Saat bersama adalah yang paling TERINDAH....

Saat paling bahagia adalah ketika kita melihat orang yang kita sayangi itu tersenyum dan lebih membahagiakan apabila kita
adalah insan di sebalik senyumannya.

*****Saling menyintailah Hanya kerana Allah
*****Saling menyayangilah Hanya kerana Allah
*****Saling membahagiakanlah Hanya kerana Allah

*******KERANA Hanya Allah-lah yang dapat menumbuhkan
rasa cinta, kasih sayang dan kebahagiaan tersebut.

Tuesday, December 10, 2013

Nu'man turn to adult......:)

Sampai jer cuti sekolah mesti klinik khatan penuh. Hehehe ambil peluang cuti panjang. Tahun ni aku dah sepakat dengan my laling nak khatankan anak bujang kami. Tarikh 22.11.2013 ( Jumaat ) telah dipersetujui. Relaks saja si hero tu...Hihihi dia mana tahu khatan tu buat macam mana. Kalau tahu mahu pecah empangan airmata dia tak mau buat. Sesuai buat tahun ni. Tahun depan kelam kabut sikit dengan kehadiran orang baru. Ehem...ehem......



Wajah-wajah ceria sebelum digigit semutkan oleh doktor. Posing dalam kereta on the way ke klinik.

Abi membaca doa supaya kurang sedikit gemuruh si anak.

Muka blur tunggu turn. Bermacam-macam bunyi yang dengar. Sampai turn hero ni selamba dia masuk. Hahaha ingatkan relaks memanjang rupa-rupanya disuruh baring atas katil dan dibersihkan anunya terus my hero ni menangis. Baru diserbu rasa takut kut. Tu dia tengok secara langsung aku. Tak berkelip tengok gerak geri doktor mengoperasi hero aku tu. Airmata dah merambu-rambu keluar. Terus mulut ringan janji nak belikan lego....Alamak terkeluar. Naya ler aku. Doktor Ismail siap usik-usik anak aku ni. Amboi doktor seronok dia giatkan aku ekk.

Muka budak baru lepas kena khatan. Pakai clamp. Ni sekejap jer baringnya. Tak lama lepas gambar ni diambil tak duduk diam. Ke hulu ke hilir. Aku yang naik gerun takut bentan. Udah ler ni pengalaman aku yang pertama. Dia selamba saja. Itu pun dah ada hati nak melompat.