Tak sabar rasanya nak balik kampung. Raya korban tahun ni balik kelantan ler. Sudah nak buat korban. Agak-agak esok 5.11.2011 ( Sabtu ) baru bertolak balik pasai Abi masih lagi keje shif pagi hari ini. Ingatkan malam ni juga nak cabut tapi pikir punya pikir terus tak jadi...Iyelah sudahlah hari ni Abi keje lagi, larat ker dia bawa kereta malam ni. Sambil baca Quran pun bley tertidur....Letih ler tu...Nak bergilir dengan Umi, bukannya boleh sangat pasal Umi kena jaga Damia lagi plus Along dan Abang. Kang baru Umi nak take over drive, time tu pula Damia nak memerap. Kan payah. Abi sudahlah tak pro nak handle Damia...Hahaha lagipun penawar Damia tu ada pada Umi dan Abi takder punya...
Semua barang dah siap kemas. Tinggal nak top up mana yang kurang sahaja. Kali ni balik siap along dan abang sorang satu beg. Senang skit. Baru mereka rasa macam balik kampung. Kuih pun dah siap amik tadi. Penghantaran istimewa dari Pn. Russiha....Tinggal nak basuh kereta plak. Udah rupa belacan saja. Comot sana sini.
Eceh konon beria nak bertolak pukul 3 pagi. Hehehe alih-alih bertolak lepas subuh. Slow n Steady. BoboiBoy senyap jek duduk dalam beg kasut. Pouch dia tak beli lagi. Sian BoboiBoy dah dok sorang-sorang. Takper Umi ada temankan BoboiBoy. Sampai area jam 2 lebih.
Esoknya siap pakai baju raya anak-anakku. Seronok Umi melihatnya. Along dan Abang punya seronok melayan kawan-kawan yang datang. Main punyalah seronok. Tak lepas dah Along beraya. Teringat masa raya puasa yang menyebabkan Tok Ayah tak senang duduk mencari Along yang mengikut teman-temannya beraya. Along...along......
Perghh.....banyaknya daging. Mak buat singgang daging. Guna periuk tekanan tinggi. Cepat je masak dan empuk lagi dagingnya. Hahaha 2 ke 3 hari ini makan daging ler jawabnya. Isnin 7.11.2011 sudah kena berangkat balik. Selasa keje. Sekejap sahaja cuti yer....Siap mak tapaukan daging korban bawa balik ke rumah. Terima kasih ibu mertuaku.
No comments:
Post a Comment