Gara-gara aku berkursus selama 3 hari 2 malam pada 15-17.11.2011 di Pangkor, terpaksa aku menyusahkan Mak dan Ayah Mertua aku. Terima kasih Mak dan Ayah kerana sanggup membantu Zai menjaga anak-anak. My hubby pula tidak dapat menyertai kerana dia terpaksa bekerja shift malam. Foto atas ni snap dalam teksi on the way nak ke hotel Coral Bay Resort. Tengok Si Damia yang tidak reti duduk diam. Siap nak panjat lagi kerusi tu. Tidak padan langsung muka lembut tapi buas yang amat. |
Coral Bay Resort......Saja snap bukti tanda dah pernah sampai sini. |
Mulalah tu aktiviti meneroka bilik. Memang dah hafal sangat keletah anak-anak Umi ni. Masuk jer dalam bilik hotel adalah aktiviti yang mereka dah rencanakan diam-diam. |
Along dengan gaya kuak lentang siap bagi tanda peace lagi. |
Amboi punyalah seronok main air. Jeles juga Umi tengok. Kang kalau Umi buat aksi ni sahih nampak buruk benor.. |
Balik dah. Lepak tunggu Abi ambil kereta. Apalagi aku gedegik-gedegik ler ambil gambar anak-anak. Seronok tengok kolam kecik yang jadi sebahagian landscape Jeti Marina. |
No comments:
Post a Comment