Saat bersama adalah yang paling TERINDAH....

Saat paling bahagia adalah ketika kita melihat orang yang kita sayangi itu tersenyum dan lebih membahagiakan apabila kita
adalah insan di sebalik senyumannya.

*****Saling menyintailah Hanya kerana Allah
*****Saling menyayangilah Hanya kerana Allah
*****Saling membahagiakanlah Hanya kerana Allah

*******KERANA Hanya Allah-lah yang dapat menumbuhkan
rasa cinta, kasih sayang dan kebahagiaan tersebut.

Wednesday, November 2, 2011

Sedih..sedih.....

Hari ni tanggal 2.11.2011 akan sentiasa diingati kerana ahli baru keluarga kami iaitu Yaya dah tiada @ mati. Patut ler 2 ke 3 hari ni tidak seberapa aktif. Aduh singkatnya masa Yaya meriangkan hari kami sekeluarga. Semalam sebelum tidur sempat lagi aku bermain dengan Yaya. Lepas cium n serah pada adik, aku pun terus naik tidur. Pagi tadi tengah hendak bersiap pergi kerja, Abi jerit dari bawah suruh turun kejap. Aku pun menonong turun. Sayu jek Abi bagitau Yaya dah mati. Rasa sepoi mood hari ini. Umi sayang Yaya.

Yaya sakit sebab Damia pijak ker? Maafkan Damia yer Yaya. Damia tak tahu apa yang dia buat. Aku ambil Yaya pegang buat kali terakhir sebelum Abi tanam Yaya kat depan rumah. Snap gambar Yaya yang dah keras tu. Bila rindu pasti Umi akan tengok gambar Yaya. Tiada lagilah aksi manja Yaya. I love You Yaya.

Tengahari tadi adik mengadu yang Boboi Boy banya termenung. Langsung terperap sahaja. Sahih Boboi Boy terasa Yaya dah tiada disampingnya. Iyalah selalu Yayalah yang suka mengganggu ketenteraman Boboi Boy. Balik rehat tadi sayu hati aku tengok kandang Yaya dan Boboi Boy. Terasa macam ternampak sahaja bayang Yaya. Memang Yaya selalunya yang akan memeriahkan kandang. Kekadang menyambut kepulangan kami. Bawa keluar Boboi Boy main dengan dia. Mata Boboi Boy dok tenung mata Umi jek. Nak mengadu pada Umi ke Boboi Boy kesunyian. Umi nak buat macam mana Boboi Boy. Umi tiada kuasa yang membolehkan Umi menghidupkan Yaya. Biarlah Umi jadi teman sepermainan Boboi Boy sebelum Abi dapat mencari peneman Boboi Boy. Sabar yer sayang.

No comments:

Post a Comment