Nun sayup-sayup mata memandang, kelihatan kelibat susuk badan insan terbongkok-bongkok membersihkan laman belakang banglo 2 tingkat yang yang terletak berdekatan pantai itu. Angin yang berhembus kuat tidak diendahkan kerana tugasan yang diberi perlu dilaksanakan secepat mungkin. Jika engkar nescaya malam ini dia akan tidur ditemani kelaparan hingga ke siang hari. Oh....apakah salah aku dibebani ujian sebegini. Dalam usia semuda ini aku terpaksa menempuh segala onak duri kehidupan. Ya Allah kau kuatkanlah hatiku untuk mendepani semua ujian ini.
Kerlingan mata di sebalik cermin membuatkan darah Zaryn tersirap. Amboi amaran bahaya tu. Hehehehe nampak gaya macam kena tidur luar sahaja aku malam ni. Marah tahap petala ke lapan sudah. Sengihan yang dilemparkan tu yang membuatkan aku tidak tahan. Ini macam gaya jepun mahu memancung kepala.
Rasa macam orang bersalah sahaja diperhatikan oleh mata itu. Selagi aku tidak selesaikan tugas ini, selagi itulah mata itu akan terus mengawasi aku tanpa jemu. Iyalah aku akan sudahkan kerja-kerja yang telah diarahkan pada aku. Yes Madam, I'll do it for you.
" Tak siap-siap lagi ke Cik Zaryn sayang oi ?" suara si mata tu menegur.
Hehehe ada juga perasaan nak tegur aku. Ingatkan nak mogok boikot aku sampai tahun depan. Hanya senyuman yang dia lemparkan kepada si mata itu. Isyarat tangan diberi menandakan hanya tinggal sedikit saja lagi. Si mata hanya memberikan anggukan. Tegak dia berdiri di muka pintu. Umpama seorang warden penjara mengawasi pergerakan banduan. Tanpa membuang masa laju aku menyudahkan kerja.
" Siap !" Sorak Zaryn gembira. Laju berlari menyelitkan tubuh ke sebelah si mata yang tercegat di muka pintu.
" Zaryn !!!..." Panjang jeritan dilontarkan.
" Kenapa Umi ?. Marah sangat Abi tengok. Apalagi yang dibuat si Zaryn tu. Sabarlah sayang. Budak-budak memang macam tu. Yang awak benggang sangat ni kenapa ?" tegur Si Suami yang bergegas ke dapur sesudah telinga menangkap jeritan si Isteri.
" Penat Umi berleter suruh kemaskan laman belakang. Berpuluh-puluh ribu ayat yang keluar barulah dia mengangkat punggung buat kerja. Naik terseliuh rahang Umi ni membebel" Luah Umi. Naik radang dengan tingkah anak gadisnya yang pantas melarikan diri sebelum sempat aku memeriksa kerjanya.
" Sabarlah sayang. Jangan diikutkan perasaan marah tu. Jom teman abang berehat di balkoni," Pujuk Abi. Rona muka Umi mulai tenang. Laju langkah mengekori Abi ke hadapan. Nasib baik ada penyejuk ni, kalau tidak nahas aku kerjakan Si Zaryn tu. Apalah nak jadi dengan anak bongsu aku ni ?. Umur dah 20 tahun tapi masih berperangai macam budak-budak. Ini yang selalu terjadi kalau anak dara tu bercuti. Rajin pula dia ambil cuti. Bukannya nak ke mana pun. Cuti tu pun dok terperuk dalam bilik. Nak kena bagi kahwin dia ni..Umi tersenyum. Sudah terbayang perancangan akan datang. Hehehe pastinya lepas ini akan ada pemberontakan berlaku.
Zaryn termangu di balkoni biliknya. Sedap berbaring di kerusi malas sambil angin petang mengelus lembut. Memang hebat Abi cari tanah ini untuk dibangunkan rumah mereka sekarang. Memang santai habis. Matanya memandang awan yang berlalu pergi. Bermacam-macam bentuk. Jadi asyik melihatnya. Hahaha sahih Umi kat bawah tu dah diam kena pujuk dengan Abi. Terima kasih Abi kerana menjadi penyejuk gunung berapi Umi tu. Kalau dibiarkan mahu lebur aku dihujani hujan leterannya. Baru nak berehat sekejap dah kena kerah buat macam-macam. Masa cuti begini ler aku nak lepak santai macam ni. Kalau masa kerja tak sempat nyer...Mana nak kejar itu, mana nak kejar ini. Tahu-tahu balik saja, nak angkat tangan pun dah tak larat. Masa tu main saja terjun saja atas katil. Buka mata saja dah pukul 6 pagi. Bangun dan terus terpa bilik air. Selesai menunaikan tanggungjawab terhadap pencipta, terus bersiap ke pejabat. Masa tu muka Umi pun tak sempat nak pandang. Ini masa cuti ler nak bermanja dengan dia. Tapi dia....hehehe pantang sungguh kalau aku duduk berehat macam ni.
Nak keluar malas. Dari aku letih berjalan ke hulur ke hilir baik aku manjakan diri aku dalam bilik ni. Boleh lepak pandang langit biru tu. Sambil mata melihat bentuk awan yang beraneka bentuk. Mahu alpa aku dibuatnya. Telefon bimbit di hujung meja tiba-tiba berdering. Ai selalu time cuti cenggini, bunyi telefon aku pun akan bercuti bunyi juga. Hairan. Siapa yang nak mengacau aku masa cuti begini. Nak kena ni !! Zaryn merengus. Telefon bimbit yang tidak henti berbunyi dicapai dengan paksa rela.
" Woi Zaryn !!!" Jeritan Wawa menyakitkan telinga. Sudahlah punya dekat Zaryn letak telefon tu ke telinga. Mau pekak aku dengan Wawa ni. Jerit tak henggat dunia. Kalau aku pekak, kat siapa aku nak minta gantirugi ni.
" Apa oi-oi ni....Telefon aku jerit woi. Apa punya tur ni ?," marah Zaryn penuh geram.
" Maaflah yer....Aku excited dapat call kau ni. Tak sabar aku nak jumpa kau. Banyak cerita aku nak gebang dengan kau." Bersemangat Wawa bercakap. Teruja kembali ke Malaysia setelah menetap 6 tahun di Kanada. Terlalu banyak cerita mahu dikongsikan dengan Zaryn. Tidak sabar mahu berjumpa anak dara tu juga. Kawan karib yang terpisah sebab masing-masing melanjutkan pelajaran.
" Kau ni pun bawa-bawalah bersabar. Aku tak lari ke mana-mana pun. Kau tunggu di rumah. Aku datang ambil. Siap cepat. Kalau lama aku depan rumah kau tak keluar lagi, aku terus balik. Ingat tu !" Hahaha siap bagi amaran. Kalau tak warning mahu berasap aku tunggu dalam kereta. Tahu sangat dah minah ni kalau bersiap.
" Ok. Aku tunggu kau datang." Terus Wawa meletak telefon.
Amboi sampai tak sempat bagi salam. Minah ni tak berubah dari dulu. Sama sahaja sikap kecohnya. Hahaha...Wawa oo Wawa....
Suasana pasar malam riuh rendah. Begitu ramai orang mengunjungi. Ada yang mencari bekalan bahan mentah , ada yang mengintai menu makan malam yang ringkas dan ada juga yang mencuci mata melihat barang jualan dan orang ramai yang bermacam gelagat. Terhibur Zaryn mendengar laungan peniaga-peniaga yang mahu menarik perhatian pelanggan. Mangkuk berisi ABC ditarik rapat. Perlahan menghirup air ABC yang sejuk. Terasa lega tekak yang kering melayan Wawa bersembang.
" Zaryn, kawasan ni dah banyak berubah yer. Gerai Makcik mee sup yang kita suka tu dah takder yer," Wawa merenung tempat gerai mee sup yang digemarinya yang telah diganti dengan gerai yong tau fu. Melepas aku nak makan mee sup makcik tu. Aksesori lebih. Balik jer dari Kanada ni takde soal lain yang aku suka melainkan makan..makan..makan dan makan. Macam nak balas dendam sebab kat Kanada dulu tak dapat nak makan semua ni. Mana nak cari ooii kat tempat orang tu. Tanahairku ini juga yang terbaik. Saya sayang Malaysia.
" Masa berlalu pantas kan. Dengar cerita makcik tu dah tak larat berniaga. Anak dia tak bagi meniaga dah. Baguslah tu. Dah tiba masanya makcik tu untuk berehat. Biar anaknya pula menjalankan tanggungjawab menjaga dia. Takper nanti kita cari mee sup lain. Kau ni Wawa, dari tadi tak berhenti-henti makan. Tak kenyang-kenyang lagi ke cik kak," Zaryn tepat memandang Wawa. Semangkuk mee kari telah licin. Sepinggan yong tau fu pun sudah tidak bersisa. Ini dah kecur mee sup. Kuat makan betul tapi badan tu tetap juga sekeping...Hahaha
" Selera besar sekarang ni. Jom kita riki makanan lain," Laju Wawa menarik tangan Zaryn bergerak di celah-celah pengunjung pasar malam yang ramai itu. Bulat mata Wawa melihat juadah yang dijual. Semuanya kelihatan menarik di ruang kaca matanya. Perut mula berbunyi. Baru saja makan dah lapar balik. Ish..ish.....
Sedang asyik memandang meja jualan yang dilewati, tanpa diduga terjadi satu peristiwa yang pasti takkan Zaryn lupakan sampai bila-bila. Waaa rasa nak menangis waktu tu juga. Dia dah terpeluk seseorang di hadapan khalayak ramai. Diulangi....di khalayak ramai. Rasa macam nak benamkan muka ni bila terasa panas kucupan di dahi. Mamat tu terhadiah ciuman pula kat dahi ni. Eeiiii.......Maklumlah dia ni bukanlah tinggi sangat. Sedang-sedang tinggi kata orang. Seseorang yang dipeluk tu pula tinggi lampai. Rasa nak terbakar dia masa tu. Mau taknya entah berapa banyak pasang mata yang memandang mereka. Wawa di sebelah turut terkebil-kebil memandang. Seakan-akan tidak mempercayai apa yang telah terjadi sebentar tadi. Kenapalah hari ini, waktu ini dan saat ini yang peristiwa ni hendak berlaku. Tak boleh tunggu lain waktu dan lain tempat ker?...Huhuhu..tak baik tau menyalahkan takdir. Ini semua kuasa Allah swt. Laju Zaryn menarik tangan yang melingkar di tubuh lelaki itu. Sepintas saja dia memandang wajah lelaki itu. Zaryn membongkok memohon maaf. Setelah buat apa yang patut, dia terus melajukan langkah meninggalkan kawasan tersebut. Hanya ingin meninggalkan kawasan bersejarah itu secepat mungkin. Umi....anakmu ini telah menodai seseorang....Waaaaaa !!!....
****
Waiz tersenyum sendiri. Gelagat gadis yang ter'eksiden dengannya tadi terakam kemas dalam ingatan. Betapa kelam kabut gadis itu memohon maaf. Tanpa menunggu balasan terus dia beredar tanpa berpaling. Memang ketara betul awek tu nampak gabra habis. Hehehe....Harap gadis itu diberi ketenangan. Peristiwa singkat itu diharap tidak menganggu hidup gadis itu nanti. Memang tidak sangka hari ini aku akan mengalami peristiwa memalukan ini tetapi menyeronokkan. Hilang stress aku. Hilang terus bebelan mama yang terngiang-ngiang dalam hati ini. Terima kasih awak...kerana awak telah berjaya menenangkan saya. Kalau ada jodoh, kita pasti akan bersua kembali. Waiz kembali meneruskan langkah untuk kembali ke kereta. Senyuman manis setia meniti di pinggir bibir mengingatkan kejadian tadi. Dia terus melangkah tanpa memperdulikan pandangan gadis-gadis yang berpapasan bersama yang tertarik dengan senyumannya.
*******
" Arghhhhh !!!!!!!" Jerit Zaryn sekuat hati. Cuba melepaskan rasa yang terbuku dalam hati. Kenapalah jantung aku ni tak berhenti dup dap dup dap dari tadi. Rasa panas pun tak reda-reda lagi. Dia memandang pantai yang terbentang depan mata. Apsal tak tenang-tenang lagi ni. Sesudah menghantar Wawa ke rumah, dia terus memecut ke tempat ini. Di sinilah tempat istimewanya untuk mencari ketenangan. Penghawa dingin yang terpasang pun tidak berjaya mengurangkan resah hati ini. Zaryn mematikan enjin kereta. Setelah mengunci kereta, Dia berjalan menuju ke batu besar. Bersila di sana sambil mata melihat panorama laut. Mula terasa ketenangan menghadirkan diri. Senyuman mula bertamu.
Takpe lah, apa yang jadi tadi hanya sekadar peristiwa tak terjangka. Tidak usah mengingatinya lagi. Baik Zaryn....lupakan saja peristiwa sejarah tu. Bagus...bagus....tak guna nak kenang sebab tidak membawa keuntungan pun. Setuju...setuju....lagipun mengingatkannya hanya memalukan saja. Lagipun bukannya aku akan jumpa lagi lelaki tadi. Muka dia pun aku tak cam. Sebab tadi pandang sepintas lalu sahaja. Bukan apa tadi aku dah malu sangat pada lelaki yang percuma saja aku bagi pelukan. Lagi bertambah malu bila lelaki itu tercium dahi aku akibat daya perlanggaran. Usah cakap aper la...Waktu tu aku rasa macam muka aku ni dah lari masuk menyorok dalam kocek baju. Ok lupakan...lupakan...yang aku pergi ingat lagi ni buat apa.
Baik Zaryn, kita lupakan saja apa yang berlaku. Hari yang baru bakal menanti kita...Berusaha dan terus berusaha......

No comments:
Post a Comment