Saat bersama adalah yang paling TERINDAH....

Saat paling bahagia adalah ketika kita melihat orang yang kita sayangi itu tersenyum dan lebih membahagiakan apabila kita
adalah insan di sebalik senyumannya.

*****Saling menyintailah Hanya kerana Allah
*****Saling menyayangilah Hanya kerana Allah
*****Saling membahagiakanlah Hanya kerana Allah

*******KERANA Hanya Allah-lah yang dapat menumbuhkan
rasa cinta, kasih sayang dan kebahagiaan tersebut.

Friday, November 18, 2011

kursus oh kursus

Lepas kursus 2 hari berulang alik dari Manjung ke Ipoh nun pada 10 & 11.11.2011, kena pulak ke Pangkor menghadiri Persidangan Teknikal Pegawai Sokongan 1 JPS Perak selama 3 hari 2 malam. Kali ni siap angkut satu rumah ke sana. Mak dan Ayah mertua aku pun kena angkut sekali. Minta tolong jaga anak-anak aku bila aku ada program. Fuh memang padat giler ler aturcaranya. Sampai ke malam. Tu yang kekadang terbuat aksi ala-ala burung belatuk...hahaha mana tahan mengantuk. Sudah ler penghawa dinginnya sejuk betul suhu, aku pula tak ingat nak bawa sweater so apalagi peluk badan ajer la.. Penginapan yang disertakan  urusetia adalah di Coral Bay Resort. Mmm ok ler. Janji ada tempat tidur. Aku siap kena siapkan budget untuk separate room for my family. Jabatan tak support yang tu pasal personal punya. Ini upload gambar yang aku snap dari kamera telefon. Yang lain akan di upload kemudian.


Intan, Diana dan Kak Normah...


Aku dan Dila...Muka mengantuk tahap tak ingat punya.

Hai lambat lagi ker...Apa yang anak-anak Umi tengah buat kat bilik tu.

Apalah yang difikirkan tu Puan Dila...Terkenangkan fail-fail yang bertindan kat ofis ke tu ??

Apa yang korang rasa ?? Apa punya soalan daaa..

Eceh ni pun aku berkenan nak snap...

Wah.....mengancam terancam


No comments:

Post a Comment