Saat bersama adalah yang paling TERINDAH....

Saat paling bahagia adalah ketika kita melihat orang yang kita sayangi itu tersenyum dan lebih membahagiakan apabila kita
adalah insan di sebalik senyumannya.

*****Saling menyintailah Hanya kerana Allah
*****Saling menyayangilah Hanya kerana Allah
*****Saling membahagiakanlah Hanya kerana Allah

*******KERANA Hanya Allah-lah yang dapat menumbuhkan
rasa cinta, kasih sayang dan kebahagiaan tersebut.

Monday, November 14, 2011

Yaya2 dan Ying

Ahad, 14.11.2011 Abi ada powerman. Malas nak keluar sokong Abi pasal tentu sahaja traffic teruk ketika event powerman tengah berlangsung. So sebagai langkah bijak aku dan anak-anak hanya melepak dalam rumah saja. Tengah bersarapan nasi goreng, Abi pun sampai. Awal juga Abi balik. Ooo iye patutlah Abi balik awal rupa-rupanya aku tak teringat rancangan Abi nak ke Parit Buntar untuk ambil sugar glider untuk dipasangkan dengan Boboi Boy. Semuanya bersiap. Lepas saja Zohor terus bertolak ke sana. Bergilir bawa kereta pasal Abi tak larat, mengantuk sangat. Iyalah kena standby kat stadium pukul 6 lebih. Sampai pekan Parit Buntar Abi call Danny. Tunggu Danny area Bas Stesen. Sampai je Danny, tak sabar-sabar rasanya nak tengok Yaya2 dan Ying. Hahaha comel....comel....tapi garang. Kejap-kejap menderam marah...nak kena dengan Umi nie. Lepas selesai urusan dengan Danny, terus bertolak balik. Singgah makan malam di nasi kandar Pantai Remis. Pergh...sedap...
Sampai rumah dah jam 9 malam. Selesai menguruskan dan main-main dengan Yaya2, Ying dan BoboiBoy. Aduh kena kencing dan berak si BoboiBoy dengan Ying. Asyik kena berak jek aku...Aper tengok muka Umi ni muka jamban ke tiga-tiga SG ni...Udah kena mandi ler Umi ni...Belum sempat lagi Umi tangkap gambar Yaya2 dan Ying.Bila sudah tangkap nanti Umi akan upload yer....

No comments:

Post a Comment