Hari Sabtu 12.11.2011, Abi bawa kami sekeluarga join aktiviti syarikatnya di Segari, tempat pemeliharaan penyu berdekatan Baitul Hilal. Punyalah seronok Along, Abang dan Mia. Teruja melihat penyu dengan mata sendiri, siap boleh pegang real life punya. Bangun awal bersiap dan lepas tu hanya tunggu Abi balik dari kerja malam. Cepat Abi bersiap macam tahu-tahu saja anak-anaknya sudah tidak sabar lagi hendak ke sana.
Cuaca hari tu pula hujan renyai-renyai. Tiada langsung tanda ingin reda. Sampai terus cari parking dan cari khemah untuk berlindung. Ramai budak sekolah area Segari dijemput untuk acara program. Seronok tengok muka semangat mereka walaupun hujan turun tidak menunjukkan tanda-tanda akan berhenti. Acara permulaan adalah peraduan mewarna. Along dan Abang turut menyertainya. Tidak berhenti mulut Along bertanya Abinya...nak guna warna apa Abi, yang ni kaler apa, macam mana nak buat ?...Naik tersenyum aku mendengar celoteh Along yang serba-serbi nak tahu. Yang Si Abang pula cool ajer. Dia main hentam jer warna ikut suka dia.....Bravo Abang...Si Mia pula mengamuk nak berjalan. Macam mana nak lepaskan dia. Di luar tu masih lagi hujan. Lagipun persekitaran becak. Berpusing-pusing dia atas dukungan. Naik lenguh tangan aku nak mengepitnya. Mia oo Mia.....Hahahaha itulah telatah anak-anak...
|
Bersungguh kelihatan Along dan Abang mewarna |
|
Warna elok-elok Along...Punyalah gabra mula-mula.... |
|
Abang yang Cool....Relax dia jer mewarna |
|
Tengok apa tu ?..... |
|
Bergaya di sisi replika penyu |
|
Anak-anak penyu yang berenang girang |
|
Abang with penyu |
|
Aik naper penyu Abang besar....Apa pasal Along pegang yang kecik jek ? Takut yer........ |
|
Ada berani pegang ? |
|
Suker...suker..... |
|
Along geram....dapat pegang juga anak penyu besar |
|
Apa yang Mia tengok-tengok tu ? |
|
Muka serius je anak Umi ni....Pegang jangan tak pegang |
|
Along dengan Abang Mirul (jiran sebelah rumah) |
|
Ni bertiga kena hati-hati yer...tu tuntung bukannya penyu... |
|
Aiseyman bila nak mula ni...Mai ler tunjuk dekat sikit... |
|
Ku doa semoga penyu-penyu yang dilepaskan hari ini akan berjaya hidup menghadapi dugaan di laut lepas dan akan kembali bertelur di pantai ini semula |
|
Selamat berjaya |
|
Anak penyu yang Along dan Abang lepaskan. Harap kembali semula ke sini yer... |
No comments:
Post a Comment