Saat bersama adalah yang paling TERINDAH....

Saat paling bahagia adalah ketika kita melihat orang yang kita sayangi itu tersenyum dan lebih membahagiakan apabila kita
adalah insan di sebalik senyumannya.

*****Saling menyintailah Hanya kerana Allah
*****Saling menyayangilah Hanya kerana Allah
*****Saling membahagiakanlah Hanya kerana Allah

*******KERANA Hanya Allah-lah yang dapat menumbuhkan
rasa cinta, kasih sayang dan kebahagiaan tersebut.

Monday, September 30, 2013

Taiping With Love - Destinasi Pertama

 
 Perancangan last minutes, nak buat acara JJCM. Lama tak spend masa dengan askarku bertiga tu. Abi punya pelan ler ni. Semua ikut ajer. Packing barang. Bukannya banyak hari. 2 hari 1 malam sahaja. Baju tak payah nak bawa banyak-banyak. Pergi petang ni balik esok hari.

Destinasi pertama, Mee Udang Mak Jah. First time nak menjamu selera kat sini. Punyalah ramai pelanggan yang datang. Memang mabeles. Padan benor dengan reganya.






Terancam jiwa melihat udang yang besar menawan.


































My Diamond....Bling..Bling...Bling.....

Diam-tak diam udah 3 anak aku yer..Sungguh tak sangka..Hehehe jadi seorang ibu juga aku yer. Padahal dolu-dolu aku ni bukannya suka sangat dengan bebudak. Datang ler anak-anak jiran sure lepas tu akan lari balik pasal aku dah kerjakan depa. Hahaha kijam tul aku dolu-dolu. 

Itu dolu-dolu. Sekarang ni aku dah lain. Dah ada jiwa sang ibu. He he he.....Ni ler insan-insan teristimewa yang mewarnai kehidupan aku dengan my laling. 

Diberi nama Nur Syifaa' Elsa. Lahir pada tanggal 6.12.2013 ( Sabtu ) jam 12 tghari. Berat semasa lahir 3.45 kg. Lahir di Klinik Yasmin Belakang Billion. Sekarang klinik tu dah berpindah ke Venice. Kenangan yang tak boleh aku lupakan ialah tengah syok belek barang kat Supermarket Fajar ( ni nama dulu. Skang dah tukar nama The Store ) tetiba sahaja air ketuban pecah. Terus ke tandas. Check betul ke tidak tu air ketuban. Berderau darah bila air yang keluar tu warna hijau. Haiyakkk...Pembacaan majalah Pa&Ma banyak membantu aku kala ini. Laju telefon my laling. Apalagi rushing ke klinik ler. Lepas check keadaan aku, terus Dr Yasmin kata confirm ceaser. Arghhh...ngerinya.
Takkan tak boleh normal doktor, sempat lagi aku minta pandangan lain.
Boleh cara biasa. Tapi yang keluar nanti hanya jasad tanpa nyawa. Your baby dah lemas 12 jam. Serius betul muka doktor. Aku dah telan liur.
Ok la. Ceaser pun ceaser la janji anak saya selamat. Pasrah saja aku bila ditolak ke bilik bedah. Dr. Hanif dah sedia menanti. Demi satu nyawa, aku sanggup lakukan apa saja.
Alhamdullilah baby gurl yang comel selamat dilahirkan. Sayang sangat. Inilah zuriat pertama aku. Cucu perempuan tunggal dalam keluarga. Hehehe kedua-dua belah keluarga pula tu.
Nak tergelak aku bila Dr. Yasmin cakap anak aku ni Baby Fajar. Ade ke cam tu. Macam-macam doktor ni.

Ni hero dalam keluarga. Muhammad Nu'man Asfa. Lahir pada 26.8.2006 ( Sabtu ) 6.30 petang di Hospital Seri Manjung. Berat lahir 3.2 kg. Macam-macam citer masa nak lahirkan hero ni. Si kakak masuk wad. Glamer la aku di wad 5. Sakit nak bersalin pun aku tak pernah rasa. Langsung tak tahu jalan buka ke tak. Sampai waktu temujanji dengan doktor, aku lari keluar wad dengan adik ipar. Siap pergi makan dulu. Udah lapar. Balik tu singgah Klinik Sejati. Terkejut aku bila dimaklumkan bukaan aku dah 3 cm.
Tak rasa sakit ke kak ? Tanya nurse klinik tu.
Sakit yang macam mana tu nurse. Saya tak rasa sakit pun. Jujur betul aku jawab. Iyelah dah tak sakit aku cakap tak sakit la. Maklumlah pengalaman anak pertama lain.
Awak nak bersalin kat mana. Kalau nak teruskan kat sini boleh saya sediakan kelengkapan. Dr. Goh tanya aku. Dia tu doktor Hospital Manjung. Hari ni kebetulan dia tolong kawan dia kat klinik tu.
Saya nak bersalin kat hospital sebab anak sulung saya ada di wad. Takdelah menyusahkan suami saya ke hulu ke hilir.
Doktor Goh terus buat surat utk bagi Dewan Bersalin. Terus balik hospital. Bukan ke Dewan Bersalin tapi pergi jumpa anak aku dan my laling dulu. Bersalaman dengan FIL dan MIL. Barulah aku mengorak langkah ke Dewan Bersalin.
Ubat dicucuk pada jam 3.30 petang. Boleh lagi tahan sakitnya. Boleh siap tidur lagi. Maklumlah nurse tak kacau sangat pasal mereka sibuk dengan 2 kes ceaser. Aku pun lepak ajer.
Yang aku terkejut bila tiba-tiba ramai nurse dalam bilik aku. Ada yang siap pegang kaki. Ada yang tekan pinggul tak bagi bergerak. Doktor check bukaan. Dah 10 cm katanya. Green light untuk teran. Punyalah ramai nurse yang bagi semangat. Sedaya upaya aku meneran. Mata pejam meneran. Yes...alhamdullilah selamat menjenguk dunia bayiku. Tak dengar suara tangisan tapi bunyi derapan kasut nurse berlari. Apalah yang mereka buat. Tak lama lepas tu barulah bunyi tangisan si hero ni. Terus dibawa ke wad NICU hero aku ni. Udah berak kat dalam. Mujur part kepala bersih. Siap doktor gelak2 cakap anak aku jatuh dalam longkang. Ada ka patut.

Yang tomei-tomei ni nombor 3. Tuan punya badan bernama Nur Damia Elsa. Takder tanda ' ni dah kat nama. Entah apasal aku suka sangat nama Damia tu. Yang ni mek kelate. Lahir di Hospital Tanah Merah. Tarikh lahir 5.5.2010 ( Rabu ) jam 1.20 pagi. Yang ni memang menang berat badan dari kakak abangnya. Berat 3.5 kg. Uuu ni kali pertama kena jahit. No bius-bius. Waaaaa....sakit tak tau nak cerita macam mana. Siap kena jahit kali ke 2 lagi masa 28 hari. Waa.......Very mencabar ketahanan aku.
Ingatkan nak berpantang kat kelantan tapi memandangkan anak sulung aku dah murung kena tinggal so plan kena tukar. Hari ke 5 terus bertolak balik ke Manjung. Pantang sendiri jawabnya.
Syukur yang ni paling senang jaga. Bagi minum susu kenyang terus tidur. Tak payah nak kelek-kelek dia. Memang berdikari sungguh. Penemannya si abang. Kejap-kejap tengok si adik. Sayang sangat dia. Tu masa kecik la. Sekarang ni..ish..ish...serabut aku dengan peperangan mereka berdua. Selalu saja bertekak. Si abang suka sangat mengusik si adik. Yang si adik pula garang ya amat. Kekadang abang jadi mangsa kena pukul. Kui..kui....Lastly aku juga kena jalankan tugas sebagai pengaman. Yang si kakak tukang pengiat. Memang boleh diharap sangat ler tu.