan. Ni last day. Pasni masing-masing udah nak balik tempat sendiri. Bila lagi ler nak berjumpa kembali. Semuanya ayu-ayu belaka....hahahaha masuk bakul angkat sendiri je aku ni.

Teman paling setia. Tanpa kau di sisi tak tahulah dah berapa kali aku terlanggar zon tidur...Pesanan : Jangan makan banyak-banyak nanti gigi rongak...Hahahah

Friday, November 18, 2011

kursus oh kursus

Lepas kursus 2 hari berulang alik dari Manjung ke Ipoh nun pada 10 & 11.11.2011, kena pulak ke Pangkor menghadiri Persidangan Teknikal Pegawai Sokongan 1 JPS Perak selama 3 hari 2 malam. Kali ni siap angkut satu rumah ke sana. Mak dan Ayah mertua aku pun kena angkut sekali. Minta tolong jaga anak-anak aku bila aku ada program. Fuh memang padat giler ler aturcaranya. Sampai ke malam. Tu yang kekadang terbuat aksi ala-ala burung belatuk...hahaha mana tahan mengantuk. Sudah ler penghawa dinginnya sejuk betul suhu, aku pula tak ingat nak bawa sweater so apalagi peluk badan ajer la.. Penginapan yang disertakan  urusetia adalah di Coral Bay Resort. Mmm ok ler. Janji ada tempat tidur. Aku siap kena siapkan budget untuk separate room for my family. Jabatan tak support yang tu pasal personal punya. Ini upload gambar yang aku snap dari kamera telefon. Yang lain akan di upload kemudian.


Intan, Diana dan Kak Normah...


Aku dan Dila...Muka mengantuk tahap tak ingat punya.

Hai lambat lagi ker...Apa yang anak-anak Umi tengah buat kat bilik tu.

Apalah yang difikirkan tu Puan Dila...Terkenangkan fail-fail yang bertindan kat ofis ke tu ??

Apa yang korang rasa ?? Apa punya soalan daaa..

Eceh ni pun aku berkenan nak snap...

Wah.....mengancam terancam


Monday, November 14, 2011

Yaya2 dan Ying

Ahad, 14.11.2011 Abi ada powerman. Malas nak keluar sokong Abi pasal tentu sahaja traffic teruk ketika event powerman tengah berlangsung. So sebagai langkah bijak aku dan anak-anak hanya melepak dalam rumah saja. Tengah bersarapan nasi goreng, Abi pun sampai. Awal juga Abi balik. Ooo iye patutlah Abi balik awal rupa-rupanya aku tak teringat rancangan Abi nak ke Parit Buntar untuk ambil sugar glider untuk dipasangkan dengan Boboi Boy. Semuanya bersiap. Lepas saja Zohor terus bertolak ke sana. Bergilir bawa kereta pasal Abi tak larat, mengantuk sangat. Iyalah kena standby kat stadium pukul 6 lebih. Sampai pekan Parit Buntar Abi call Danny. Tunggu Danny area Bas Stesen. Sampai je Danny, tak sabar-sabar rasanya nak tengok Yaya2 dan Ying. Hahaha comel....comel....tapi garang. Kejap-kejap menderam marah...nak kena dengan Umi nie. Lepas selesai urusan dengan Danny, terus bertolak balik. Singgah makan malam di nasi kandar Pantai Remis. Pergh...sedap...
Sampai rumah dah jam 9 malam. Selesai menguruskan dan main-main dengan Yaya2, Ying dan BoboiBoy. Aduh kena kencing dan berak si BoboiBoy dengan Ying. Asyik kena berak jek aku...Aper tengok muka Umi ni muka jamban ke tiga-tiga SG ni...Udah kena mandi ler Umi ni...Belum sempat lagi Umi tangkap gambar Yaya2 dan Ying.Bila sudah tangkap nanti Umi akan upload yer....

AidilAdha 2011 Kg Ulu Kusial, Kelantan.

Pagi raya saja sudah sibuk Mak Tok melayan cucu-cucunya makan.

Abang yang manja. Kalau Mak Tok tak suap terus tak mau makan.

Abang bergaya dengan baju raya yang Mak Jah buat.

Yeehaaaa.....seronok Mia main dengan Along.

Abang yang tidak boleh berpisah dengan kereta...Ish hero Umi ni..

Aksi Mia berbaju kurung...Lasak sama ajer...

Comel tak saya ?....

Pose manja Along dan Abang di beranda rumah.

Mia kalau dapat senyum memang over...Abang maintain macho...

Potret sekeluarga...Hehehe baru nak buat tahun ni..Tema baju hijau cuma kaler je lain sikit...takper la janji dalam kategori hijau juga.

Sengaja snap gambar banyak kali. Mia tak reti duduk diam..Tengok ler dia punyalah khusyuk tengok jahitan manik di baju Umi.

Sugar Glider

Sleeping pouch yang Abi order dari internet. Comel !!

Rumah dan tempat minuman. Tunggu Abi beli kandang baru. Pastu boleh decorate.

Tak sabar nak tengok BoboiBoy, Yaya 2 dan Ying guna kain ni...

Blanket for SG

Lawa tak pouch yang Abi beli ?..

Beriadah sambil bersantai.

Along bergaya dengan pouch BoboiBoy...

Amboi seriusnya Abang....Senyum ler sikit....

Yah...merasa juga Mia main basikal di luar. Punyalah lama dikerling-kerling basikal kat luar tu. Pantang pintu rumah terbuka cepat ler langkah dia ke basikal.

Nak join sekali ker...Meh kita beramai-ramai berbasikal....

Vroommm...vroommmmm....

Apa tu ?...Entah apa yang seronok sangat dilihatnya di langit tu. Tak sempat Umi nak tengok pasal ralit snap gambar dia.

Program Kenali dan Sayangi Penyu 12.11.2011

      Hari Sabtu 12.11.2011, Abi bawa kami sekeluarga join aktiviti syarikatnya di Segari, tempat pemeliharaan penyu berdekatan Baitul Hilal. Punyalah seronok Along, Abang dan Mia. Teruja melihat penyu dengan mata sendiri, siap boleh pegang real life punya. Bangun awal bersiap dan lepas tu hanya tunggu Abi balik dari kerja malam. Cepat Abi bersiap macam tahu-tahu saja anak-anaknya sudah tidak sabar lagi hendak ke sana. 
            Cuaca hari tu pula hujan renyai-renyai. Tiada langsung tanda ingin reda. Sampai terus cari parking dan cari khemah untuk berlindung. Ramai budak sekolah area Segari dijemput untuk acara program. Seronok tengok muka semangat mereka walaupun hujan turun tidak menunjukkan tanda-tanda akan berhenti. Acara permulaan adalah peraduan mewarna. Along dan Abang turut menyertainya. Tidak berhenti mulut Along bertanya Abinya...nak guna warna apa Abi, yang ni kaler apa, macam mana nak buat ?...Naik tersenyum aku mendengar celoteh Along yang serba-serbi nak tahu. Yang Si Abang pula cool ajer. Dia main hentam jer warna ikut suka dia.....Bravo Abang...Si Mia pula mengamuk nak berjalan. Macam mana nak lepaskan dia. Di luar tu masih lagi hujan. Lagipun persekitaran becak. Berpusing-pusing dia atas dukungan. Naik lenguh tangan aku nak mengepitnya. Mia oo Mia.....Hahahaha itulah telatah anak-anak...
 

Bersungguh kelihatan Along dan Abang mewarna

Warna elok-elok Along...Punyalah gabra mula-mula....

Abang yang Cool....Relax dia jer mewarna

Tengok apa tu ?.....

Bergaya di sisi replika penyu


Anak-anak penyu yang berenang girang

Abang with penyu

Aik naper penyu Abang besar....Apa pasal Along pegang yang kecik jek ? Takut yer........

Ada berani pegang ?

Suker...suker.....

Along geram....dapat pegang juga anak penyu besar

Apa yang Mia tengok-tengok tu ?

Muka serius je anak Umi ni....Pegang jangan tak pegang

Along dengan Abang Mirul (jiran sebelah rumah)

Ni bertiga kena hati-hati yer...tu tuntung bukannya penyu...


Aiseyman bila nak mula ni...Mai ler tunjuk dekat sikit...

Ku doa semoga penyu-penyu yang dilepaskan hari ini akan berjaya hidup menghadapi dugaan di laut lepas dan akan kembali bertelur di pantai ini semula

Selamat berjaya

Anak penyu yang Along dan Abang lepaskan. Harap kembali semula ke sini yer...